BAB 1

Fantasy Completed 6268

Jari-jemariku menggeletar. Aku peluk tubuh. Peluh mula merenik di dahi. Zia tengok aku tajam. Sedari tadi dia duduk di birai katil. Nak jerit panggil mama tapi suara tak keluar. Tubuh aku rapatkan ke dinding. Takut Zia datang menghampiriku seperti hari-hari lepas. Kalaulah aku boleh halau dia.

“Kenapa masa aku lemas, kau tak selamatkan aku?” tanya dia tajam.

Air liurku terasa berpasir.

Ada benda yang aku nak ubah sekarang ni tapi kuasa aku sebagai manusia biasa menghalang. Aku tak boleh putarkan masa! Tak ada cara untuk aku buat dia hidup semula. She’s dead.

“Kau puas kan tengok aku mati?”

“Aa… ku tak sengaja.”

Riak wajahnya berubah. “Tipu!” bentaknya.

Tiba-tiba Zia berdiri di hadapanku. Kelopak mataku terus terpejam . Kuku dia tekan pipi kanan aku. Jantung rasa macam nak berhenti berdegup. Sumpah aku takut. Sampai bila-bila pun dia takkan berhenti ganggu aku.

“Kau bunuh aku. Kau biarkan aku lemas dan kau buat muka tak bersalah bila mama tanya pasal aku dekat kau. Kau memang patut mati,” sambung Zia lagi.

Air mataku mula mengalir menuruni lekuk pipi.

Takut. Aku takut. Bukan ini yang aku pinta. Aku cuma nak bahagia macam orang lain. Selagi Zia hidup, mama dengan ayah takkan pedulikan aku. Aku tak sengaja bunuh dia. Tak. Aku memang tak sengaja. Kalau aku boleh kembali ke masa lalu, sumpah aku takkan biarkan Zia lemas. Aku akan selamatkan dia. Kenapa Zia tak faham? Kenapa dia tak nak dengar penjelasan aku?

“Zia, akak minta maaf,” tuturku sayu.

“Siapa adik kau? Aku tak ada kakak yang bunuh orang macam kau.” Mukanya merah. Amarahnya semakin menggila.

“Kau memang nak aku mati kan?” provoknya sebelum koyak senyuman sinis.

“Tak.”

Hujung daguku terus dia paut. Mencerlang matanya memandangku. “Jangan tipu aku.”

“Ma, mama. Tolong Poja,” laungku ketakutan.

“Jangan panggil mama,” marah Zia.

Setiap kali mama datang, Zia akan hilang dan aku akan selamat. Dia takkan ganggu aku kalau mama ada.

Leherku Zia cekik. Suara tak keluar tapi semakin laju air mataku mengalir. Aku cuba tarik tangannya tapi tak berjaya. Kekuatanku semakin hilang. Mungkin ni balasan untuk aku. I deserve this. Aku kejam. Aku biarkan adik aku mati walaupun aku boleh selamatkan dia. Salah aku kerana terlalu ikutkan perasaan. Aku terlalu mengikut nafsu. Aku dengki. Aku dengki tengok dia bahagia!

Pintu bilik dikuak. Mama berlari ke arahku dan Zia hilang.

“Kenapa ni?”

Terus aku bangun dan berlari ke arah mama. Tubuh mama kurangkul erat dan tangan mama usap kepalaku lembut. Semuanya akan selamat kalau mama ada tapi… mama takkan selama-lamanya ada di sisi aku dan datang kepadaku kalau Zia datang. There will be a day when mum can’t stay by my side anymore. What should I do when the moment comes?

“Ma, Zia datang lagi,” ujarku panik.

Mama hela nafas lemah.

“Poja, Zia dah mati.”

Pelukan kuleraikan. Aku tengok mama dengan kelopak mata yang bergenang. Lambat-lambat kugeleng kepala. Tolonglah. Tolonglah percaya dengan apa yang aku cakap. Aku memang tak tipu. Zia masih ada! Dia ganggu aku sebab aku dah bunuh dia. Zia marah sangat. Sebab tu dia nak bunuh aku.

“Ma…”

“Ya, sayang.”

“I killed her.” Aku tunduk dan tekur lantai. Tak sanggup tengok wajah mama. Aku tahu mama sedih sebab Zia sedih tapi mama selalu cakap aku tak bersalah. Dia tak salahkan aku. Kalau aku bukan anak mama, adakah mama tetap tidak akan salahkan aku?

“It wasn’t your fault, Poja. Dah takdir untuk dia pergi. Kita tak boleh halang.”

“Tak mama. I killed her,” bidasku.

Kedua-dua belah tangan tekup telinga dan aku menapak ke belakang. Suara Zia minta tolong enam tahun lepas masih terngiang-ngiang di telingaku.

“I killed her, ma. Up until now I can’t forgive myself. Poja minta maaf, ma. Poja tengok dia lemas tapi Poja tak selamatkan dia. Dia minta tolong banyak kali tapi Poja… Poja buat tak tahu,” terangku perlahan.

“It’s okay, Poja,” pujuk mama lembut.

Wajah kuangkat. Tengok siling. Zia terapung. Tubuhnya disandarkan pada dinding dan dia tak putus-putus koyak senyuman sinis. Tangan yang tadinya tekup telinga terjatuh ke sisi. Jari-jemari mama kuraih dan kubawa ke pipi. Aku tahu Zia takkan datang dekat tapi selagi dia ada di sini, aku tak boleh hidup senang.

Orang kata aku gila. Tak. Aku tak gila. I really see Zia. Dia marah. Dia benci akan aku sebab akulah penyebab dia mati lemas dulu.

“Kenapa tangan Poja sejuk sangat ni? Poja demam ke?” aju mama risau.

“Sepatutnya aku yang ada dekat tempat kau…” Suara Zia bergema.

Aku rebah di atas ambal. Tanganku tumbuk lantai bertalu-talu. Mata kupejamkan dan air mata gugur lagi. Mama sentuh bahu. Cuba tenangkan aku. Kenapa orang lain tak nampak dia? Kenapa hanya aku yang faham semuanya?

I’ve commited a big sin in my life. Dosa tu takkan hilang tak kira berapa lama waktu berlalu. Aku penat, aku lelah. Tak bolehkan Zia bagi peluang untuk aku hidup bahagia walaupun hanya sekejap? Jangan ganggu aku. Aku nak hidup macam orang lain. Aku nak pergi sekolah, nak ada kawan. Selagi aku hidup macam ni, aku tak boleh berhadapan dengan masyarakat.

“Aku minta maaf. Zia, jangan kacau aku.Aku rayu sangat-sangat. Jangan kacau aku,” pintaku lemah.

“Poja, bangun.”

Kepala aku geleng. “Nanti dia kacau Poja. Suruh dia pergi, ma.”

Tercetus keluhan kecil dari mulut mama.

“Zia, pergi. Jangan kacau Poja.”

Muka aku dongak sedikit dan Zia hilang. Mama tarik aku bangun dan dia papah aku ke katil. Rambutku dielus lembut dan jari-jemari runcing mama menyeka air mata yang berbaki di wajahku.

“Selagi mama ada, dia takkan kacau Poja. Okey?” tanya mama lembut.

Senyuman manis aku koyak dan aku angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience