"cuba teka siapa 'saya'???"

Thriller Series 3509

Kisah ini sudah lama berlaku..aku hanya menceritakan kembali..kisah ini diceritakan oleh salah seorang guruku ketika beliau sedang rancak berbual tentang filem seram..dan beliau teringat akan kejadian ini..

Pada masa itu,aku dan rakan-rakanku pergi ke makmal ICT untuk belajar subjek Sivik di sana..semasa sedang membuat kerja yang diberikan..cikgu bertanya tentang filem seram kepadaku dan rakanku..kemudian..mulalah kisahnya..

"Ehh..cikgu baru teringat..ada masa tahun berapa entah..batch lama lah..pernah jadi sesuatu kat sini.."katanya kepada kami..

"wahh,apa jadi cikgu..ceritalah.."aku yang bersemangat pada waktu sudah tidak sabar untuk mengetahui perkara tersebut.."

Beliau pun memulakan ceritanya..

??????????????????????????????????????

"ada satu masa tu..cikgu tak ingat dah batch siapa..sebab cerita dah lama kan..yang cikgu ingat diorang form 5..masa tu..yang ada kat makmal ni budak yang tak siap kerja kursus lagi..jadi,mereka siapkan kat makmal ni.."katanya kepada aku dan rakanku..

"lepastu,cikgu nak pergi atas kejap..(pergi bilik pengetua tak silap..lupa pula..hehehe)..cikgu tinggalkanlah diorang kat makmal tu..cikgu ada cakap dekat diorang siapkan kerja tu..

"Cikgu nak naik atas kejap..kamu siapkan kerja tu dulu..jangan buat kerja lain..nanti cikgu masuk balik.."kata cikgu tersebut kepada pelajar yang membuat kerja kursus ini..

"baik cikgu.."mereka menjawab..kemudian,cikgu pun keluar..dan tinggal mereka sahaja..seperti yang cikgu pesan,beliau menyuruh pelajar ini menyiapkan kerja kursus..tetapi kerja lain pula yang mereka buat..

"korang..jom main nyorok-nyorok dalam ni..kita tutup lampu..lagipun bilik ni gelap nanti lagi best nak main.."cadang salah seorang pelajar tersebut...

"best jugak tu..jom-jom.."yang lain pun setuju untuk bermain dan menutup lampu supaya permainan tersebut lebih menyeronokkan..

"okay,sekarang kau kira sampai sepuluh..kitorang pergi menyorok.."kata salah seorang pelajar tersebut kepada rakannya yang kena mencari mereka yang sedang menyorok.."okay.."katanya..

"satu...dua...tiga...empat...lima..enam...tujuh...lapan...sembilan...sepuluh...dah ke belum..aku cari sekarang.."kata pelajar tersebut selepas habis mengira..

Keadaan pada waktu itu memang gelap gelita..kerana bilik tersebut dipasang dengan penghawa dingin..dan tingkap semuanya ditutup dengan kain gelap..terdapat banyak komputer didalam makmal itu..dah nama pun makmal ICT kan..

pelajar tersebut terus mencari rakannya yang sedang menyorok..selepas beberapa minit....

"Haa..aku dah jumpa!!!"jerit pelajar yang mencari itu..dia terus memegang orang yang dijumpai itu tetapi pada waktu itu keadaan gelap jadi dia perlu meneka siapakah yang dia pegang itu..

"siapa yang kau jumpa tu..tekalah..siapa??"tanya kawan-kawan pelajar itu...

"aku kat sini.."kata salah seorang rakannya.."aku kat sini.."kata salah seorang lagi..dan hinggalah yang terakhir bermain bersamanya..semua berada di tempat lain..cuma yang dia pegang itu dia tidak pasti siapa..sebab keadaan gelap..

Dia mula berasa aneh..kalau semua rakannya yang bermain berada di tempat lain..habis...

SIAPAKAH ORANG YANG DIA PEGANG WAKTU ITU??

"Weii..siapa yang kau jumpa tu..??"tanya rakannya.."hmmmm..aku tak tahu..korang semua ada kat tempat lain..siapa yang aku jumpa ni.."dia sudah mula berasa takut,cuak..semua perasaan ada pada waktu itu..dia masih memegang lagi "orang" itu..tetapi dia bergerak semakin jauh dan melepaskan pegangan daripada "orang" itu..

Salah seorang rakannya membuka lampu..dan apa yang dilihat oleh mereka membuatkan mereka kaku dan hanya menangis disitu..mereka hendak lari keluar dari bilik itu..malangnya..

DIA BERADA BETUL-BETUL DI PINTU KELUAR TERSEBUT MEMERHATIKAN MEREKA YANG BERADA DI DALAM MAKMAL TERSEBUT..

Masing-masing menangis ketakutan dan ada yang memanggil nama cikgu..tidak lama kemudian...

"krekkkkk.."pintu terbuka membuatkan semuanya berlari ke arah cikgu selepas melihat cikgu berada di muka pintu tersebut..cikgu terkejut dengan reaksi mereka yang pada waktu itu,menangis seperti budak sekolah rendah,muka mereka yang pucat..dan cikgu pun bertanyakan perkara yang terjadi..mereka menceritakan semuanya kepada cikgu..dan cikgu hanya mampu ketawa melihat anak muridnya..

*******************************
"macam tulaa ceritanya..cikgu tak ingat sangat sebab dah lama jadi..hahahaha"cikgu masih ketawa teringat akan peristiwa tersebut..
Aku pada masa itu sudah takut..rakanku yang berada di bahagian belakang semua tutup komputer dan berkumpul di satu tempat apabila terdengar cikgu bercerita tentang peristiwa itu..memang meremang bulu roma dan kami memerhatikan kawasan sekeliling..mana tahu tiba-tiba "dia" muncul pula..

"habistu apa yang dia pegang masa jumpa orang tu cikgu??"tanya aku kepada cikgu..

"entahlah..cikgu tak ada tanya pula pasal tu..dahlah masing-masing pucat muka..tulaa,buat kerja lain..yang pergi tutup lampu main dalam gelap kenapa..kan dah kena akibatnya..hahahaha"cikgu masih lagi ketawa..mungkin dia tidak boleh lupakan reaksi anak muridnya itu apabila berhadapan dengan "benda" itu..

-TAMAT-

P/S:cerita ni cerita lama..saya sendiri tak alaminya..tapi part yang dia pegang tu memang curious lah..apa yang dia pegang waktu tu ye.."tangan" ke??"kepala" ke??nasib baik bukan dia genggam "tangan" tu..kalau dia genggam,mesti tak boleh lepas punya...lagi satu,mungkin ni satu pengajaran kepada diorang sebab tak dengar cakap..lain kerja yang diorang buat..last2,ada "cikgu" lain yang perhati diorang..siap main sekali tu..nanti korang try lah main nyorok-nyorok dalam gelap..mana tahu terpegang "orang" lain..hehehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience