BAB 8

Fantasy Completed 6268

Tok ibu jeling aku. Tangan yang aku hulurkan kepadanya tidak disambut dan dia berlalu pergi. Aku dan Kak Yayi saling berpandangan. Dia sentuh bahuku lembut dan aku tundukkan wajah. Menekur lantai. Sungguh aku terasa dengan sikap tok ibu. Sampai bila dia hukum aku macam ni?

“Jom masuk.”

Kak Yayi pimpin aku masuk ke dalam rumah. Aku labuhkan punggung di atas sofa diikuti Kak Yayi. Selagi aku ada di sini, selagi tu lah hati aku takkan tenteram. Mesti tok ibu perli aku punya. Kebencian dia terhadap aku semakin bertambah semenjak kematian ayah dan mama.

Tok ayah muncul dengan senyuman di bibir. Aku bangun dan bersalam dengannya.

“Cucu tok ayah rupanya yang datang. Yayi, mana mak dengan ayah?”

“Mama dengan ayah ada kerja. Tu yang Yayi datang dengan Poja ja. Tok ayah sihat?”

Lelaki yang sudah mencecah usia 70 tahun hanya mengangguk sebelum duduk di sisiku. Dia tak pernah salahkan aku atas apa yang berlaku. Hanya tersenyum dan bercakap semuanya takdir. Tok ayah dengan tok ibu sangat berbeza. Kan bagus kalau tok ibu boleh terima aku macam tok ayah terima aku.

Tok ibu datang. Tengok aku tajam dan aku larikan pandangan.

“Awak pergi buat air dekat budak-budak ni. Goreng keropok lekor yang saya ambik dekat Pak Itam kelmarin lepas ni,” arah tok ayah

Wanita itu hanya akur. Langsung tidak berkata apa-apa dan berjalan menuju ke dapur.

“Jangan layan sangat perangai tok ibu kau tu. Dia memang macam tu,” pesan tok ayah.

Aku hanya senyum.

Selama ni pun aku hanya pekakkan telinga kalau tok ibu sindir aku. Aku taklah kejam sangat sampai nak melawan. Hak dia untuk suarakan ketidakpuasan hati dia. Aku tak boleh paksa dia untuk terima aku.

Poja menyusahkan orang, tak guna, bunuh cucu aku. Aku dah mangli dengan kata-kata tok ibu.

“Datang nak pergi kubur mama dengan ayah ke?”

“A’ah,” balasku sepatah.

Sampai hari ni aku masih tak berkesempatan ziarah kubur mama dan ayah. Time diorang dikebumikan hari tu, aku still ada dekat hospital dan doktor tak benarkan aku pulang walaupun aku rasa luka aku taklah teruk mana pun. Hakikatnya, hati aku lebih sakit. Apalah sangat sakit luaran yang aku rasa.

Setiap kali aku buka mata, aku dah tak dengar suara mama, suara ayah. Rasa kehilangan tu masih ada sampai sekarang.

“Luka dah sembuh?”

“Dah, tok ayah.” Kak Yayi tolong jawabkan.

Tangannya sentuh parut di dahiku.

“Sakit tak?”

“Tak.”

“Poja ni kuat.”

I wish I am but I’m not. I am a coward. I can’t face reality. I can’t accept my own destiny. Aku pernah berharap semuanya mimpi sedangkan aku benar-benar berpijak di bumi yang nyata!

“Seronok duduk dengan Pak Long?”

“Seronok,” balasku ceria.

Setiap pagi, Mak Long gerak aku. Sembang-sembang dengan dia kalau Kak Yayi pergi kerja. Kadang-kadang aku tolong dia tanam pokok bunga dan ada tutor yang datang mengajar dari hari Ahad sampai hari Khamis. Mulanya aku tolak homeschooling sebab tak nak susahkan sesiapa tapi Pak Long cakap dia rasa homeschooling sesuai untuk aku. Waktu mama dan ayah ada pun, aku belajar dekat rumah.

“Betul seronok?”

“Betul.”

“Baguslah macam tu.”

TIKAR kecil dihamparkan di tepi kubur mama dan ayah. Aku berdiri kaku. Hanya tengok Kak Yayi yang sudah bersila di atas tikar tersebut. Matanya mengisyaratkan supaya aku duduk dan aku hanya turuti permintaannya. Tote bag aku letakkan di sisiku dan keluarkan Yasin. Aku dan Kak Yayi saling berpandangan.

“Lap air mata tu,” tegurnya.

“Huh?”

Riak wajah aku berubah.

Dia senyum. “You’re crying, Poja.”

Jari-jemariku meraba muka dan baru aku perasan ada cecair jernih yang berjejeran di pipiku. Aku tarik senyuman nipis. Macam mana aku boleh menangis pulak ni? I’m not supposed to cry even just for a minute.

Tapi sayangnya, semakin laju air mata menuruni lekuk pipi. Wajah aku palingkan. Tak sanggup nak bertentang mata dengan Kak Yayi.

Tangannya sentuh bahuku. Aku berpaling sedikit dan dia hulurkan sapu tangan.

“Shed your tears,” arahnya lembut.

Aku akur. Tak baik menangis macam ni. Tambah-tambah sekarang ada dekat kubur. Sepatutnya aku baca Yasin dan bukannya menangis macam anak kecil. Buat malu diri sendiri aje. Dah janji dah jangan menangis tapi air mata ni degil. Asyik nak keluar. Cuba duduk diam dekat dalam mata tu. Jangan menyusahkan aku sangat tak kira macam mana aku rasa sekarang ni.

Kak Yayi aku tengok bilamana air mata di pipi dah kering dan kami sama-sama buka surah Yasin.

“Kak Yayi tunggu dekat kereta. Nanti datang kalau dah sudah,” ujar Kak Yayi setelah selesai membaca Yasin.

Aku angguk. Yasin dimasukkan ke dalam tote bag dan dia ambil tote bag tersebut. Tangannya mengusap kepalaku lembut selalu berlalu pergi meninggalkan aku sendiri di sini. Aku tarik dan hela nafas berulang kali sebab dada rasa sesak sangat. Rasa macam nak menangis tapi kutahan jua.

Don’t cry, Poja. Don’t cry.

Terketar-ketar jemariku menyentuh batu nisan yang terukir nama mama. I wish I can change everything, mama but I can’t. Poja tak boleh putar balik masa untuk ubah semuanya. All I can do is walking down a lonesome road.

-

“I killed her.” Aku tunduk dan tekur lantai. Tak sanggup tengok wajah mama.

“It wasn’t your fault, Poja. Dah takdir untuk dia pergi. Kita tak boleh buat apa.”

Mama selalu cuba yakinkan aku yang aku tak bersalah tapi rasa bersalah aku semakin tebal rupa-rupanya. I killed my own family.

Mataku jatuh pada telapak tangan aku sendiri.

Tangan ni kotor.

I’m sorry for everything but I need to move on, ma.

I’m sorry for killing you.

I’m sorry for killing dad.

And I’m really sorry for killing Zia.

I want to be a new person. Poja nak bahagia macam orang lain. Boleh kan?

Aku bangun. Ambil tikar dan berjalan pergi.

I won’t forget all of you. That’s my promise.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience