BAB 4

Romance Completed 5042

“ Pertama kali saya nampak awak. saya rasa awak baik. Tapi bila awak soal saya , saya rasa saya manusia paling malang di sini.”

Dia mengerutkan dahi.

“ Kenapa?” aku tersenyum sinis. Dah tahu tanya lagi.

“ Sebab orang tu tanya soalan yang mengarut. Yang tak berkaitan langsung dengan kerja. Nampak sangat orang tu macam tak ada pendidikan.”

Fuh! Berani juga aku sindir dia. Lantaklah! Siapa suruh dia tanya macam-macam kan? biarlah aku dipecat sekalipun. Aku tak kisah!

“ Awak nak ke saya pecat awak?” Soalnya dengan senyuman sinis.

Aku tersenyum tanda berbesar hati jika dia buat betul-betul.

“ Silakan. Saya terima seadanya.” Jawabku dengan yakin. Senyuman pula tak pernah lekang dari bibirku. Biar dia tahu aku tak rela bekerja dekat sini. Kalau orang lain mungkin dah terpikat dekat dia sebab dia ni kacak. Tapi tidak aku.

“ Eh? Awak ni siapa erk?” Dia menyoalku pelik.

Aku pula tergelak. Siapa? Apa maksud dia?

“ Saya Nurul Asyikin Bt Muhd Zaki. Anak Muhd Zaki lah kan takkan anak beruk pula. Saya juga merupakan perempuan yang tengah mencari kerja tapi nasib saya tak baik apabila terjumpa dengan seorang lelaki yang tak faham bahasa. Yang perasan diri dia tu bagus sangat. So? Ada apa-apa lagi maklumat yang saya tertinggal.”

Ambik! Puas hati aku! Aku lihat dia seperti tersentap. Mestilah dia tersentap habis! Aku dah perli dia cukup-cukup. Kalau dia tak tersentap juga aku tak tahulah. Melainkan dia bukan manusia.

Kemudian dia bangun dan membelakangi aku. Aku pula bangun dan berura-ura nak pergi daripada situ. Biarlah aku dikatakan kurang ajar. Namun aku sanggup demi melepaskan diri daripada dia tu.

“ Tunggu!”

Aku menoleh kembali ke arahnya. Nampaknya sekarang dia baru serius. Yalah. Dia pandang aku tanpa senyuman macam tadi tu.

“ Ada apa yang saya boleh bantu? Atau betul Encik Irham ni nak pecat saya? Silakan!” Ujarku dengan senyuman kecil. Ceh! Berani betul kau ni Syiqin.

“ Tak!”

Tapi jawapan itu amat mengecewakan aku. Aku tatap dia habis.

“ Tapi saya akan kahwin dengan awak.”

“ Ha?”

Aku pandang wajah along seperti wajah yang tiada perasaan langsung. Along pula sudah pandang aku pelik. Sampai tak jadi keluar dengan bakal kakak ipar aku tu. Sebab apa? Sebab aku tiba-tiba hilang tenaga untuk berjalan.

Balik je dari tempat kerja. Aku rebah di samping along. Mujur along sambut. Kalau tidak sakitlah badan aku. Mujur juga ayah dan mak tiada di rumah ketika itu.

“ Angah? Are you okey?” Soal along lalu menyentuh dahiku. Tapi aku tepis perlahan.

“ Angah tak demam lah. Tapi hati ni yang demam. Demam terkejut!” Luahku serupa orang tak makan tiga hari.

“ Kenapa pula? Angah baru putus cinta ke? Tapi setahu along angah mana ada boyfriend.”

Aku memandang along tajam. Wuaahhrgghh! Kenapa dia pergi sebut soal putus cinta. Ini bukan putus cinta malah sesuai dikategorikan sebagai cinta mengejut. Ha? Apa tu?

“ Entahlah along. Bos tempat angah kerja tu dah tak waras agaknya.” Ujarku selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience