BAB 2

Fantasy Completed 6268

Tok ibu jeling aku dan aku tundukkan wajah. Bermain dengan hujung tudung. Takut nak bertentang mata dengan dia. Aku tahu dia tak pernah suka aku. Tok ibu cakap aku ni mengada-ngada. Nakkan perhatian mama dengan ayah. Sebab tu cakap nampak Zia bagai. Semua yang aku buat tak pernah betul. Memangnya aku mintak hidup macam ni ke? Tak. Aku tak mintak hidup macam orang hilang akal.

Secawan teh panas diletakkan di hadapanku. Aku tolak cawan tersebut ke hadapan dan palingkan muka.

“Yang tolak-tolak tu kenapa?” soal tok ibu kasar. Marah agaknya sebab perbuatan aku macam kurang ajar.

“Mak, dia kan tak minum teh,” balas mama lembut.

Aku takkan sentuh benda yang Zia suka. Lepas Zia mati, aku rasa bahagia sebab tak ada dah orang yang tagih perhatian mama dengan ayah dua puluh empat jam tapi… semua tu tak lama. Dia mula muncul bila aku guna bilik dia. Gelak dia, tangisan dia, semua aku ingat. Setiap kali dia muncul, dia akan marah-marah. Selalu tersenyum sinis dan kadangkala menangis. Sumpah aku takut dan aku benci dengar dia ketawa.

Bodohnya aku dulu. Hanya sebab cemburu, aku dah bunuh adik aku sendiri dan sekarang aku terima padahnya.

“Mengada-ngada betul. Kerja nak menyusahkan orang.”

Ya. Aku dah banyak susahkan semua orang.

“Patut pun hantu si Zia tu kacau dia,” sambung tok ibu.

“Astarghfirullahalazim… mak, mana boleh cakap macam tu. Roh manusia takkan kembali.”

Telinga kupekakkan. Malas nak dengar tok ibu bercakap. Ada aje ayat yang nak sakitkan hati aku. Ikutkan hati, memang tak sanggup nak jejakkan kaki ke rumah tok ibu tapi mama asyik paksa. Tak baik katanya. Habis apa yang tok ibu cakap tu baik? Dia ingat aku ni tak ada perasaan ke apa? Aku bukannya dungu sangat sampai tak faham apa yang tok ibu cakap. Berapa kali aku nak kena cakap yang aku menyesal biarkan Fazia lemas? Kenapa tok ibu tak faham-faham jugak?

“Habis tu dia nampak apa? Anak kau ni peliklah. Tak paham aku,” bebel tok ibu.

“Mak, doktor cakap dia trauma.” Mama cuba menangkan aku tapi aku tahu yang semua tu tak guna.

Tok ibu mendengus kasar. “Trauma apanya. Dah bertahun-tahun Zia tak ada.”

Dan aku rasa macam baru semalam Zia tinggalkan kami. Macam baru semalam dia muncul dalam hidup aku dan aku bunuh dia.

Waktu berlalu sangat pantas tapi aku tetap tak boleh lupakan dia. Tak kira sejauh mana aku pergi, Zia tetap akan ada.

“Mak, orang datang sini bukan nak cari gaduh.”

Suasana jadi semakin tegang dan aku hanya mampu membisu. Buntu nak kata apa. Tak pasal-pasal tok ibu lagi marah kalau aku bersuara.

“Kalau datang, jangan bawak dia. Mak tak suka.”

Heh. Ingat aku suka sangat ke datang sini?

Jari-jemari mama tekan pelipis. Mungkin dia penat agaknya dengan apa yang terjadi. Perlu mind perangai aku dengan tok ibu dalam masa yang sama. Akhirnya… what goes around comes around. Aku kata dekat Zia macam-macam dan benda tu jadi dekat aku balik sampai tok ibu ingat aku cuba nak tarik perhatian mama.

Tok ibu tak faham. Semua orang tak faham. They can’t put themselves in my shoes. They don’t see Zia like I do. Diorang tak tengok betapa bengisnya muka Zia tengok aku. Zia yang dulunya lemah-lembut, tak pernah marah dah berubah. Ni semua salah aku.

“Dahlah. Mak masuk dulu. Malas nak bertekak dengan kau.” Tok ibu terus berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan aku dan mama.

Mama palingkan wajah. Tengok aku dan lempar senyuman manis. Jemarinya meramas jari-jemariku.

“Ayah mana?”

“Ikut tok ayah masuk dusun,” tutur mama lembut.

Senyuman mama hanya buat aku terluka. Kenapa mama tak marah aku dulu? Kenapa mama cakap yang Zia mati bukan sebab aku? Mama sepatutnya pukul aku, tinggalkan aku. Aku dah kata benda bukan-bukan dekat mama. Aku cakap mama tak adil, mama hanya fikir pasal Zia tapi bila aku sedih, aku sakit, dia orang pertama yang ada di sisi. Hati aku sakit sangat. Rasa macam kena hiris berkali-kali.

