BAB 2

Romance Completed 2630

Qaleesa sudah mengepal tangan sambil tangan sebelah kiri menekup mulut yang mahu menjerit memaki hamun pelajar junior yang sedang enak mengutuknya. Tak boleh Qaleesa, kau kena sabar memandangkan exam trial dah nak dekat. Kau tak nak cari pasal dengan cikgu disiplin pada musim peperiksaan kan? Soal Qaleesa pada diri sendiri supaya fikirannya kembali normal.

“Thanks korang sebab bagi support dekat aku. Aku akan pastikan yang Ferhad tu jadi milik aku. Korang tengoklah nanti.” Tegas Ain penuh yakin. Tudung di kepala dibetulkan supaya nampak kemas. Dia kemudiannya mengoleskan gincu sedikit pada bibirnya supaya tidak kelihatan pucat.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia melangkah keluar dari tandas dengan diikuti kawan-kawannya dari belakang.

“Kau pakai gincu pun cikgu tak berani nak marah sebab ayah kau pengetua sekolah. Bestnya jadi kau.” Suara pelajar nombor dua kedengaran sayup-sayup memecah kesunyian tandas.

Qaleesa segera keluar dari tandas dengan wajah masam mencuka. Sebal sungguh hatinya mendengar kutukan geng Ain itu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menyepak mereka jatuh ke dalam longkang supaya mereka sedar bau mulut mereka sama sahaja dengan longkang. Tak ada beza!

“SAKIT hati betul aku dengan Ain kesayangan kau tu.” Sembur Qaleesa sebaik sahaja melabuhkan duduk di atas pangkin depan rumahnya yang berhampiran sawah padi. Sawah yang luas terbentang di hadapan matanya itu langsung tidak dapat meredakan rasa amarahnya.

“Apasal kau ni Qal? Tiba-tiba aje marahkan awek aku.” soal Hijjaz sambil membetulkan tali gitarnya. Baru sahaja dia mahu feeling tiba-tiba muncul jiran merangkap teman baiknya yang mulut kepoh ini. Qaleesa yang memakai seluar trek dengan t-shirt kartun Mickey Mouse itu dipandang sekilas.

“Hek eleh, belum ada apa-apa dah anggap Ain tu awek kau. Perasan.” Kutuk Qaleesa sambil mencebik.

Hijjaz tayang sengih kerang busuk sambil tergelak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience