BAB 12

Fantasy Completed 6268

Lub membisu dan aku langsung tak tengok wajah dia. Bukan sebab jijik tapi setiap kali aku tengok dia, hati aku jadi sayu. Aku tak nak menangis di depan Lub lagi. Nanti dia rasa bersalah. Sungguh aku tak sanggup dengar dia mengerang kesakitan. Entah berapa banyak beban yang Lub tanggung selama ni.

“Hodoh sangat ke muka aku sampai kau tak nak tengok aku?” tanya Lub setelah sekian lama mendiamkan diri.

Mataku ditalakan pada wajahnya.

“Tak.”

No matter what happens, I’ll always love you.

Tangannya sentuh dada seolah-olah sedang menahan kesakitan. Aku pejamkan mata dan bibir bawah kuketap. Dalam samar malam, air mataku tumpah. Hati aku jadi sakit setiap kali aku tengok Lub.

Masa berlalu dengat sangat pantas tapi dia berubah lebih pantas daripada masa.

“I’m okay, Poja. I’m okay.”

Tipu. You’re not okay.

Kelopak mata aku buka. Tengok Lub yang dah okey. Sehelai rambutnya yang beruban terjuntai di dahi dibiarkan begitu sahaja. Mukanya dah berkedut seribu. Jari-jemarinya sudah terketar-ketar. Dia dah terlalu banyak berubah tapi rasa di hati aku tak pernah berubah walaupun untuk sesaat.

What should I do, Lub? What can I do to help you?

“Poja…” serunya lembut. Suaranya masih sama seperti lapan tahun yang lalu. Cara dia marah, cara dia senyum tetap sama. Bintang di tepi matanya tetap bersinar apabila dia tersenyum. Yang berubah hanya fizikalnya. Itu saja.

“I’ll tell you everything tonight and you can ask me anything so that you won’t regret anything.”

Aku angguk.

“I’m going to die, Poja.”

Dan sekali lagi aku tewas dengan air mata. Aku geleng kepala tanda tak percaya. Baru lapan tahun aku kenal dia. Tak mungkin dia akan pergi tinggalkan aku secepat ni. Tak. Jangan tipu aku. Aku tak bersedia untuk kehilangan Lub. Don’t make me suffer, Lub. Don’t hurt my heart.

Kelopak matanya bergenang dengan air mata.

“Please don’t cry, Poja. I beg you,” rayunya.

Sayangnya aku tak ada kuasa untuk hentikan air mata yang mengalir. Dada aku macam nak pecah.

“You can’t leave me, Lub. Don’t leave me,” pintaku.

“I’m not an immortal creature, Poja. I will die just like you and other people.”

Tanganku menekup telinga. Tak nak dengar lagi kata-kata Lub. Semuanya hanya mendera jiwaku. I know you will die but I do not expect it to be soon. Lapan tahun terlalu singkat dan aku belum kenal Lub sepenuhnya. Aku tak minta dia kahwin dengan aku. Aku tak minta dia cakap dia sayang akan aku. Aku hanya nak dia hidup macam orang lain. Itu saja.

Untuk pertama kalinya, aku lihat air matanya jatuh tetapi air matanya tidak sama sepertiku. Cecair berwarna kuning itu bersinar-sinar. “Poja, listen to me,” pujuknya dan aku akur.

Tangan kembali jatuh ke sisi.

“Bila aku datang sini, hidup aku tak sama macam orang lain. Umur aku meningkat dalam masa yang singkat dan aku tak boleh halang semua tu berlaku. Sepatutnya aku duduk dekat sini dalam masa yang singkat tapi aku tak nak pergi.”

Kenapa Lub baru beritahu pasal ni sekarang? Kenapa dia tak beritahu aku lapan tahun yang lepas?

“You should go, Lub. Just leave this place,” marahku dalam sendu.