“Poja lapar?”

“Tak,” balasku sepatah.

“Kesian anak mama. Dah makin kurus. Tak nak makan. Zia nak minum?” tanya mama.

Riak wajahku berubah tatkala terdengar ayat terakhir yang keluar dari mulut mama. Nama Zia muncul lagi tapi kali ni… mama tersilap sebut. “Ma, ni Poja. Bukan Zia,” tegurku perlahan. Takut mama terasa.

Dan mama jeda. Mungkin dia sendiri tak sangka nama Zia yang keluar dari mulutnya. Aku tahu mama rindu akan Zia sebab Zia anak dia. Dia mengandungkan Zia selama sembilan bulan, dia jaga Zia sampai Zia besar tapi sebab kebodohan aku sendiri, anak yang dia sayang mati dalam sekelip mata.

“Sorry…” Hanya itu yang terluah dari mulutnya dan kugeleng kepala.

“Zia kan adik Poja. Kenapa mama nak mintak maaf?”

Rasa kekok pulak nak mengaku dia adik aku selepas apa yang aku buat dulu. Lagipun masa aku kecikldulu, aku tak suka mengaku dia adik aku. Zia sangat kontra dengan aku. Semua orang mudah terima dia. Orang nak marah pun tak jadi kalau tengok muka dia. Ikut cakap, tak pandai nak marah-marah. Aku? Naik pening kepala ayah dengan mama nak bela aku. Kerja melawan. A rebel girl. Sebab tu tok ibu memang tak berkenan dengan aku. Kalau balik rumah dia dulu, ada aje benda yang aku nak pecahkan.

“You should talk a lot about Zia, ma.”

Sejak tiga tahun yang lalu, mama jarang sebut pasal Zia dan penyebabnya ialah diri aku sendiri. Takut dengar nama Zia.

“Kalau dia ada sekarang ni, dia dah besar. Dah umur 13 tahun.”

Aku senyum kelat.

“Mesti dia cantik,” balasku.

Mama hanya senyum.

Zia yang cantik, Zia yang baik. Kalau dia besar nanti, mesti ramai yang suka.

“Poja pun cantik.”

Geli hati pulak dengar mama cakap macam tu. Cantik dekat mana? Muka cengkung. Ada lingkaran hitam di bawah mata. Muka masam. Selalu menggigil ketakutan. Selalu menangis persis anak kecil padahal dah umur 16 tahun. Rasanya kalau orang tengok aku, orang lari sebab rupa mengalahkan hantu.

“Iye ke?”

“Iye…”

“Cantik macam siapa?”

“Macam mama.”

“Mama cantik ke?” tanyaku sebelum jongket kening.

“Mestilah cantik.”

Dan untuk kali ini, aku tertawa.

ANGIN petang tampar kedua-dua belah lekuk pipiku dan aku hela nafas lemah. Kelopak mata bergenang lagi. Jari-jemariku sentuh batu nisan. Dada semakin sesak. Setiap kali aku datang ke sini, aku rasa macam dunia sedang gelakkan aku. Aku dah bunuh orang tapi in the end, aku datang ke kubur orang yang aku bunuh dan menangis macam orang bodoh.

“Zia, akak datang.”

Setitis air mata jatuh dan aku tersenyum. “Akak minta maaf.”

Aku minta maaf untuk semuanya…

“Maaf sebab tak jadi kakak yang baik. Maaf sebab banyak kutuk Zia. Maaf sebab selalu marah Zia walaupun kadang-kadang Zia tak pernah buat salah. Maaf sebab time Zia perlukan akak, akak tak pernah ada untuk Zia. Dan maaf sebab…” Kata-kataku mati. Bibir bawah aku ketap dan bahu mula terhinggut-hinggut menahan esakan.

Belakang telapak tangan aku guna untuk kesat air mata yang jatuh. Mama dah pesan jangan nangis macam ni. Tak baik.

“Maaf sebab tak selamatkan Zia. Akak tahu akak silap. Akak tak pernah menyesal ada adik macam Zia. Zia adik yang baik,” sambungku dalam sendu.

Bodohnya aku. Hanya tahu menghargai lepas dia dah tak ada.

“Akak ingatkan lepas Zia mati, akak akan bahagia tapi akak silap. Hati akak jadi kosong. Zia adik yang paling baik yang akak pernah jumpa tapi akak ni jahat. Tak reti nak hargai orang. Semua ni memang salah akak. Zia memang patut salahkan akak. Sepatutnya akak kan yang mati?

Sepatutnya akak yang ada dekat tempat Zia dulu. Akak patut mati.” Dada kutumbuk bertalu-talu.

Senyuman tawar kulempar. “Tak apa, Zia. Sekarang ni pun akak tak bahagia. I deserve this.”

Aku bangun dan mengorak langkah pergi.

I don’t deserve happiness because I am a sinner.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience