EPILOG

Fantasy Completed 6268

- Now, tomorrow and our future -

Yang aku dengar tika ini hanyalah dengkuran halus Lub. Kelopak matanya terpejam rapat. Aku tersenyum nipis. Muka aku dah cengkung. Mata pun dah bengkak sebab tak cukup tidur. Lub dah nazak. Nak bangun pun dah tak larat. Selalu tidur. Kadang-kadang tidur di balkoni tapi sejak kebelakangan ni, aku bagi dia tidur di atas katil. Bukannya selesa tidur di balkoni tapi dia degil.

Belakang telapak tangan aku kesat air mata yang jatuh.

Dia selalu tersedar kalau aku menangis.

“You’re crying again.”

Kelopak matanya terbuka dan bibirnya mengoyak senyuman nipis.

Lambat-lambat lelaki itu bangun. Aku hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. I still can’t touch him.

Tangannya diletakkan di hadapan wajahku tanpa sedikit pun jari-jemarinya terkena wajahku. Entah apa yang dia dapat dengan buat macam ni tapi aku biarkan saja. Tak sampai hati nak melarang.

“Kau makin kurus.”

“You too,” balasku.

“Aku memang dah kurus,” kata Lub sebelum kami berdua ketawa kecil.

I will miss you. I will really miss you.

“I never give you anything,” tuturnya lemah.

“And I need nothing,” balasku sambil memandangnya.

Kehadiran Lub dah cukup untuk aku. Aku tak minta dia bahagiakan aku macam orang lain. Semua ni dah cukup untuk aku. Aku dah tak boleh buat apa-apa. Hanya menanti saat untuk dia pergi walaupun berat untuk aku lepaskan dia. Aku terpaksa terima semua ni. Tak kira apa pun yang berlaku, Lub tetap akan pergi tinggalkan aku.

“But I have a present for you.”

“Ni cgul, seno geh no.”

Bintang yang selalu bersinar di matanya hilang. Dia buka telapak tangan kanannya dan tunjukkan kepadaku. Ada satu bintang kecil yang bersinar-sinar. Dia buat isyarat mata supaya aku ambil bintang tersebut dan terus aku ambil bintang tersebut tanpa menyentuh tangannya.

“Ingat kan bintang ni nama apa?”

“Ingat. Polaris.”

“Jaga Polaris ni baik-baik. Kalau kau senyum, bintang tu akan bersinar-sinar.”

Laju saja aku angguk. Bulu mata aku dah basah dek terkena air mata yang bergenang di kelopak mata. Lub senyum lagi. Senyumannya agak janggal kerana tiada lagi bintang yang bersinar-sinar di tepi mata kanannya. Aku tengok Polaris yang berada di tanganku. Masih bersinar-sinar.

“Poja, dah tiba masa untuk aku pergi.”

Bintang di bahunya perlahan-lahan muncul sehingga terlalu hampir membentuk satu bulatan lengkap.

“YU quyura urquuic rebo iea, femoi,” (I will always love you, honey) bisiknya halus sebelum melakarkan senyuman manis.

Beberapa saat selepas itu, Lub bertukar menjadi debu sebelum debu-debu tersebut hilang ditiup angin. Aku rebah di atas lantai. Hanya terus menangis dan menangis. Polaris tidak lagi bercahaya.

Akhirnya… dia pergi meninggalkan aku.

YU rebo iea, Lub. YU rebo iea.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience