Dalam cerita ni..bukan nak cakap yang budak-budak ni mencarut ke atau ada laser ke apa-apa..tapi lebih kepada cakap besar atau tak percaya dengan cerita-cerita yang menyeramkan dan yang sama waktu dengannya..kisah ini terjadi kepada mereka sendiri dan dilihat dengan mata kepala mereka sendiri..lepas tu faham-fahamlah apa jadi..haa,menyesal tak sudah...kisah ini berdasarkan kisah sebenar..
Kalau ada yang baca bab sebelum ini,aku ada menceritakan tentang kejadian di makmal ICT bukan??cerita kali ini pun masih di makmal ICT itu lagi..tetapi yang lain..cerita ini masih diceritakan lagi oleh cikgu yang sama..dan gelaknya juga masih sama seperti...hehehe..
???????????????????????????
Suatu hari di dalam makmal ICT..
"Selamat sejahtera cikgu.."kata ketua tingkatan selepas masuk ke dalam makmal sebagai tanda menghormati cikgu.."selamat sejahtera semua,boleh duduk"..balas cikgu tersebut..mereka semua duduk di bahagian tengah dimana terdapat meja yang panjang di situ..kemudian mereka meneruskan pembelajaran bersama cikgu tersebut..
Selepas beberapa minit belajar...
"aduh!!sakitlahh..siapa yang buat ni??"kata salah seorang pelajar perempuan..dia terlihat pelajar lelaki yang berada di hadapannya hanya tersenyum sahaja..
"mesti kau yang buat kan?..sakitlah kau tahu tak..suka hati je nak sepak orang.."marah pelajar perempuan itu..
"mana ada aku buat..ada benda kat bawah meja ni yang pegang kaki kau,hahahaha"
Pelajar lelaki itu sengaja mahu takutkan dia tetapi dia pula berasa takut..
"Alaa,mana ada apa-apa kat bawah ni..haa,tengok aku sepak-sepak kat dalam ni.."lagi seorang pelajar lelaki menendang-nendang angin di bawah meja tersebut..seperti tidak percaya apa yang kawannya katakan..
"tulaa,tak mungkin laa ada apa-apa kat bawah ni..nak kata ada hantu??jangan-jangan dia pun tak sanggup nak bau stokin korang yang tak basuh berapa bulan tu..hahahaha!!"
Semua pelajar disitu gelak dan apa yang mereka tidak tahu ada yang perhatikan mereka..
"kamu jangan memandai-mandai nak cakap macam tu ye..cuba tengok mana tahu memang betul ada ke.."cikgu yang perhatikan mereka dari tadi tiba-tiba bersuara..
"alaa cikgu ni..jangan takutkan kitorang.."pelajar perempuan tadi sudah tidak sedap hati..jadi,dia pun melihat ke bawah meja tersebut..apa yang dia lihat adalah..
TERDAPAT SESUATU YANG SEAKAN-AKAN LEMBAGA SEDANG DUDUK DI BAWAH MEJA ITU DAN DIANTARA KAKI MEREKA SEMUA..SEDANG MEMERHATIKAN MEREKA DENGAN WAJAH YANG AGAK MENYERAMKAN..
"hmmmmm"dia diam membisu tanpa sebarang perkataan tetapi air matanya sudah mengalir..
"kau ni kenapa,??macam nampak hantu je.."kata kawannya..jadi,masing-masing pun melihat ke bawah meja tersebut..kemudian....
Mereka semua menangis kerana tidak dapat berbuat apa-apa..mereka kaku dan tidak tahu apa yang harus dilakukan..pelajar lelaki yang bercakap besar tadi mungkin menyesal dengan apa yang dikatakan tadi..
Mujurlah ada seorang pelajar yang memang agak tinggi ilmu agamanya tahu apa yang harus dilakukan..dan selepas daripada itu,benda tersebut hilang..masing-masing menarik nafas lega dan bersyukur bahawa kaki mereka masih ada lagi..
"kan cikgu dah kata tadi jangan cakap benda yang bukan-bukan..haa,kamu juga yang kena balik..nasib baik dia tak buat apa-apa kat kaki kamu tu.."kata cikgu tersebut setelah keadaan menjadi reda..namun,tiada balasan daripada murid-muridnya..mungkin mereka masih trauma dengan apa yang jadi..masing-masing hanya diam membisu..kemudian,apabila keadaan sudah kembali tenang,mereka menyambung semula pembelajaran yang tergendala sebentar tadi akibat kemunculan "sesuatu" di bawah meja tempat mereka belajar..
p/s:haa,betul tak ape yg cikgu tu cakap..kita tak patut cakap benda yg bukan2..sbb benda tu suka bila kita ckp pasal dia..so,siapa yg tengah baca kt meja belajar ke,atas katil atau kt mne2 laa..cuba perhati kt bawah tu atau sekeliling...
mne laa tahu dia ade kan..hehehe..
Share this novel