Tangisan yang menghantuiku..

Thriller Series 3509

(Prolog)
Di dalam bilik yang gelap gelita sehingga tiada 1 pun cahaya yang mampu menerobos masuk,dengan keadaan yang tidak begitu pasti bagaimana dan apa yang ada di dalamnya..tiba-tiba terdengar satu suara seperti tangisan bayi..tangisan yang begitu kuat dan nyaring seperti dia mahukan ibunya..tetapi dibiarkan begitu sahaja..aku hanya mampu mendengar dan tidak mampu untuk mencari disebabkan keadaan yang amat gelap..suara itu semakin hampir dan seperti berada berdekatanku..aku takut tapi pada masa yang sama aku sedih disebabkan tangisan bayi itu yang menyayat hati..dengan perasaan yang bercampur-baur aku segera menoleh ke arah suara tangisan yang kedengaran seperti berada di sebelahku dan...

Kisah ni bermula bila...
Waktu malam sudah menjadi kebiasaan aku selepas solat isyak mengulangkaji pelajaran lebih-lebih lagi sebelum masuk tidur tidak kira bila-bila masa sahaja di dalam bilik tidurku..aku mula berasa bosan kerana sudah hampir 2 jam lebih aku menghadap buku sahaja dan tiada hiburan yang boleh memberiku semangat pada waktu itu..maklumlah telefon bimbitku buat hal dimana aku tidak boleh mendengar lagu menggunakan "earphone" seperti yang aku selalu buat sebelum ini..hanya bunyi kipas dan cengkerik diluar rumah yang memecah kesunyian..sudah hampir pukul 10 malam dan aku bercadang hendak tidur selepas mengemas buku-buku dan alat tulis di dalam beg..

Tiba-tiba,keadaan menjadi gelap-gelita dan aku tidak boleh nampak apa-apa termasuk diriku..aku menjadi cemas dan seperti mahu menjerit tetapi seakan-akan ada yang menghalang aku untuk bersuara..aku berdiri sahaja di satu tempat kerana tidak tahu arah tujuku dan hanya mendiamkan diri..aku cuba untuk mengamati di setiap tempat dengan harapan agar ada jalan keluar dari tempat yang gelap itu..aku mula memikirkan sesuatu yang tidak baik..namun hati aku masih mengatakan bahawa semua itu hanya mainan perasaan sahaja..aku buntu dan tidak tahu apa yang nak dibuat..mahu sahaja aku menjerit dengan kuat agar ada sesiapa yang datang membantuku untuk keluar dari tempat yang gelap itu namun semua itu sia-sia sahaja..

Aku fikir hanya aku sahaja yang berada di dalam bilik itu seorang diri dengan keadaan yang gelap..namun sangkaan aku salah..tiba-tiba sahaja aku terdengar tangisan seorang bayi yang begitu kuat seperti sudah lama ditinggalkan ibunya..aku hanya dapat mendengar tangisannya sahaja tetapi aku tidak dapat melihat bayi tersebut..aku cuba juga mencari bayi tersebut tetapi dengan keadaan yang gelap membuatkan aku tidak dapat mencarinya dan semakin aku amati tangisan tersebut ia seakan-akan semakin hampir denganku seperti dekat sahaja denganku...aku mahu melihat ke arah tangisan tersebut walaupun pada masa itu keadaan memang gelap..semasa aku hendak menoleh ke arah tangisan itu..tiba-tiba...

Keadaan di bilik tersebut berubah..aku dapat melihat keadaan bilik yang pada masa itu agak terang seperti diterangi dengan cahaya bulan dan tidak ada lampu di bilik itu..kemudian,aku terdengar lagi tangisan bayi dan kali ini aku dapat melihatnya..dia sedang menangis teresak-esak di dalam lubang tandas namun hanya bahagian belakangnya sahaja yang aku dapat lihat..aku berdiri kaku di satu tempat seperti ada yang menghalang aku untuk berjalan ke sana..mahu sahaja aku pergi mengambil bayi itu..namun,aku dapati terdapat seorang wanita dengan keadaan yang tidak berapa terurus dengan rambut yang menutupi mukanya sedang berdiri berdekatan bayi itu dan hanya memandang sahaja bayi itu menangis..aku sangkakan bahawa mungkin wanita itu ibunya tetapi mengapa dia melihat bayi tersebut begitu sahaja..aku cuba untuk bercakap dengan wanita tersebut supaya mengangkat bayi tersebut dari tempat itu..aku sedar yang seingat aku..aku berada didalam bilik tetapi mengapa saat itu aku seperti berada di tempat yang aneh..lama aku perhati keadaan tersebut tanpa berbuat apa-apa..aku sudah tidak tahan dan apabila aku mahu menjerit ke arah wanita itu...Tiba-tiba sahaja...