Lub gelengkan kepala. “I can’t leave you. Kalau kau suka dekat seseorang, nak ke kau tinggalkan dia? Aku memang bukan manusia tapi aku ada perasaan. YU rebo iea.” (I love you) Semakin banyak air matanya yang gugur dan aku raup muka kasar. Kenapa dia nak kena susahkan diri sendiri?

“I beg you, Lub. Leave this place for your own sake.”

I’ll be happy as long as you keep breathing. Aku tak kisah berjauhan dengan dia selama lapan tahun cahaya.

“I won’t leave this place.”

Tangannya diletakkan di hadapan wajahku seolah-olah dia sedang cuba menyentuhku dan aku hanya terus menangis persis anak kecil. “Kita tak boleh kahwin tapi aku gembira sebab aku boleh tengok kau membesar dekat depan mata aku. You’ve changed a lot, Poja. Lapan tahun ni dah cukup untuk aku. Aku tak nak minta lebih.”

Jeda.

“I love you. YU rebo iea. You own my heart and I will always be devoted to you. Jangan rasa ni semua salah kau sebab aku yang pilih semua ni. I choose to stay here, by your side. Jangan asyik salahkan diri dan jangan cakap kau yang bunuh aku. This is my destiny, Poja.”

Tudung aku habis basah dengan air mata. Tak ada sedikit pun rasa di gembira di hati walaupun dia cakap YU rebo iea.

Dia selak lengan bajunya sampai ke bahu. Aku sekumpulan bintang kecil pada bahu kirinya yang hampir membentuk satu bulatan dan bintang-bintang tersebut bercahaya. Pandangan kami berlaga dan Lub tampal senyuman plastik. Terketar-ketar jemarinya menyentuh bintang-bintang tersebut.

“Bila bintang-bintang ni bentuk satu bulatan, aku akan mati,” gumamnya rendah.

Wajah aku sembamkan ke paha. Tak sanggup dengar Lub cakap. Ayat demi ayat yang menutur di bibirnya hanya buat aku menderita. Kenapa dia nak kena tinggalkan aku macam orang lain? Salahkah aku untuk bahagia macam orang lain atau aku sendiri yang tidak bersyukur?

“Semua ada lima bintang. Sekarang dah empat bintang setengah.”

“Stop talking, Lub.”

Aku jadi sesak nafas dek terlalu banyak menangis.

“Poja, jangan jadi macam ni.”

“Kenapa baru sekarang beritahu saya?” ajuku tak puas hati.

“I’m sorry.”

Sorry? Maaf untuk apa? Aku yang buat dia jadi macam ni. Kalau aku tak muncul, Lub takkan teragak-agak untuk kembali ke tempatnya. I only make him suffer. Dan bodohnya aku kerana tak sedar pasal ni. Aku ingat normal untuk dia berubah tapi aku silap rupanya. Kebodohan aku menyebabkan dia menderita!

“YU quyura urquuic rebo iea, femoi. I will always love you, honey.”

“Tak guna cakap pasal cinta sekarang, Lub.”

Ni bukan kisah dongeng. Cinta takkan buat semuanya jadi macam biasa. I need you more than I need your love. Your existence is not meaningless. Dia satu-satunya kawan aku tapi kenapa dia nak pergi tinggalkan aku? Sumpah aku tak boleh berfikir dengan waras tika ini.

Untuk kali ke berapa aku kena move on?

Lub, you’re hurting me.

You make me feel dissapointed.

“Stop crying,” pujuknya.

Mata aku dah merah rasanya tapi kecewa aku tak juga hilang. Aku kecewa dengan sikap Lub. Dia memutuskan sesuatu yang melibatkan hidup dan mati tanpa memberitahu aku terlebih dahulu. Salahkah untuk aku tahu semua ni lapan tahun yang lalu?

“Poja…”

“Aku ada satu permintaan. This will be my first and my last wish.”

Aku panggungkan wajah. Tengok Lub.

“Can you stay by my side until my last breath?” pintanya.

“I will, Lub. I will.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience