BAB 5

Romance Completed 2630

Hijjaz mengeluh buat kesekian kali sebelum kembali membaringkan tubuh. Malam itu dia hanya mimpikan Qaleesa yang masih marah padanya.

“Qal.” Panggil Hijjaz sambil melambai-lambaikan tangan. Sudah seminggu berlalu sejak dia menelefon Qaleesa. Alhamdulillah hubungan mereka sudah baik walaupun Qaleesa melayannya agak dingin.

“Kau nak apa ni Hijjaz ? Aku sibuklah. Exam trial dah nak dekat.” Balas Qaleesa acuh tak acuh sambil melangkah laju menuju ke perpustakaan. Sengaja dia berjalan laju supaya Hijjaz berhenti mengejarnya. Dia menjeling sekilas Hijjaz yang memakai jersi bola.

Geram sungguh dia dengan budak Hijjaz ni. Kalau sudah kaki bangku buatlah cara kaki bangku. Tak payah nak perasan yang kaki kau tu kaki Christiano Ronaldo. Cemuh Qaleesa di dalam hati. Sungguh dia tak sangka yang Hijjaz sanggup menyertai pasukan bola sepak semata-mata mahu menarik perhatian Ain. Berlari pun asyik jatuh sahaja, inikan pula mahu menendang bola. Pokok pangkalnya Hijjaz langsung tak ada bakat dalam bidang bola sepak.

“Petang ni aku ada pertandingan bola sepak. Cikgu nak pilih pemain terbaik untuk mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat daerah. Kau datang ya petang ni. Support aku supaya aku boleh jaringkan gol.” Pinta Hijjaz bersungguh-sungguh. Matanya dikerdipkan berkali-kali cuba meraih simpati Qaleesa.

“Yelah-yelah. Nanti aku datang.” Pintu ditolak perlahan sebelum dia memboloskan diri ke dalam perpustakaan tanpa menoleh ke belakang.

Susuk tubuh Hijjaz yang semakin mengecil itu dipandang di sebalik tingkap. Dia mengeluh perlahan. Kalaulah Hijjaz faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience