Kisah ini diceritakan oleh seorang guru di sekolahku yang mengajar subjek Bahasa Inggeris..beliau juga mengajar subjek tersebut di kelasku..namanya memang seindah rupanya, aku dan kawan-kawan panggil teacher Khaira..aku ingat lagi kisah ini diceritakan masa waktu kelas tambahan bulan puasa hari tu..tak panjang pun ceritanya tapi aku tetap nak ceritakan juga..
Waktu cuti sekolah beliau ada pergi ke sekolah untuk menyiapkan kertas-kertas kerja yang tertangguh..kalau tak silap aku dia nak cetak kertas..masa sampai sekolah memang takda seorang pun cikgu..hanya ada pengawal keselamatan sahaja..jadi beliau pergi ke bilik guru untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut..masa tu beliau tidak rasa apa-apa yang buruk dan tenang sahaja sebab sebelum ni beliau belum pernah lagi kena kacau..
Jadi, lepas je masuk Teacher Khaira terus keluarkan mesin cetak yang ada kat bawah meja..dengan tenang beliau membuat kerja-kerjanya sehingga siap..dan kemudian pergi ke kelas 1 USM untuk meletakkan bahan-bahan tersebut disana..tetapi sebelum ke sana, beliau telah meletakkan semula mesin tersebut di bawah meja dan bercadang hendak pulang ke rumah terus selepas beliau ke kelas tersebut..
Namun beliau terpaksa berpatah balik ke bilik guru kerana terdapat kertas yang tertinggal di atas mejanya..apabila melangkah masuk beliau berasa terkejut sebab mesin itu berada di atas meja seperti ada yang menggunakannya padahal teacher telah meletakkan kembali mesin itu di bawah meja dan seingatnya hanya beliau saja di dalam kawasan sekolah tersebut memandangkan waktu itu cuti sekolah..
Beliau tidak memikirkan apa-apa yang buruk dan berasa bahawa mungkin terlupa hendak menyimpan kembali mesin itu..jadi,untuk memastikan yang tiada sesiapa disitu selainnya, teacher membiarkan mesin tersebut di atas meja dan mencabut plag dari palam..kali ini teacher yakin yang beliau takkan terlupa..kemudian, teacher pergi semula ke kelas 1 USM dengan niat untuk meletakkan kertas yang tertinggal dan kemudian berpatah balik ke bilik guru untuk menyimpan mesin tersebut..
Beberapa minit kemudian, teacher sampai ke bilik guru dan alangkah terkejutnya teacher apabila melihat plag yang seingatnya beliau telah cabut, kembali terpasang dengan suis yang terbuka seakan-akan ada orang yang menggunakannya..tanpa membuang masa, teacher terus bersuara kerana mungkin terdapat guru yang lain di situ yg mahu menggunakan mesin itu...
"siapa tuu??"..namun tiada sesiapa pun yang menjawab pertanyaan tersebut..
Secara tiba-tiba angin kuat meluru ke arahnya dan kemudian keadaan menjadi sunyi sepi..teacher mula berasa tidak sedap hati dan terus kunci pintu bilik guru dan keluar dari perkarangan sekolah...
Selepas daripada peristiwa itu, beliau tidak berani lagi pergi seorang diri dan hanya akan membawa anaknya jika ingin pergi ke sekolah pada waktu cuti sekolah..
Namun,beliau tidak menceritakan perkara tersebut kepada guru yang lain kerana bimbang jika guru-guru tersebut takut untuk pergi ke bilik guru seorang diri..
Share this novel