Cerita ni nak kata dah lama tak juga sebab ia berlaku tahun lepas dan aku tak ingat tarikh tapi aku ingat macam mana ia berlaku dan masih segar dalam ingatan aku..aku takkan lupakan kisah ni..
sebab macam yang aku bagithu aku takda deria keenam tapi kisah ni buatkan aku macam ada deria tu..
Kisah ni bermula bila aku dengan kawan aku pergi bilik agama yang terletak sebelah dengan bangunan bengkel KHB 2 tingkat tapi bahagian bawah je yang guna sebab bahagian atas bilik ERT..disebabkan sekolah tu tak ambil bidang ERT dalam subjek KHB jadi bahagian atas jarang guna tapi terdapat cikgu yang masih gunakan bilik tu..cerita pasal bangunan tu aku ada banyak kisah pasal bangunan tu..tapi kita fokus dekat cerita yang aku lalui dulu sebab ni yang mula-mula berlaku..aku ceritakan semua kisah-kisah ni ikut masa..
sambung balik masa aku dengan kawan aku pergi bilik agama tu..
Oh,ya..aku lupa nak bagithu yang aku dengan kawan aku pergi sana sebab nak panggil ustazah untuk masuk kelas kitorang..bukan waktu dia tapi dia ganti guru yang tidak hadir masa tu..masa dalam perjalanan ke sana,aku dapat rasa something macam tak sedap hati and tetiba bulu roma meremang..aku tanya kawan aku.."weh,kau ada rasa pape tak"..tapi kawan aku cakap.."takde plak..perasaan kau je kot"..
Aku pon mengiyakan kata-kata dia tu..sebab kitorang dah tahu lama dah pasal tragedi yang jadi kat blok situ..jadi tak berani nak cakap lebih-lebih..dan kena selalu fikir positif..lagi-lagi aku pergi dengan kawan aku yang pernah kena kacau dengan benda tuu..jadi,aku taknak benda tu jadi lagi..
Masa tengah jalan lalu depan stor sukan aku dah rasa lain macam dan aku macam taknak pergi je kat bilik agama tu..tapi kawan aku tetiba je berlari pergi sana..aku tak lari tapi aku jalan perlahan-lahan sampai laa dekat dengan pintu bilik agama..ustazah panggil aku.."shikin,tolong angkatkan barang ni..nadia dah angkat separuh dah,kamu ambil lagi separuh"..aku pon rasa lega sebab ustazah ada dan sebab apa kawan aku lari..tapi yang masa ustazah minta tolong aku dengar suara je..sebab dia kat dalam lagi..pastu masa aku nak masuk tu ustazah tetiba keluar and masa tulaa..aku nampak..
Ustazah ada kat pintu tapi kat belakang dia aku nampak ada benda yang tinggi,warna hitam..tapi dia ada kat hujung bangunan macam tengah intai..aku tengok sekilas je and confirm lah terkejut aku terus lari..tak jauh pun sampai dekat stor sukan aku pusing sebab kawan aku panggil..aku nak nangis dah masa tu pastu aku marah ustazah...aku cakap.."ustazah ni,buat saya terkejut jelaa.."ustazah tu pelik dan dia tanya aku.."kamu ni dah kenapa..saya panggil kamu suruh tolong kamu lari pula.."tapi dia tak tahu dan aku tak cerita pun apa yang aku lalui..
Masa aku tengah jalan dengan kawan aku nak balik kelas dia tanya sambil gelak-gelak.."kau kenapa tadi tetiba je lari..terkejut aku..dahlah banyak barang aku bawak tadi..baru nak bagi kau pula lari..penat aku kejar kau tahu tak.."aku mula-mula rasa macam taknak bagithu tapi dia paksa..aku gelak dan ceritalaa apa yang aku nampak..cerita ni heboh sampai ke kelas..diorang yang dekat kelas pon pelik sebab tengok muka aku pucat,macam sesak nafas pon ada..nak kata taknak percaya tu memang susah sebab aku sendiri yang lalui..tapi lepas tu insaf dah aku bukan tak masuk lagi dah..macam mana aku nak belajar kalau tak masuk bilik agama..kalau aku nak masuk atau lalu kat situ aku baca apa-apa dan aku senyap je..
Belum habis lagi tau....
Lepas beberapa hari aku kena tuu..ustazah masuk lagi kelas aku sebab ganti guru yang tak hadir..aku buat-buat macam biasa jelaa..dia jaga sampai balik and sebelum balik tu dia tanya pasal benda yang aku cerita tadi..dia tanya "kamu tak cerita kat saya pun kenapa kamu lari haritu..kamu ada nampak pape ke atau kamu takut tengok saya"..sambil dia gelak dia tengok aku..aku jawablaa.."hmm,takde pape laa ustazah.."tetiba je kawan aku menyampuk.."citer jelaa kat ustazah mana tahu ustazah tahu pape ke pasal benda tu.."ustazah pandang pelik dan dia tanya.."tahu apa..benda apa..kenapa ni..citer jelaa kat saya.."aku pon dah rasa bersalah pula sebab ustazah dah tanya macam tu dan aku pun cerita dekat dia..
Lepas je cerita dia tetiba senyum dan aku rasa macam ada something je..tapi aku tak berani nak syak pape..yelah,dia ustazah kan..and lepas aku habis cerita aku minta izin nak balik..tetapi aku masih memikirkan senyuman dia..memang muka dia nampak macam terkejut masa aku citer tapi pada masa yang sama dia boleh senyum dan itu yang menimbulkan pelbagai tanda tanya..apakah maksud disebalik senyuman tu??adakah dia tahu apa-apa tentang apa yang aku nampak??kenapa dia nampak tenang je semasa aku menceritakan kejadian itu??
Aku ada sorang kawan yg rapat juga dengan ustazah ni..jadi aku pun tanya dia tentang hal tu.."Nadia,kenapa masa aku cerita kat ustazah pasal haritu dia macam nampak relax je..and lepastu dia senyum.." lepastu kawan aku ckp.. "ouh,pasal benda tu sebenarnya ada salah sorang anak dia yang kena kacau dengan benda tuu..apa yang kau cerita dekat dia, rupa benda tu dan semua memang sama macam yang anak di kena..tapi dia tak tahu pula benda tu akan ikut dia.."
Aku pun agak terkejut dgn apa yg kawan aku bagithu tapi sekurang-kurangnya masalah yang aku hadapi iaitu curiga dengan tingkah laku ustazah dah terjawab dan aku takkan lupakan apa yang aku lalui ni..
Share this novel