BAB 6

Romance Completed 2630

SEPULUH minit sebelum masa tamat. Hijjaz masih terkial-kial mengejar bola. Boleh dikira dengan jari berapa kali dia mendapat bola. Pasukannya pula bagai sengaja membuli Hijjaz. Mereka langsung tidak mahu memberi peluang kepadanya. Qaleesa sudah tidak senang duduk. Setiap kali Hijjaz mendapat bola pasti sahaja dia akan dijatuhkan oleh pihak lawan terutama Ferhad.

Kenapa Ferhad seakan-akan sengaja mahu menyakiti Hijjaz ? Mungkinkah mereka berebutkan Ain? Qaleesa sudah membayangkan bahawa bola yang ditendang itu adalah Ain. Mereka berlawan kerana berebutkan Ain. Wah, asyik kena tendang sahaja kau Ain. Qaleesa tergelak kecil sebelum kembali focus pada perlawanan.

Dia menoleh ke kanan. Baru dia perasan. Ain dengan kawan-kawannya yang bermulut longkang itu pun ada di sini. Pasti mereka datang untuk menyokong Ferhad. Eeee.. gedik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience