Kisah ini diceritakan oleh seorang kawan aku dekat sekolah..dia baru je balik dari berubat..kalau tak silap aku seminggu sebelum kitorang nak exam PT3..dia ada mengeluh masa waktu rehat selepas kitorang tamat latihan kawad kaki..
"Eii,aku malaslah nak ikut adik aku pergi berubat..aku nak study lagi pastu kita dahlaa nak lawan sabtu ni (kawad kaki)..minggu lagi satu nak exam dah..stressnya!!" bebel Nadia, rakanku itu.
Dia merupakan antara pelajar yang pandai di sekolah dan merupakan pelajar elit PT3..jadi memang tak sah laa kalau dia tak study..tapi bila kena ikut adik dia pergi berubat dia jadi semakin stress..
"Eh,kenapa dengan adik kau, Nadia..dia sakit ke?" salah seorang kawan aku tanya dia..
"hmm,sejak kebelakangan ni adik aku tu lain macam and sebab tu mak aku nak bawa dia pergi berubat.." semua kawan aku yang dengar semakin teruja dan tidak sabar untuk tahu apa yang berlaku..
**************************************
Haa,sebelum aku sambung aku nak bagithu sesuatu dulu supaya korang tak keliru dengan cerita ni..kawan aku yang teman aku masa kat bilik agama nama dia Nadia dan yg aku cerita sekarang ni pun Nadia juga tetapi orgnya berbeza.. Jadi, aku harap korang tak pening laa ye..hehe..
****************************************
Ok,kita sambung..selepas perhimpunan rasmi seperti yang selalu diadakan setiap hari Isnin, aku dengan kawan-kawan yang lain jalan masuk ke kelas..seperti biasa dia akan datang ke meja aku dengan kawan-kawan yang lain..
"Weh,korang nak tahu tak?" Nadia menimbulkan pelbagai tanda soal dan tentunya mengujakan kitorang.."Tahu apa?..citer laa,citer laa..aku nak dengar.." aku mula bersuara..dan dia pun ceritakan perkara tersebut...
"Haritu kan aku ada cakap yang aku kena ikut adik aku pergi berubat..lepas tu ustaz yang ubatkan adik aku tu ade citer pasal seorang pengetua kat satu sekolah ni.." dia diam sebentar kononnya hendak mewujudkan suasana yang agak seram buat kami yang mendengar..namun bukan itu yang semua sangka tetiba sahaja..
"Kenapa dengan pengetua tu, dia macam pengetua kita ni ke yang perangai macam hantu?" salah seorang kawan aku tiba-tiba menyampuk..semua pandang ke arah dia dan aku marah dia..
"Kau ni kalau dia dengar tak pasal-pasal je kau dapat 'hadiah' dari dia.." kawan aku gelak dan Nadia pula menyampuk.."korang ni nak tahu tak..aku nak citer ni.." Dengan nada yang marah dia berkata kepada kami.
"Eh,sorry-sorry...Farisya ni laa entah apa-apa je dia cakap pasal pengetua kita..kalau pengetua dengar nanti nahas kita tahu tak.."
Aku cuba menenangkan Nadia yang kelihatan agak marah.. Kemudian,setelah semua senyap dia memulakan ceritanya...
"ada satu sekolah ni tapi ustaz tu tak bagitahu nama sekolah tu sebab taknaklah bukak aib kan..tak baik..dia kata pengetua sekolah tu HANTU!!"
Semua yang dengar pada ketika itu agak terkejut dan aku bertanya.."serious laa..tapikan kalau pengetua tu hantu macam mana budak-budak and cikgu-cikgu kat sekolah boleh nampak dia?"
Aku seperti tidak percaya akan apa yang dia ceritakan.." Sabarlah,aku tak habis cerita lagi ni..memang semua orang boleh nampak dia tapi dari segi perangai dia memang buat org takut..sekejap dia ok sekejap tak ok..and ustaz tu cakap dia jadi macam tu sebab ada benda dalam badan dia..benda tu yang kawal badan dia..and aku tak habis lagi ni..sebenarnya pengetua tu dah MATI..benda tu gunakan jasad dia.!!" Dengan nada suara dia yang menyeramkan dia hampir membuatkan kami semua menjerit..
"eii,dahlah..aku tak percaya dengan cerita-cerita ni..habis pengetua dia macam mana sekarang..still 'pengetua' tu lagi ke yang jadi pengetua kat sekolah tu?" Hajar tanya kepada Nadia dengan nada yang seperti dalam ketakutan..
"Hmm, aku rasa dah lain kut..aku tak ingatlaa pula..hehe..lagipun ustaz tu kata citer tu dh lama..dia just citer je kat family aku and korang pun tahu kan kalau bela-bela ni memang selalunya benda tu akan masuk dalam badan tuan dia..tapi aku tak tahulah kalau pengetua tu ada bela apa-apa..tapikan ustaz tu ade cakap bila benda tu keluar je dari badan pengetua tu, rupa sebenar pengetua tu memang mengerikan..dengan badan dia yg dah mereput mcm dah lama meninggal..tapi disebabkan benda tu ada dalam badan dia rupa dia nampak macam biasa.." kata Nadia...
"Ouh,mcm tu.."sahut aku dan rakan-rakan yang lain..
Aku tidak tahu sama ada hendak percaya atau tidak dengan cerita dia tetapi kalau difikirkan balik takkanlah ustaz tu nak buat-buat cerita pula kan..korang pun kalau rasa was-was nak percaya boleh sahaja tanya dekat bahagian komen..in shaa Allah, pertanyaan akan dijawab secepat yang mungkin..
Share this novel