Kisah kali ini terjadi kepada diri aku sendiri..tapi....aku tak tahu sama ada perkara tersebut betul-betul jadi atau sekadar "imaginasi"...mungkin aku terlalu banyak menonton cerita seram sehingga terbawa-bawa ke alam realiti..tetapi aku rasa benda tersebut memang benar berlaku...kejadian-kejadian yang aku hadapi semuanya berlaku di sekolah..adakah sekolah tersebut berhantu??atau "dia" takut untuk menggangguku di rumah??kalau nak cakap yang macam-macam mungkin senang..tetapi adakah apa yang aku katakan itu benar?? okaylah..aku akan meneruskan dengan kisahku..terdapat beberapa kejadian yang menimpaku di sekolah..pertama berlaku berdekatan dengan bilik pengawas..dan seterusnya berlaku di makmal kimia sewaktu aku sedang belajar..
??????????????????????????????????????????
#Kisah pertama...
Nak dijadikan cerita..semasa waktu rehat,aku dan seorang rakanku pergi berehat di kantin lama dimana kantin tersebut telah dijadikan sebagai dewan tambahan..aku dan dia duduk berhadapan dengan 1 blok dimana disitu juga terdapat bilik pengawas di tingkat atas..sewaktu sedang makan....
"pengawas buat jamuan esok kan??"tanya aku kepada rakanku,Hajar.. "haah,esok.."balasnya..
"Ouh,kau tak tolong kemas bilik pengawas ke,buat jamuan kat situ kan?" aku bertanya lagi..
"haah,buat kat situ..entahlah..lagipun bilik tu berhabuk"
Aku melihat ke arah bilik pengawas yang berada berhadapan dan berdekatan denganku.."habis tu,siapa yang kemas dalam bilik tu..cikgu ea?"aku melihat terdapat orang di dalam bilik tersebut dari arah tingkap yang terbuka sedikit seperti sedang bergerak dan melakukan sesuatu.
"weh,bilik tu kan berkunci..macam mana pula ada orang kat dalam tu" katanya..
aku tidak perasan bahawa pintu bilik tersebut berkunci dan apabila melihat ke arah bilik itu kembali...
MEMANG BETUL PINTU BILIK ITU BERKUNCI DAN TIADA SESIAPA YANG BERADA DI DALAM BILIK TERSEBUT...
aku mula berasa tidak sedap hati..memang benar aku melihat ada orang yang berada di dalam bilik tersebut..tetapi gelap kerana aku melihat dari bawah..
"kau okay tak ni wehh?",tanya Hajar kepadaku. Aku tidak tahu sama ada aku ingin jujur atau membohonginya kerana aku tidak mahu dia takut.."Hmmm,aku okay je ni..maybe aku salah pandang kot..",balasku..
"ishh kau niiii..buat takut aku je tau.Jangan cakap kau nampak apa-apa yang bukan-bukan pula..",kata-kata Hajar membuatku lebih takut dan risau.
Adakah mungkin hanya imaginasiku sahaja kerana sejak kebelakangan ini aku sering membayangkan perkara-perkara yang mungkin aku sahaja yang dapat melihat tetapi aku tidak mahu fikir yang bukan-bukan kerana aku rasa itu semua hanya imaginasiku sahaja.
"jomlah wehh,dah nak habis waktu rehat ni. Abaikan jelah apa aku cakap tadi. Jom-jom." Aku menarik tangan Hajar dan kami mula berjalan ke kelas masing-masing.
Walaupun aku sudah menyuruh dia untuk melupakan apa yang baru sahaja berlaku tadi, tetapi aku tidak boleh. Aku tidak mempercayai apa yang aku lihat sebentar tadi. Namun untuk menyedapkan hatiku, aku hanya menganggap itu semua hanyalah bayangan langsir sahaja...
-END-
????????????????????????????????????????
#Kisah Kedua..
Ia berlaku sewaktu aku sedang berada di dalam makmal kimia bersama rakan-rakan sekelas, ternyata hanya 5 orang sahaja termasuk aku jadi tidak ramai yang berada di dalam makmal tersebut ditambah dengan seorang guru kimiaku menjadikan hanya 6 orang sahaja di dalam makmal. Jadi kami hanya menggunakan meja di bahagian hadapan sekali memandangkan hanya kami berlima sahaja.
Pada waktu itu, cikgu kimia aku memberi tugasan kepada semua orang menjawab latihan untuk beberapa minit sebelum beliau sambung pelajaran pada hari itu.
"okay, kelas. Saya nak kamu jawab dulu latihan ini dan study dulu sikit-sikit. Nanti saya terangkan kepada kamu" Guru Kimiaku memberi arahan dan kami mengangguk faham dan meneruskan tugasan yang diberikan. Pada waktu itu, aku dapat rasakan sesuatu yang lain, seperti ada orang di bahagian belakang makmal tetapi aku menidakkan perasaan itu kerana aku tahu tiada sesiapa pun di belakang memandangkan kami semua duduk semeja sahaja.
30 minit kemudian....
"Okay, kelas. Dah lama ni. Jom kita sambung" beliau menyambung pelajaran kami sambil menerangkan topik di hadapan dan kami berlima fokus sambil mencatat isi-isi penting yang beliau sampaikan..
"Okay, untuk topik ni saya rasa elok kita bahagi kumpulan dan kamu bincang dalam kumpulan lepastuuu baru..."
SREETTTTTT
Aku menoleh ke belakang kerana aku terdengar seperti kerusi makmal ditarik, namun aku melihat seperti tiada apa-apa yang terjadi tetapi bunyi tersebut sangat jelas sehingga aku menoleh untuk melihat.
"Shikin, kamu tengok apa tu?" Tegur guruku.
"Errr, takde apa-apa cikgu" balasku kerana masih terkejut dan itu sahaja yang aku mampu katakan pada waktu itu. Kemudian, beliau sambung menerangkan apa yang terhenti sebentar tadi.
"Priyaa, awak dengar tak bunyi kerusi tyadi kat belakang?" tanyaku kepada rakanku di sebelah dalam kedaan berbisik.
"Takda pun cikin. Jangan bergurau macam itulah" balas Priyaa namun aku sungguh yakin bahawa aku mendengar bunyi itu.
"Haaa, borak apa kamu ni?" Tiba-tiba guruku menegur kami kerana sudah tentu beliau dapat melihat kami berbisik memandangkan kami sekelas hanya 5 orang sahaja.
"Hmmm, sebenarnya saya dengar bunyi kerusi tadi cikgu kat belakang macam ada orang tarik, tu saya pusing tengok tu" jawabku kerana aku rasa lebih baik jujur sahaja daripada kena marah dengannya.
"Ehh, saya tak dengar pula..yang lain dengar juga ke?" tanya guruku kepada rakanku yang lain. Mereka menggeleng dan melihat ke belakang. "Perasaan kamu je tu, kalau tak tadi mesti yang lain pun dengar juga. Dah-dah jangan layankan sangat, kamu pun tahu makmal ni macam mana kan?" katanya lagi.
"Hmm..baik, maaf cikgu" balasku dan beliau hanya senyum dan menggeleng kepadaku. Aku juga tidak menyangka bahawa aku akan mendengar bunyi sebegitu dan untuk meyakinkan jika terdapat sesuatu yang menggangguku, aku tidak mempunyai deria keenam untuk melihat tetapi aku dapat rasakan. Namun, jika hanya aku sahaja yang mendengar bunyi tersebut.. adakah aku mempunyai masalah mental atau kemungkinan mereka juga turut mendengar namun mereka menidakkan kerana mungkin mereka takut?
Dan aku memutuskan itu semua hanya imaginasi dan perasaanku sahaja....
-TAMMAT-
Share this novel