BAB 10

Romance Completed 2630

“Dia bukan siapa-siapa pada aku. Dia yang sukakan aku. Aku langsung tak suka dia okey. Aku alergik dengan lelaki macam dia.” Balas Qaleesa sambil menjeling geram. Eh, dia ni. Tak percaya pula.

“Habis tu kau suka pada siapa?”

“Aku suka kaulah gila. Kau! Tak ada orang lain.” Tutur Qaleesa selamba sambil menatap tajam mata Hijjaz. Seketika kemudian barulah dia tersedar. Tangannya segera dibawa ke mulut. Ya Allah aku dah terlepas cakap.

Meletus ketawa kuat dari mulut Hijjaz. Dia melabuhkan duduk di sisi Qaleesa sambil menghabiskan sisa ketawa.

“Kau tahu tak Qal, aku tak pernah pandang kau sebagai perempuan sebelum ni. Tapi sejak Ferhad cakap macam tu pada aku, baru aku perasan yang kau selalu ada dengan aku. Kau memang tak secantik Ain tapi aku paling suka hati kau yang sentiasa ikhlas berkawan dengan aku. Kau taklah hodoh sangat. Comel je aku tengok dengan lesung pipit yang dalam tu.” Terus sahaja hinggap cubitan pada lengan Hijjaz. Dia mengaduh kesakitan seraya menggosok lengannya yang sudah merah.

“Aku tak habis cakap lagi. Aku suka kau Qal walaupun kau tua setahun dari aku. Aku rasa aku cintakan kau dari dulu lagi cuma aku baru sedar sejak Ferhad muncul dalam hidup kita. Aku cemburu gila kut. Dan pasal Ain, aku anggap dia sebagai watak tambahan dalam hidup kita yang Allah hantarkan untuk menguji hati kita. Jadi, Qal Kau tunggu aku ya. Enam atau tujuh tahun lagi kita kawin.” Jelas Hijjaz panjang lebar.

Qaleesa senyap sahaja. Dia tak tahu harus memberi reaksi bagaimana selain daripada tersengih-sengih macam orang gatal.

Gitar kapoknya dicapai sebelum tangannya mula memetik tali gitar.

noktah yang tidak bertanda pertemuan tak diduga dan disengaja membuat diriku menoleh semula

rasa yang tidak bernama mengetuk hati memberi salam kasihnya haruskah diriku membenar semula

seringkaliku menolak terjatuh hatiku padamu yang selalu bersamaku dalam suka dalam duka haruskahku menjauh

ku cuba untuk lenyapkan semua kenangan yang tiada harga dan berguna inilah waktunya untuk dinoktahkan

seringkaliku menolak terjatuh hatiku padamu yang selalu bersamaku dalam suka dalam duka haruskahku menjauh berkali ku cuba membenarkan hati menidakkan dusta tak tergamak aku kejamkah diriku mencipta peluang haruskah ku menjauh seringkali ku menolak terjatuh hatiku padamu yang selalu bersamaku dalam suka dalam duka haruskah ku menjauh seringkali ku menolak terjatuh hatiku padamu yang selalu bersamaku dalam suka dalam duka haruskah ku menjauh…

“Dah kenapa kamu berdua ni penuh dengan lumpur? Pergi mandi cepat. Dah nak manghrib ni.” Jerit Puan Wan yang sedang menjenguk melalui tingkap. Terus sahaja mereka berdua lari masuk ke dalam rumah masing-masing sambil ketawa riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience