BAB 7

Romance Completed 5042

“ Ya pakcik. Kalau saya tak serius saya takkan datang sini. Dan cakap sendiri dengan pakcik.”

“ Tapi tuan badan tak setuju!” Tiba-tiba aku bersuara lantang.

Mereka semua memandang ke arahku. Terutama Irham yang macam nak telan aku hidup-hidup je. Biarlah! Ini demi kebaikan diri aku juga.

“ Apa yang menyebabkan angah tak setuju?” Along menyoal. Dan itu soalan cepumas tu.

“ Se..sebab…sebab… angah tak suka dia.” Jawabku lantang.

Tapi lain pula aku terima apabila mereka semua ketawa. Termasuk Irham. Apa yang kelakar?

“ Itu je? Angah! Perasaan cinta boleh dipupuk selepas berkahwin. Lagipun cinta lepas berkahwin ni bertambah nikmat. Nak buat apa-apa pun dapat pahala.”

Oh! Ayah aku membela dia nampak gayanya.

“ Tapi?”

“ biarlah dia fikir dulu pakcik. Saya tahu saya terlalu tergesa-gesa membuat keputusan. Lagipun dia baru kenal saya. Dalam tiga hari macam tu.”

Aku tersenyum sinis. Tahu pun!

“ Yelah. Kamu jangan risau. Jika kamu ada jodoh, kamu pasti akan bersama juga.”

Aku yang mendengar terdiam. Ya! Kalau dia jodoh aku, aku tolak lah sekeras mana pun. Dia tetap akan bersamaku.

Dua hari telah berlalu. Itu juga bermakna dua hari dah aku tak masuk kerja. Aku juga tak menegur along seperti selalu. Malah aku bersifat dingin terhadap dia. Aku juga dah tak banyak bercakap dengan family aku.

Irham? Dia masih tidak berputus asa. Dia selalu datang ke rumahku apabila aku tidak ke kerja. Lagipun aku baru sembuh. Aku juga tidak menegur dia. Aku juga dah tidak bertikam lidah dengan dia.

Sebab? Sebab aku perlukan masa. Aku juga kecewa. Kerana? Kerana dia buat aku ni macam patung. Dia bertindak tanpa berbincang dengan aku dulu. Mana lah aku tak marah.

“ Angah! Ada orang nak jumpa.”

Aku menoleh ke arah pintu. Dan seperti semalam, aku langsung tak menghadiahkan senyuman buat along.

“ Irham datang nak jumpa kamu. Along panggil dia masuk ye?”

Aku mengalih pandangan ke arah luar tingkap. Ada hak ke aku nak menghalang?

“ Nurul Asyikin Bt Muhd Zaki.”

Aku tersentak. Dia menyebut nama penuh aku. Tapi aku still tak menoleh ke arahnya.

“ Saya Muhamad Irham bin Arsyad ingin memujuk hati yang sudah beku.”

Aku tergelak dalam hati. Skemanya ayat. Haish! Jaga Syiqin. Jangan mudah terpujuk.

“ Awak.. Pandanglah sini. Saya nak cakap sikit dengan awak. please…” Dia merayu.

Urm! Yelah. Aku pun menoleh ke arahnya. Dan..

“ burk! Ahahaha!” ketawaku meletus saat melihat wajahnya.

“ yes! Saya berjaya buat awak gelak!”

Aku mengelap air mata gara-gara terlebih gelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience