BAB 7

Fantasy Completed 6268

Kipas yang berputar ligat aku pandang. Rasanya semua orang dah tidur. Aku tidur dah terlalu lama siang tadi sampai tak boleh tidur malam ni. Mamat pelik tu tak muncul-muncul lagi. Dekat mana dia tinggal pun aku tak tahu. Dah nama pun bukan manusia. Tidur di atas pokok pun tak jadi masalah.

Aku melompat turun dari katil. Tutup kepala dengan towel dan menuju ke balkoni. Mata jatuh pada kaki langit.

Masa aku kecil dulu, aku selalu ingat orang mati ni akan jadi bintang sebab kalau tengok drama Cina, mesti tengok orang mati tu ada dekat langit. Bersinar-sinar dan senyum tapi bila dah besar, aku sedar yang orang mati tak jadi bintang rupanya.

“Kau suka tengok bintang?” sapa seseorang dari belakang.

Terus aku berpaling dan mengurut dada berulang kali. Terkejut. Lelaki itu hanya ketawa kecil. Bintang di matanya bersinar lagi.

Dia duduk di atas balkoni. Tubuhnya dibengkokkan sedikit dan matanya turut jatuh pada kaki langit.

“Unlike humans, we don’t have parents. We don’t have siblings, relatives and so on,” terangnya tenang.

Keningku terjongket naik. Habis macam mana dia boleh ada?

“We came from a tree.”

Rahang bawah aku jatuh.

Sewel ke apa mamat ni?

“In my planet, there’s a big tree. Nama pokok tu Polaris. Bentuk macam bintang. I came from that tree. Sebab tu aku cakap aku bukan hantu, bukan vampire dan aku tak rasa aku ni alien. I am not a plant either.”

Jeda.

Kepalanya dikalihkan. Pandangan kami berlaga. Jari telunjuknya menyentuh bintang di tepi mata kanannya. “Ni Polaris. Kalau aku senyum, bintang ni bersinar.”

“Kalau encik marah?”

“Nothing will happen.”

Ouh.

Angin malam tampar lekuk pipiku dan lelaki itu terus senyum. Bintang di matanya sama menyinar dengan bintang di langit. Bezanya bintang ni dekat denganku dan bintang di langit jauh dariku. Susah nak hadam ayat-ayat dia tapi tak ada apa yang mustahil. Bukan manusia sahaja yang wujud.

Lelaki itu sandarkan tubuh pada dinding dan lunjurkan kaki. Langsung tak takut sedangkan dia boleh terjatuh.

“Encik ni immortal ke?” tanyaku ingin tahu.

Kutlah dia ni macam hero manga yang hidup beribu-ribu tahun.

“I wish I am but I’m not. Kalau pokok pun layu, takkan aku tak mati. I’ll die for sure.”

“Bila?”

Bahu dia jongket. Bintang-bintang di langit tetap dipandang. Tangannya dipanjangkan seolah-olah dia sedang menyentuh bintang di langit. Aku duduk bersila di atas lantai. Asyik tengok dia.

“Nobody knows, kid.”

Even he does not know when he will die. Rupanya dia sama seperti manusia. Akan merasai mati. Istilah immortal tiada untuk makluk biasa macam kami. Mungkin jangka hayatnya sama seperti manusia. Boleh hidup-hidup berpuluh-puluh tahun sahaja. Kalau dipanjangkan umur, boleh hidup ratusan tahun.

“Jauh ke planet encik dengan sini?” Aku cuba tukar topik.

Laju saja lelaki itu mengangguk. Rambutnya dilurut kasar. Entah apa yang bermain di fikirannya. Dia ni ada perasaan macam manusia kan? Tak rasa sunyi ke duduk sorang-sorang? Tak ada ibu bapa, adik-beradik.

Persetankan semua itu. Dia bukannya manusia.

“Ambil masa lapan tahun cahaya nak datang sini,” terangnya tanpa memandangku.

Gi… la. Lapan tahun cahaya? Belum sempat sampai sini, mati dulu dah.

“Encik ambil masa berapa lama nak sampai sini?”

Setahun? Dua tahun? Aku tahu dia mesti jauh lebih pandai daripada manusia biasa. Err… maybe. Jangankan nak sampai ke planet bumi, satu Malaysia pun belum habis tawan. Satu negeri pun tak habis jelajah.

Dia nak balik sana bila? Takkan duduk dekat sini selama-lamanya. Kalau aku jadi dia, aku akan kembali ke planet aku balik. Tak kira sejauh mana kita berjalan, tempat yang paling bermakna ialah tempat kita membesar tapi aku tak ada di tempat dia so aku memang tak tahu macam mana perasaan dia.

“Ambil masa 8 minit.” Kepalanya jatuh ke sebelah kanan dan hujung jari telunjuknya menekan dagu.

Mataku membulat.

“Kau ingat aku bodoh macam manusia ke?” tanya lelaki itu bengang.

Erk.

Sejak bila manusia tak pandai ni? Suka hati dia aje mengata manusia. Tahulah bukan manusia pun tapi jagalah sikit mulut tu. Aku ni manusia. Dengar dengan baik. Perkataan bodoh tu kasar. Aku pun tak tahu dari mana dia belajar perkataan ni. Masalah betul kalau pandai terlebih.

“Budak,” panggilnya.

“Macam mana kau boleh nampak aku malam tu? Aku dah baca spell supaya a mere human like you can’t see me.” Bahu kujongket.

“Entah. Manalah saya tahu,” balasku dengan nada yang mendatar.

Tangannya sentuh hujung dagu. “Maybe my spell wasn’t really strong. Well… it happens all the time,” omelnya sendiri.

Walaupun dia tak selamatkan aku malam tu, aku tetap takkan mati. I was fine. Tak perlu bawa aku tepi jalan raya. Lambat-laun orang akan sedar jugak aku terjatuh gaung. Aku cuma kesal sebab tak boleh selamatkan mama dengan ayah. I was there. Aku ingat semuanya bermula dari detik kemalangan sampailah kami terjatuh gaung tapi yang aku buat hanyalah menangis persis anak kecil.

Belakang telapak tangan terus mengesat air mata yang bergenang di kelopak mata. Jangan nangis, Poja.

“Your tears won’t change anything,” komennya.

Tahu…

Dari duduk di atas balkoni, dia duduk di atas kerusi di tepi sliding door. Dia letakkan kaki di atas meja kaca dan memeluk tubuh.

Tak padan dengan bukan manusia. Duduk mengalahkan Yang Berhormat lagi.

“What’s your name?”

“Fauzah tapi orang panggil Poja.”

Jarang betul aku dengar orang panggil aku Fauzah. Mama pun just panggil Poja. Kadang-kadang aku sampai terlupa nama aku sebenarnya Fauzah dan bukan Poja. Nama tu buat aku teringat akan Zia. Fauzah, Fazia.

“Pyuja?”

Eh? Pyuja? Pekak ke apa dia ni? “Poja.”

“Pyuja suits you though. Kau tahu maksud Pyuja tu apa?”

Kepala kugeleng. Manalah aku tahu.

Smirk.

“Pyuja means kid and you’re a kid.”

Masalahnya nama aku Poja dan bukannya Pyuja. Grr…

“Maksud nama encik apa?”

Nafas dia hela lemah. Pandangan kami bertaut dan entah kenapa, pandangannya jadi sayu. Mata dan bintang di mukanya tidak bercahaya. Lelaki itu hanya memandangku tanpa berkata apa-apa. Mungkin ada sesuatu yang bermain di fikirannya tapi sukar untuk diluahkan. Entahlah. Aku mana boleh baca fikiran dia.

Tubuhnya dibengokkan dan dia kulum senyuman.

“Look, kid. I’m not a human so I don’t have a name. I’m a creature without a name. Aku hidup ke, mati ke, tak ada apa yang berubah. My existence is meaningless. Faham?”

Kenapa aku rasa dia macam sedih aje?

Aku menampal senyuman plastik. Takut dia perasan perubahan riak wajahku.

“Botol kicap pun ada nama. Hurmm… maybe we should give you a name,” bisikku halus.

Takkanlah sampai bila-bila tak nak ada nama tapi nama bagi nama apa?Abu? Ali? Bukan senang nak bagi nama.

Kepala yang tak gatal aku garu. Pening kepala.

“How about Adam?”

Jemarinya menekan bibir bawah. Berfikir sejenak dan dia geleng kepala. Aku juihkan bibir. Sedap kut nama tu. Habis nak bagi nama apa? Rasanya semua nama yang aku bagi nanti dia akan reject.

“Alexander?” tanyaku sambil angkat kening kanan.

Sekali lagi dia geleng. Aku mengeluh. See. Kena reject lagi.

“Handsome?”

Tawanya pecah dan aku tengok dia dengan pandangan tak puas hati.

What? Baguslah nama Handsome. Nanti makin bertambah kacak. Nama tu satu doa tahu? Dan aku doakan dia agar makin kacak. Taklah sakit mata tengok dia nanti. Kang kalau aku letak nama Hodoh, makin tak selera aku tengok dia. Cerewet betul mamat ni. Kalau macam ni, sampai esok pun tak sudah.

“Aku tahu aku kacak tapi nama tu lawak,” balasnya dengan tawa yang tak sudah.

Sebal, sebal, sebal.

Jari kupetik. Pap! I’ve got an idea.

“Dalam bahasa encik, berani kata apa?”

“Vlubo.”

Takkan aku nak letak nama dia Vlubo? Haissyy… peliklah pulak. Mungkin aku patut alter sikit nama tu.

“How about Lub?” saranku.

“Lub?” Dia sedikit terkejut.

“Okey?”

“Okey…”

Kerusi ditolak ke belakang sedikit dan lelaki itu terus bangun. Aku pun bingkas bangun. Bintang di wajahnya bersinar lagi dek dia tersenyum manis. Langkahnya diatur mendekatiku dan aku menapak ke belakang sedikit. Tak selesa duduk dekat-dekat walaupun dia bukan manusia.

“Got to go.”

Dengan muka yang tak beriak, aku memandangnya dan angguk sedikit. Dia terus berjalan ke balkoni.

“Lub,” laungku.

Kepala dia kalihkan. “Yes?”

“Kita kawan kan?”

“We are friends, kid,” katanya sebelum hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience