BAB 3

Romance Completed 5042

“ Cik Asyikin kena tunggu dalam bilik bos terlebih dahulu. Jom saya tunjukkan.”

Gulrp! Kenapa pula? Tak jumpa tak boleh ke?

“ Ini dia. Cik tunggu dekat dalam ye.”

Perempuan itu berlalu sebaik sahaja aku menapak ke dalam bilik pejabat bos. Big bos!

“ Assalamualaikum.”

Hampir luluh jantung aku apabila mendengar suara garau itu di belakangku. Bos ke? Semenjak bila dia ada dekat belakang aku?

“ Waa..alaikumussalam.” Gagap pula aku jawab salam. Biasalah first time menghadap orang besar dalam syarikat ni.

“ Tak sudi pandang muka bos awak dah ke?”

Erk? Itu soalan ke perlian? Tapi aku toleh juga ke belakang. Sebaik sahaja aku melihat rupa bos aku. Aku terkejut. Lelaki yang menyoal aku semalam adalah bos aku? Biar betul!

“ Why? You look surprise!”

Mana tak surprisenya bila orang yang menyoal aku tu bos. Kau bos aku? Aku tersengih. Patutlah soal macam-macam. Mengalahkan ayah aku je dia ni.

“ Kenapa awak senyum?” erk! Senyumanku mati.

“ Maaf.” Aku tunduk memandang kaki. Dah dia bos aku jadi aku seganlah. Sebelum ni tak suka. Sekarang kenalah suka.

“ Jangan risau. Saya bos sementara je. Saya gantikan tempat abang saya.” Maklumnya bersahaja.

Ada aku kesah? Tapi hanya terluah dalam hati.

“ Ada apa Encik nak jumpa saya?” Soalku apabila dia macam tak peduli je kehadiran aku di sini.

“ Panggil je saya Irham. Saya datang nak tahu lebih lanjut tentang awak. boleh kan?”

“ Tak boleh!” Ops! Aku pantas menekup mulutku. Terlepas pula. Haish!

Aku pandangnya sekilas. Kelihatan dia sedang tersenyum ke arahku. Perli ke?

“ Tak kira. Saya nak tahu juga. Duduk dulu.” Arahnya. Aku Cuma turuti je. Nanti free je kena pecat.

“ Saya Cuma nak tahu. Apa pandangan awak terhadap rupa saya? Hensem ke tidak? Atau nampak skema?”

Aku cukup tercengang mendengar soalannya itu. Aku nak gelak boleh? Ya Allah. Kenapa aku ditemukan orang yang perasan ni. Ceh!

“ Jawab. Tapi jujur.” Suruhnya pula.

Aku menilik habis rupa dia. Biasa-biasa je. Along aku hensem lagi. Ceh!

“ Biasa je. Tak kurang dan tak lebih.” Jawabku selamba. Dah nak sangat jawapan kan? jadi aku berilah jawapan. Dan dah nak jujur kan? jadi aku berlaku jujurlah tu.

Selepas aku berkata demikian, dia macam tersentap. Tapi? Kesah ke aku?

“ Nurul Asyikin. Baiklah.. Soalan kedua.. Apa perasaan awak bila first time kita berjumpa?” Soalnya lagi.

Aku rasa nak hempuk je buku atas kepala dia ni. Soalan tak munasabah lah. Ini dalam pejabat okey?

“ nothing!” Aku bersahaja saja apabila menjawab persoalannya. Biarlah! Biar aku dipecat sekalipun.

“ Nothing? Bohonglah! Kan saya kata cuba jujur.”

Ha! Dia ni memang tak faham bahasa erk? Nak aku penampar dia sekali ke baru dia sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience