BAB 9

Romance Completed 2644

Seketika kemudian meletus tawa Hijjaz. Qaleesa tersenyum senget. Ada hikmah rupanya mereka terjatuh ke dalam sawah.

“Hijjaz, bagitahulah aku. Apasal kau buat macam ni kat aku?” soal Qaleesa perlahan. Pandangannya ditunduk merenung kaki yang terpalit lumpur. Selipar jepunnya yang sebelah kanan sudah hilang terbenam ke dalam lumpur. Kini dia berkaki ayam sahaja sambil menjinjit seliparnya yang tinggal sebelah.

Hijjaz menarik nafas panjang.

“Kau tahu apa yang Ferhad cakap pada aku masa kami kat atas padang tiga hari lepas?” soal Hijjaz kembali sambil meengekori Qaleesa dari belakang. Mereka mahu pulang segera sebelum tuan punya sawah melihat mereka merosakan padi yang semakin menguning tadi.

“Dia cakap kau pemain bola sepak yang paling teruk. Padan muka kau, aku dah cakap kau kaki bangku tapi kau degil. Nak juga main bola sepak tu. Konon nak tarik perhatian Ain. Puih.” Balas Qaleesa sambil tergelak.

Hijjaz senyum tawar.

“Bukan yang tu.”

“Habis tu yang mana?”

“Dia cakap kau milik dia. Aku tak ada hak untuk dekat dengan kau.” Gumam Hijjaz perlahan sambil tersenyum tawar. Qaleesa terdiam. Punggungnya dilabuhkan ke atas pangkin sambil kakinya kembali menyarung selipar jepun yang hanya tinggal sebelah.

“Aku tak ada apa-apa dengan dia.” Qaleesa tunduk. Dia tidak mahu menatap wajah Hijjaz tika ini. lebih baik dia memandang kakinya yang comot daripada dia memandang wajah lelaki itu dan terus mengharap.

“Habis tu kenapa dia cakap macam tu? Bagitahu aku Qal.” Desak Hijjaz dengan wajah tidak puas hati. Sungguh dia geram pada Qaleesa. Kalau betul tidak ada apa-apa kenapa Qaleesa tidak mahu menatap wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience