Kisah kali ini berlaku di bilik SPBT..mungkin aku pernah cerita kisah sebelum ini di bilik SPBT..dan ia berlaku lagi..kisah sebelum ini berlaku kepada seorang guruku tetapi pada kali ini ia berlaku kepada kawan-kawanku..jika sebelum ini 'dia' mahu menolong tetapi pada kali ini "dia nak join" rakan-rakanku yang pada ketika itu berada di bilik SPBT..
Kisah ini mula-mula berlaku apabila....
??????????????????????????????????
"lepas tolong tulis buku-buku kat bilik seminar, cikgu Hajar nak minta tolong kita balut buku kat bilik SPBT..dia cakap lagi ramai lagi bagus..nanti cepat sikit siap.."kata salah seorang rakanku..
"Alaaa,baru nak rehat..dahlah sehari suntuk kita hadap buku kat bilik seminar lepastu nak kena balut buku lagi..nak muntah aku tengok buku-buku ni tahu tak..kita lepas PT3 datang sekolah nak main..dahlah sebelum PT3 kita tak boleh join mana-mana game ke aktiviti ke..asyik kena study je..takkan laa lepas PT3 pun kita kena hadap buku juga..menyesal pula aku datang sekolah.."bebel rakanku yang lain sambil tangannya menulis tajuk-tajuk buku di dalam sehelai kertas atau borang untuk melupuskan buku-buku tersebut..
Aku dan rakan-rakanku pada ketika itu berada di bilik seminar untuk membantu cikgu melakukan proses pelupusan buku..maklumlah waktu itu pelajar tingkatan 3 tidak buat apa-apa manakala pelajar tingkatan lain sibuk menduduki peperiksaan akhir tahun..jadi,mahu tidak mahu pelajar tingkatan 3 lah yang menjadi mangsa cikgu-cikgu untuk membantu mereka..kebanyakan mereka tidak suka dan tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk bermain..termasuk diriku juga..hehehe..tetapi apabila cikgu memerlukan bantuan kami perlulah membantu mereka..secara jujurnya,memang ramai yang tidak suka apabila terpaksa melakukan kerja yang mereka tidak mahu tetapi mereka terpaksa redha dan pasrah..bukan selalu kita dapat menyibukkan diri dan kadang-kadang apabila membantu cikgu-cikgu di sekolah terasa seperti kita pula yang menjadi cikgu..berangan je lebih kan..hahaha..
"Hmm,lepas ni kita masuk bilik kaunseling kan..??"tanya rakanku kepada aku..
"Haah,kita dah takda benda lagi nak buat..kita boleh main laa lepas ni..cikgu pun bagi kan kita masuk bilik kaunseling.."kata aku kepada dia.
"Oh,kalau macam tu kita buat laa cepat-cepat kerja ni..aku dah tak tahan dah..lepas ni nak kena ikat lagi,susun lagi buku ni..banyaknya!!!"rakanku yang lain mengeluh kerana sudah kepenatan..iyalaa,asyik menghadap buku sahaja..bukan sedikit buku-buku yang perlu ditulis tetapi sudah boleh dibuat satu lagi perpustakaan di sekolah tersebut..nasib baik ramai yang membantu menyiapkan kerja itu..kalau tidak,mahu patah jari-jari...
Setelah hampir beberapa jam menyiapkan kerja tersebut...
"Yeay!!dah siap..dah siap..yeay!!"rakan-rakanku bersorak keriangan apabila kerja-kerja yang memuakkan mereka itu sudah siap sehingga terlupa bahawa mereka masih perlu menghadap buku lagi iaitu membalut buku di bilik SPBT..
"Hahaha..suka betul kau ye..dah-dah..jom pergi bilik kaunseling..aku tak sabar nak main ni.."kata aku kepada rakanku itu..
Semasa kami sampai di bilik kaunseling,Cikgu Zainon yang merupakan guru kaunseling di sekolah keluar dari biliknya..kami sangka bahawa kami akan dapat main di sana..tetapi..
"Kamu dah siap ke semua kerja di bilik seminar??"
"Dah cikgu..semua dah siap..yang lain tengah on the way datang sini.."jawabku
"Oh,baguslah..hmm,saya nak minta tolong kamu ni..sedikit sahaja..tolong cikgu balutkan hadiah-hadiah untuk abang dengan kakak kamu..tak susah pun..balutkan alat-alat tulis..tu untuk diorang minggu depan..kan dah nak SPM..kamu pun takda kerja lagi kan..tolong cikgu yang tu je..lepastu kamu boleh main"..
"ok cikgu.."aku dan rakan-rakan kemudiannya menolong cikgu membuat apa yang disuruhnya..semasa sedang membalut hadiah,kawan aku yang baru sahaja masuk ke bilik kaunseling itu berkata..
"wei,cikgu hajar nak budak perempuan tolong dia balut buku kat bilik SPBT..sekarang tau..
"Alaa..kitorang tengah siapkan kerja ni haa..kau cari orang lain laa..banyak ni..kau cakaplah dekat cikgu Hajar yang kitorang tolong cikgu Zainon..tak pun,kau suruh je budak USM pergi balut buku..diorang bukannya buat pape pun kan.."aku menjawab dengan nada yang agak tidak berpuas hati..
"Hmm..yelaa-yelaa..nanti aku cakap dekat cikgu..tapi lepas korang siap ni korang datanglah dekat bilik SPBT tolong balut sekali.."
"Haih..tengoklah macam mana..in shaa Allah.."balasku..
"Mengeluh jelah kerja kau..oklaa,aku pergi dulu.."dia kemudiannya terus tutup pintu dan pergi ke bilik SPBT..
Selepas siap kerja-kerja yang disuruh oleh cikgu Zainon..kami putuskan untuk tidak pergi ke bilik SPBT sebaliknya terus duduk di bilik kaunseling menonton cerita..
Aku melihat jam tangan aku dan ia sudah menunjukkan kira-kira pukul 1 petang lebih..dan sudah tentulah menandakan sudah masuk waktu solat Zuhur..aku mengajak rakan-rakanku yang ada pada waktu itu untuk menunaikan solat di surau..semasa dalam perjalanan ke sana...
**************************************
Untuk pergi ke surau,aku dan rakan-rakanku perlu melalui blok tingkatan 4 dimana bilik SPBT juga turut berada di blok tersebut dan ia berada di tingkat kedua..jadi,kami akan nampak blok tersebut sebelum kami nampak surau..
****************************************
Semasa kami melalui blok tersebut..tiba-tiba...
Aku dan rakanku terdengar jeritan dari bilik SPBT dan kami berhenti seketika untuk melihat bilik tersebut..aku nampak rakan-rakanku yang sedang menolong cikgu Hajar di bilik tersebut berlari lintang-pukang keluar dari bilik tersebut sambil menjerit..
"Korang ni dah kenapa..asal jerit-jerit ni.."aku menjerit dari tingkat bawah..mungkin ada sesuatu yang terjadi..
"wei,aku takutlah..ada benda kat dalam tu.."salah seorang rakanku yang berlari keluar berkata kepada aku dalam keadaan yang ketakutan..
"ada apa kat dalam tu..korang tengah balut buku kan..cikgu mana??"
"memanglah,tapi kitorang ada rasa macam ada benda kat dalam tu..cikgu keluar kejap..kitorang je yang ada kat dalam tu..korang naiklah teman kitorang ni.."dia berkata lagi sambil menunjuk ke arah bilik SPBT...
"Hajar,jomlah kita tengok kat dalam bilik tu..mana tahu ada apa-apa ke..kesian pula kat diorang.."aku berkata kepada kawan aku yang bersama dengan aku dalam perjalanan ke surau..
"Tapi Farisya dengan Jaliea macam mana..diorang dah ada kat surau tu..nanti diorang tunggu kita macam mana..lagi pun aku takutlah nak masuk dalam bilik tu..aku tahu "benda" tu yang kacau.."
"Alaa,relax laa..diorang boleh solat dulu..nanti kita pergilah..hmm,kita pergi check dulu..maybe bukan macam apa yang kau cakap ke..fikir positif laa sikit..lagi pun kita yang perasan dulu kan..kalau kita biar je tak baik juga..tak apa..biar aku yang masuk tengok..kau tunggu kat luar..ok??"
"Hmmm..yelah..jom.."dengan perasaan yang bercampur baur kami naik ke tingkat atas dan sampai ke bilik SPBT...
"Haa,korang nampak apa tadi..kenapa sampai terjerit-jerit..budak form 4 tengah exam tu.."aku bertanya sekali lagi kepada diorang..
"Macam ni cerita dia".....salah seorang rakanku yang bernama Adawiyah menceritakan perkara yang berlaku sehingga menyebabkan mereka berlari keluar sambil menjerit dari bilik SPBT..
??????????????????????????????
"Jomlah kita pergi tolong balut buku..nanti cikgu Hajar tunggu takda sapa pulak yang datang.."kata Adawiyah kepada rakannya..
"haa,jomlah.."semua yang lain setuju untuk pergi ke bilik SPBT..
Setibanya disana mereka disuruh oleh cikgu Hajar untuk membalut buku teks..jadi,mereka pun memulakan kerja tersebut..
"kamu semua teruskan balut buku ni tau..cikgu nak keluar sekejap.."kata cikgu Hajar kepada rakanku yang berada di dalam bilik SPBT..
"baik cikgu"kata mereka..selepas cikgu keluar..Izzati,salah seorang rakanku mengeluarkan telefon bimbitnya..mereka mula berswafoto..dan merakam video bersama-sama..sambil memasang lagu..mereka masih lagi teruskan kerja membalut buku..
Tidak lama selepas itu,..
Adawiyah yang duduk berhampiran dengan pintu bilik buku lagi satu..(kalau baca bab sebelum ini pasal cikgu kena kacau tu..dekat tempat dia dah letak buku yang dia dah kira..kat situ laa Adawiyah duduk,dekat dengan pintu tu)
Dia yang sedang seronok berswafoto bersama rakannya,dia mula berasa sesuatu yang aneh..tetapi dia hanya berdiam diri sahaja..dia tidak berani untuk menegur apa-apa..tetapi apabila dia tidak tahan..dia melihat ke arah pintu itu dan dia terlihat...
SEPERTI ADA SESUATU SEDANG MENYELAK LANGSIR YANG TERDAPAT PADA PINTU ITU DARI DALAM..TETAPI TIADA SESIAPA DI DALAM ITU..
Dia melihat hanya sepintas lalu sahaja tetapi apa yang membuatkannya takut kerana tiada sesiapa di dalam itu..nak dikatakan angin juga pun tidak mungkin kerana bilik tersebut memang bertutup kerana terdapat penghawa dingin di bilik tersebut..
dia yang berada dalam ketakutan terus menjerit dan rakannya bertanya..dia pun memberitahu perkara sebenar..dan tanpa menunggu walau sesaat..masing-masing lari lintang pukang keluar dari bilik tersebut..dan pada waktu itulah aku dengan rakanku yang hendak pergi ke surau lalu di kawasan tersebut..
Aku dengan Hajar yang pada waktu itu sudah berada dengan mereka..berasa agak takut juga..sebab ini bukan pertama kali berlaku..jadi,aku selepas melihat ke dalam bilik itu terus membuka kasut dan pergi ke arah yang dikatakan Adawiyah melihat "sesuatu" menyelak langsir di pintu tersebut..
Keadaan di dalam bilik tersebut bersepah..bukan kerana "dia" yang menyepahkan..tetapi rakanku yang bertempiaran lari kerana ketakutan.."korang ni takut betul sampai semua benda korang tinggalkan..abis bersepah bilik ni..nasib baik cikgu takda..kalau ada,mesti dia mengamuk.."aku sempat lagi membebel kepada mereka yang berada di luar kerana mereka takut untuk masuk ke dalam..
Selepas aku berada betul-betul di hadapan bilik yang dikatakan terdapat sesuatu di dalamnya..(aku juga pada waktu itu memang agak takut..aku bukannya berani sebenarnya,tetapi sebabkan kawan,aku terpaksa beranikan diri)..aku memandang ke arah mereka,kemudian mereka menyuruh aku untuk menolak pintu tersebut untuk melihat apa yang ada di dalamnya..Jadi,aku pun tolak pintu tersebut..
KOSONG...TIADA SESIAPA DI DALAM ITU..DAN TINGKAP SEMUA TERTUTUP RAPAT..HANYA ADA RAK DAN BUKU-BUKU..TIBA-TIBA....
Sesuatu menyentuh aku dari belakang..aku terus menoleh kerana terkejut..nak lari masa tu,kaki memang terasa kaku..tak boleh nak bergerak..
Rupa-rupanya,kawan aku,Hajar masuk untuk teman aku.."ish kau ni..aku baru nak baca macam-macam surah nak sembur kat belakang aku ni..nasib baik tahu tak kau tak kena"...aku terus berkata begitu kerana amat terkejut..