Kepala aku berasa sakit dan apabila aku membuka mata,baru aku sedar bahawa aku telah tertidur di atas meja tempat aku belajar..aku masih teringat akan mimpi itu dan tangisan bayi tersebut..aku mula memerhatikan keadaan bilikku..aku melihat di setiap penjuru di atas dan bawah termasuk bawah katilku mana tahu mungkin bayi tersebut berada di situ dan tangisan tersebut masih terngiang-ngiang dan bermain di fikiranku..aku mula berasa tidak sedap hati kerana tidak pernah lagi aku mendapat mimpi yang sebegitu tetapi aku bersyukur kerana semua itu hanya mimpi..aku dapat merasakan seperti ada orang yang sedang memerhatikan aku tetapi aku menidakkan perasaan itu dan aku segera ke bilik air untuk membuang air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat tahajjud..namun begitu,mimpi tersebut sering bermain-main di fikiranku seperti ia berlaku lagi tetapi aku cuba untuk tidak terlalu melayani perasaan yang bukan-bukan..

Keesokan harinya merupakan hari Jumaat dan ia adalah hari terakhir untuk aku menduduki kertas peperiksaan percubaan PT3..semasa sedang beratur sebelum masuk ke dalam dewan aku ada borak dengan seorang rakanku,Uwais..
"hmm,wais..kau tahu tak maksud kalau kita mimpi baby menangis??"aku bertanya kepada dia mungkin dia tahu maksud disebalik mimpi itu.."hmmm,mimpi baby menangis??seramnya..aku tak tahu pula maksud mimpi tu..tapi aku ada buku tafsir mimpi..maybe ada maksud mimpi yang kau cakap kat dalam buku tu..nanti aku bagi kau pinjam."dia menjawab persoalanku dengan perasaan yang curiga dan dia juga seperti mahu tahu maksud mimpi tersebut..

Petang itu,aku seperti biasa berada di dalam bilik untuk menyiapkan kerja-kerja rumah..aku tetap beranikan diri untuk masuk ke dalam bilik itu walaupun sebenarnya tiada apa-apa yang terjadi tetapi mimpi dan tangisan yang aku alami pada malam tersebut membuatkan aku takut dan ia seperti telah menghantuiku..aku cuba untuk tidak terlalu memikirkannya dan menganggap semua itu hanyalah mainan tidur..kemudian,aku dapat 1 mesej daripada seseorang yang amat aku kenali iaitu Abang Faez..aku mengenalinya daripada aplikasi Wechat dan sehingga sekarang kami masih berhubung tetapi melalui Whatsapp kerana aku telah padam akaun Wechat disebabkan peperiksaan PT3 yang akan aku jalani..aku percaya bahawa mungkin dia tahu akan maksud tersebut kerana dia lebih mengetahui daripadaku..

"asalam"
"wasalam.."balasku
"buat apa tu"
"buat kerja rumah"balasku..kemudian,aku menghantar lagi satu mesej kepadanya untuk bertanya tentang mimpi tersebut..
"abg,saya nak tnye something nie..bleh x??"aku meminta izin dahulu sebelum bertanya kepadanya..
"bleh..ape dye"
"hmm,abg tahu x maksud kalau kita mimpi baby menangis??"aku juga menceritakan semua mimpi yang aku alami pada malam tersebut kepadanya.
"ouh,maksud tu..kjap ye..biar abg fkir.."
"hmm,ok2"
selang beberapa minit..
"hmm,abg xthu laa maksudnya..tapi tu mimpi je kan..biasalaa klu mimpi2 yg bukan2...smua tu mainan tido je..jgn fkirkan sngat.."dia balas dengan tujuan untuk menenangkan aku..
"ouh,btul jgak tu..tpi sye x sdap hati laa..sbb sye xprnah lagi mimpi pasal bnde tu..hmm,maybe btul ckp abg..semua tu mainan tido je.."
"biasalaa tuu..kdang2 kita bleh dpt mimpi yg indah dan buruk..adik kena thu yg mimpi2 seram atau buruk ni semuanya drpde syaitan..dye sengaja nak takutkan adik..so,sebelum tido bce doa tido,ayat kursi atau pape surah and bersihkan tmpat tido..lgi elok klu kita tido dlm keadaan berwuduk..jgn risau pasal mimpi tu abg cuba cari lgi maksudnya.."balas Abg faez dengan panjang lebarnya..
aku pun percaya akan kata-katanya dan betul juga apa yang diterangkan olehnya..maklumlah dia agak pakar dalam bidang agama jadi aku memang mempercayainya seperti dia seorang ustaz..
"ouh,oklaa klu mcm tuu..lgipon sye ade pnjam buku tafsir mimpi dri kawan..maybe ade mksudnya dlm buku tuu..thanks abg sbb tlg"balasku..
"oh,mcm tu..ok2..most welcome"
kami menamatkan perbualan tentang mimpi itu dan berborak tentang perkara yang lain..

Hari Isnin....
Aku sampai awal ke sekolah dan sementara menunggu rakan yang lain aku termenung sendiri dan teringat akan mimpi tersebut..aku masih tidak berpuas hati selagi tidak tahu maksud mimpi yang membuat aku takut dan curiga sehingga tangisan bayi itu sering menggangguku dan terngiang-ngiang di telingaku..tiba-tiba aku teringat akan perbualanku dengan Uwais pada Ahad petang...

"Assalamualaikum,shikin..aku ade buku tafsir mimpi ni..esok aku bgi kau..lagi satu,mak aku ade ckp klu mimpi baby nangis ni mksudnya ada saka yg nak mendampingi kau"
"Waalaikumsalam..ouh,okk..nnti jgn lpe bwak tau"
"Eh,btul ke..mcm mne nie wais..aq tkutlaa.."aku menghantar lagi satu mesej dimana aq terkejut dengan dan tidak percaya bahawa ada saka yang akan mendampingi aku..
"sabar2..relax..kau jgn tkut pasal bnde tu tapi kau kne takut pada Allah.."balasnya dengan lagak seperti seorang ustaz dan cuba untuk menenangkanku..
"lagipon tu kepercayaan org dlu2..kau jgn percaya sngat..aq just bgithu je..skrang nie kau relax and berdoa bnyak2 ye..in shaa Allah xde pape"..sambungnya lagi...
aku percaya dengan kata-katanya dan semua itu memang benar dan tidak boleh dinafikan lagi cuma aku agak terkejut apabila dia berkata begitu..
"hmm,okk..aq thu tu..thanks ye..in shaa Allah xde pape..Aamiin.."balasku.
"buku tafsir mimpi nie semuanya berasaskan perubatan Islam..so,aq rse kau ptut cari dlu maksud mimpi tu dlm buku nie..aq malas nak cari sebab buku nie tebal sngat .hehehe.."balasnya lgi
"ouh,bguslaa klu mcm tu..xpe2,biar aq yg cari..ko bwak je buku tu esok ye."aku tidak sabar untuk membaca buku itu dengan harapan agar maksud mimpi itu ada dalam buku tersebut..
"haa,okk..jgn risau..aq bwak nnti..oklah,tu je aq nak bgithu..bnyakkan bersabar ye..bye..assalamualaikum"
"hmm,okk..in shaa Allah aq cuba..bye..waalaikumsalam.."
-tamat perbualan-

Lamunanku terhenti apabila rakanku datang dan menegurku..semasa itu jugalah aku ternampak Uwais yang baru sahaja sampai memandang ke arahku dan memanggilku sambil menunjuk ke arah begnya..aku segera datang ke sana dan mengambil buku yang dihulur olehnya..aku amati buku itu dan ia memang agak tebal..selepas mengucapkan terima kasih aku kembali ke tempat dudukku..

Aku membelek-belek buku tersebut dan apabila membaca isi kandungan buku tersebut..aku berasa agak kecewa kerana mimpi tersebut tidak ada dalam buku itu..namun aku tidak berputus asa demi merungkai maksud mimpi itu walaupun aku tahu itu semua hanyalah mainan tidur..aku menyimpan buku itu di bawah meja untuk dibaca dirumah dan bersiap untuk pergi ke dewan untuk perhimpunan rasmi bersama rakanku..

Setibanya di rumah...

Selesai sahaja aku makan,mandi dan menunaikan solat..aku membaca buku tersebut di meja belajarku di dalam bilik..mujurlah waktu itu cikgu tidak memberikan kerja rumah yang banyak jadi aku hanya fokus kepada buku tersebut..aku membacanya sehingga helaian yang terakhir namun semuanya tiada kaitan dengan mimpi tersebut..walaupun tidak berpuas hati,aku redha dan aku mula meyakinkan diriku bahawa itu semua hanyalah mainan tidur walaupun mimpi itulah antara mimpi yang sering aku ingat lebih-lebih lagi tangisan bayi yang menghantuiku sehingga kini..

p/s:klu ada spe2 yg thu maksud mimpi tuu bleh komen..selamat membaca..hati2 klu lampu tiba2 terpadam mse bce nie lgi2 waktu malam..mne tahu terjadi pula kisah nie pada yg membacanya lebih2 lgi klu dngar tangisan bayi..maybe anak jiran nangis kot..hehehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience