BAB 1

Romance Completed 2630

SUARA beberapa orang pelajar perempuan berbisik menjengah masuk ke gegendang telinga Qaleesa. Niat untuk melabur di simpan kembali ke dalam kotak fikiran. Dia kenal bunyi suara salah seorang daripada mereka itu. Tisu tandas yang berjuntai itu diconteng dengan pen yang sentiasa dibawa di dalam poket. Sambil itu dia membuka telinga luas-luas supaya dapat mencuri dengar perbualan mereka.

“Tak hairanlah kalau semua pelajar perempuan gilakan Ferhad. Dia tu dahlah kacak, pandai, kaya, terer main bola sepak pula tu. Memang serba serbi sempurnalah.” Ujar pelajar perempuan nombor satu. Bunyi pili air dibuka langsung tidak menganggu misi Qaleesa mencuri dengar perbualan mereka. Dia memejam rapat matanya cuba untuk fokus.

“Susah sikitlah kalau kau nak pikat dia, Ain. Banyak persaingan. Aku dengar budak senior yang nama Qaleesa tu pun sukakan dia. Kau hati-hati sikit Ain. Qaleesa tu ahli pasukan Taekwando sekolah kita.” Balas pelajar perempuan nombor dua pula.

Qaleesa melekapkan telinganya pada pintu tandas cuba untuk mendengar dengan lebih jelas memandangkan pelajar nombor dua ini bercakap sedikit perlahan. Qaleesa mana pula ni? Gumam Qaleesa dengan dahi berkerut seribu.

“Qaleesa mana pula ni?”

“Alah, Qaleesa budak kelas 5 Cempaka.”

Berdesing telinga Qaleesa mendengar tutur bicara mereka. Eh, bila masa pula aku minat si Ferhad ni? Tak bertauliah betullah orang yang sebar berita pasal dia. Darahnya mula mendidih, tinggal masa sahaja untuk meletus. Pantang betullah dia bila orang mengaitkan dia dengan gossip cintan cintun ni.

“Alah, bukannya cantik pun Qaleesa tu. Kalau nak dibandingkan dengan Ain memang jauh beza bagai langit dengan bumi, bunga tahi ayam dengan ros.” Balas pelajar nombor satu menambah rencah disambut dengan gelak tawa pelajar nombor dua dan Ain.

Share this novel

Aidid Haziq
2022-04-17 10:08:32 

nfnfjfj

Aidid Haziq
2022-04-17 10:08:29 

ghf


NovelPlus Premium

The best ads free experience