"hehehe,sorry lah..aku baru masuk tadi masa kau tengok kat dalam bilik tu..taknak aku biarkan kau sorang-sorang je kat dalam ni.."katanya kepadaku.."haa,kau ada nampak apa-apa ke kat dalam tu?"..dia tanya kepadaku..
"hmm,tak ada apa-apa pun..nak kata angin pun tak jugak..kau tengok tingkap tu,ada yang kena halang dengan rak..ada yang tutup rapat..siap jeriji lagi..aku tak rasa angin..tapi kalau diorang tanya kau cakap je angin..aku taknak diorang takut.."kataku kepadanya..aku tidak mahu mereka berasa takut untuk pergi ke bilik SPBT lagi..tetapi aku rasa mereka pun sudah tahu tentang perkara tersebut..
"weii,angin ke yang tolak langsir tu..ke ada "benda" kat dalam tu..??"tanya mimi..
"Eh,kau ni..tak ada lah..angin je ni..lagipun kalau "benda" tu..mesti dia tolak pintu tu nak join korang sekali balut buku..tak ada dia just nak selak langsir tu je..hahahahah"aku sempat bergurau dengan mereka..tetapi mereka bukannya gelak tetapi mereka lari pula..tinggal aku dengan hajar..
Kemudian,aku memanggil mereka untuk mengemas dalam bilik tersebut..selepas kejadian itu mereka tidak mahu meneruskan kerja dan mahu keluar dari situ secepat mungkin..
Keesokan harinya..terdapat di antara mereka yang berada di bilik SPBT tidak hadir ke sekolah kerana demam..mungkin trauma..ada yang hadir dan masih menceritakan perkara tersebut kepada rakanku yang lain..masing-masing sudah mengetahui dan mereka faham..sejak dari itu,mereka hanya berani masuk ke dalam bilik SPBT itu hanya jika ada cikgu sahaja..
??????????????????????????????????????
Cerita ini tidak habis disini...
Izzati yang membawa telefon bimbit menceritakan bahawa pada waktu itu mereka sedang berswafoto membelakangi pintu tersebut..mereka langsung tidak mengetahui perkara tersebut kerana leka bersama telefon tersebut sehinggalah Adawiyah memberitahu..cerita Adawiyah itu membuatkan Izzati terus membuka galeri dan melihat kembali rakaman video mereka pada waktu itu...
"korang..aku masa tu tengah selfie dgn budak -budak ni..kt belakang pintu tulaa..kitorang record dengan boomerang pun nampak pintu tu kat belakang kitorang.."dia pun melihat kembali semua rakaman serta gambar-gambar yang mereka ambil...ternyata apa yang dikatakan Adawiyah adalah benar..terdapat salah satu gambar dimana semasa mereka sedang berswafoto,dan pada waktu itulah kejadian tersebut berlaku..
"serious lah..nak tengok..kau ada simpan lagi tak.."tanya aku kepadanya.."tak ada dah..aku terus delete..lagipun muka wiyah masa tu lawak laa..memang cuak gila..hahahaha..terus aku delete.."katanya..iyalah,siapa yang nak simpan gambar tersebut..nanti dia ikut kita sampai rumah,masa tidur,dimana-mana lah..hanya kerana gambar..(bahaya-bahaya..sesiapa yang ada simpan gambar si "dia" tu..cuba tengok sekeliling..mana tahu ada pula tercongok tengok awak..hehehe)
"oh..tak apalah..baguslah kalau kau dah delete..tapi dah tak ada buktilah nak tunjuk kat cikgu..sebab kau dah delete..tapi tak apa,sebab cikgu pun boleh rasa "benda" tu ada ke tak.."aku berkata lagi..
Selepas dari peristiwa itu,mereka agak takut untuk pergi sana apatah lagi memandang bilik tersebut..sehingga sekarang,mereka masih ingat akan kejadian tersebut..dan mereka tidak mungkin akan lupakannya..
-TAMAT-
P/s:cerita ni berdasarkan kisah sebenar..mungkin tak seram..sebab kalau seram sangat nampak macam rekaan..cerita ini dan bab lain tentang apa yang saya,kawan saya dan cikgu-cikgu saya lalui..bukan nak burukkan sekolah..tetapi sebagai perkongsian tentang apa yang berlaku..dan ia wujud..kepada sesiapa yang tidak percaya tu..haa,cuba laa tengok sekeliling..bawah katil ke,atas kepala ke..dia kan ada dimana-mana sahaja..hehehe.....nantikan bab seterusnya ya..terima kasih..
Share this novel