(prolog)
"Manja...Manja..."
Dia yang terlena di ruang tamu terus tersedar apabila terdengar ada orang yang memanggilnya..dia terus menoleh ke arah pintu masuk rumahnya di mana dia terdengar suara tersebut dari situ..dia yakin bahawa terdapat seseorang di luar rumah kerana dia dapat melihat bayangan orang tersebut dari celah bawah pintu..tetapi dia berasa pelik kerana siapa yang mahu datang waktu-waktu tengah malam begitu lebih-lebih lagi pada pukul 12:00 tengah malam..dan apa yang membuatkan dia semakin pelik ialah dia tidak mengenali siapa-siapa di kuaters itu memandangkan dia baru sahaja berpindah ke sana kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai seorang polis di balai tersebut..namun,dia mengabaikan semua itu..dengan beraninya dia membuka pintu tersebut..dan pada masa itu jugalah....
******************************
Kisah ini telah diceritakan oleh makcik aku atau aku dan orang yang mengenalinya lebih mesra memanggil Cik Manja..dia merupakan adik kepada ibuku dan kisah ini telah diceritakan olehnya kepada ibuku memandangkan dia agak rapat dengan ibuku..kejadian ini belum pernah lagi dialami olehnya sebelum ini kerana dia baru sahaja berpindah ke kuaters itu memandangkan suaminya yang bertugas sebagai seorang polis di balai tersebut..
Kisah ini bermula ketika dia...
?????????????????
Malam yang membosankan dan susah untuk tidur...Jadi dia membuat keputusan untuk pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen..suaminya tidak ikut serta tetapi berada di dalam bilik..dia keseorangan sahaja di ruang tamu hanya ditemani seseorang yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarganya nanti..setelah duduk di atas sofa,dia membuka televisyen dan mencari siaran yang boleh menghilangkan kebosanannya itu..mungkin tidak banyak cerita menarik yang disiarkan pada waktu begitu tetapi dia tetap mencari dengan harapan ada walau satu siaran pun..dan akhirnya,dia dapat satu siaran dan mungkin ia boleh menghilangkan kebosanannya..mungkin...
Dia yang sedang menonton televisyen,tidak sedar bahawa dia telah terlelap di situ..sudah berapa lama juga dia tidak pasti tetapi apa yang telah mengejutkannya membuatkan dia seperti tidak percaya..mungkin khayalannya sahaja tetapi tidak mungkin kerana dia dapat dengar dengan jelas walaupun dia terlelap..mungkin ada sesuatu yang ingin mengganggunya..
"Manja...Manja..."
Dia yang terlena di ruang tamu terus tersedar apabila terdengar ada orang yang memanggilnya..dia terus menoleh ke arah pintu masuk rumahnya di mana dia terdengar suara tersebut dari situ..dia yakin bahawa terdapat seseorang di luar rumah kerana dia dapat melihat bayangan orang tersebut dari celah bawah pintu..tetapi dia berasa pelik kerana siapa yang mahu datang waktu-waktu tengah malam begitu lebih-lebih lagi pada pukul 12:00 tengah malam..dan apa yang membuatkan dia semakin pelik ialah dia tidak mengenali siapa-siapa di kuaters itu memandangkan dia baru sahaja berpindah ke sana kerana mengikut suaminya yang bekerja sebagai seorang polis di balai tersebut..namun,dia mengabaikan semua itu..dengan beraninya dia membuka pintu tersebut..dan pada masa itu jugalah....
Bayangan tersebut berlalu pergi seperti ada yang ingin mempermainkannya pada waktu-waktu begitu..tetapi apa yang membuatkan dia pelik,suara tersebut adalah suara seorang wanita tua..dia tidak mengenali mana-mana wanita tua di kuaters itu..mungkin ada yang memerlukan pertolongan pada waktu itu..dengan langkah yang agak lemah mungkin kerana baru tersedar daripada tidur atau diselubungi ketakutan dia menuju ke pintu rumahnya untuk membuka pintu tersebut..dengan beraninya dia membuka pintu tersebut dan melihat ke luar rumahnya..tetapi,tiada sesiapa di luar tersebut pada waktu itu..hanya lampu-lampu jalan yang menerangi kawasan tersebut dan juga lampu-lampu di luar rumahnya..dia menjenguk ke luar untuk melihat siapakah gerangan orang yang memanggilnya..namun,tiada sesiapa..
Dia berasa tidak sedap hati dan memanggil suaminya yang berada di dalam bilik..dia menceritakan perkara yang baru sahaja dialaminya..kemudian,suaminya membuat keputusan untuk pergi mencari orang tersebut..akan tetapi,sia-sia sahaja kerana dia tidak dapat menemuinya..sehinggalah keesokan harinya...
Suaminya yang bertugas di balai ada bertanya kepada rakan-rakan sekerjanya tentang peristiwa malam tadi..tetapi tiada sesiapa pun yang mengetahui tentang wanita tua tersebut..makcik aku mula merasakan bahawa dia telah diganggu..tetapi dia tidak mahu terus dihantui oleh perkara tersebut kerana boleh membahayakan dirinya..sehingga sekarang dia masih tidak tahu siapakah yang telah memanggilnya..Jadi,dia membuat keputusan dan berfikir bahawa dia telah diganggu oleh benda tersebut..perkara tersebut memang tidak boleh dia lupakan sehingga kini kerana ia merupakan pengalaman pertama dia diganggu sejak dia berpindah ke kuaters itu..tetapi dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara tersebut dan hanya membiarkan sahaja..namun begitu,ketakutan tersebut masih lagi dapat dirasakannya..dan perkara tersebut masih segar dalam ingatannya..
Share this novel