BAB 4

Romance Completed 2630

“Kau cakap elok-elok sikit. Setahu aku Ain tu single and available. Jangan disebabkan kau sakit hati kat Ferhad, kau nak buat cerita pasal Ain pula.” Balas Hijjaz lancang. Gitar dia sudah tolak ke tepi. Dia mengetap bibir, geram dengan sikap panas baran Qaleesa.

“Kau ni kan..” penumbuknya diangkat tinggi-tinggi, bersedia untuk dilancarkan ke muka Hijjaz yang sudah menutup mata sambil menayang wajah gerun.

“Jangan cari aku lagi. Kita putus sahabat.” Ujar Qaleesa sekali nafas sebelum berlalu meninggalkan Hijjaz yang termangu-mangu.

DIA kalih ke kiri. Seketika kemudian dia kalih ke kanan. Arghh! Kusutnya rasa. Hijjaz bangun dari pembaringan. Kepalanya yang tidak gatal digaru geram. Baru dua hari tidak bertegur sapa, dia sudah jadi seperti anak gajah yang terpisah dari keluarga. Jam di dinding dikerling. Sudah menginjak ke angka satu. Qaleesa sudah tidurkah?

Perlahan-lahan tangannya mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja sisi katil. Dia mendail nombor Qaleesa. Belum sempat talian disambungkan dia memutuskan sambungan. Alamak, nak call tak ni. Kalau tak call aku rasa bersalah. Kalau call samalah macam aku menjatuhkan ego aku.

Setengah jam berfikir, akhirnya dia mendail nombor Qaleesa. Demi persahabatan sejak sekolah tadika. Bisik Hijjaz cuba untuk memujuk egonya. Sesaat. Dua saat. Tiga saat.

“Hello.” Akhirnya talian bersambut. Hijjaz bersorak di dalam hati.

“Qal, aku mintak maaf sebab cakap macam tu dekat kau. Aku tak berniat pun untuk lukakan hati kau. Maafkan aku okey. Kita kira kosong-kosong.” Ujar Hijjaz dengan sekali nafas. Fuh, lega rasanya dapat minta maaf pada Qaleesa.

“Hijjaz ke ni? Ni Mak Cik Wan. Qal awal-awal lagi dah tidur. Dia tertinggal telefon dia kat ruang tamu. Bising betul bunyi telefon dia sampai mak cik tersedar. Kamu ada apa-apa pesanan ke dekat dia?” sambut Mak Cik Wan di hujung talian. Tangannya menutup mulut yang sedang menguap.

“Eh, tak ada apa-apalah mak cik. Errr.. saya tidur dululah ya mak cik. Selamat malam. Assalamualaikum.” Hijjaz segera memutuskan talian sebaik sahaja Mak Cik Wan menjawab salamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience