BAB 7

Romance Completed 2630

Priiittttt !

Bunyi wisel ditiup mengejutkan Qaleesa yang sedang mengutuk Ain and the gang. Seperti yang dia jangka, Hijjaz langsung tidak menyumbangkan sebarang gol. Qaleesa mengecilkan mata cuba mencari kelibat Hijjaz. Ya Allah, kenapa pula budak tu tidur terlentang atas padang?

Laju Qaleesa berlari mendapatkan Hijjaz. Sempat dia mendengar kata-kata Ferhad pada Hijjaz. Kaulah pemain bola sepak yang paling teruk pernah aku jumpa.

“Hai Qal.” Sapa Ferhad mesra. Qaleesa menjeling tajam tanpa ada niat untuk membalas.

Dia duduk mencangkung di sisi Hijjaz yang sedang terbaring sambil menutup matanya dengan lengan.

“Bangunlah Hijjaz. Dah lewat ni. Kita balik sama-sama ya.” Pujuk Qaleesa selembut mungkin. Rasa macam nak tergeliat lidahnya bila berbicara sebegitu dengan Hijjaz. Pasti Hijjaz kecewa kerana tak dapat tunjuk hebat di hadapan Ain.

“Kenapa kau tak cakap dekat aku?”

“Cakap apa?”

“Jangan pura-pura tak tahu.” Hijjaz sudah bangun. Matanya menikam tajam anak mata Qaleesa yang sedang termangu-mangu. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Geram dengan Qaleesa yang hanya berdiam diri, Hijjaz bingkas bangun seraya meninggalkan Qaleesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience