BAB 5

Romance Completed 5042

“ Ish! Tak baik cakap macam tu. Cuba cerita dekat along. Apa yang dah terjadi sebenarnya ni?”

Along tatap aku tajam. Aku pula tersengih kerang busuk. Tapi tak lama apabila telefon bimbitku berbunyi.

“ Along… Tolong angkat.” Suruhku malas. Aku hulurkan telefon bimbitku kepada along. Seterusnya along buatlah apa yang patut.

“ Along buka loudspeaker erk?” Aku hanya mengangguk lemah.

“ Helo? Asyiqin ke?”

Jelas timbul kerutan di dahiku saat mendengar suara itu. Bukankah suara itu….

“ Saya ni. Irham. Bos awak.”

Aku pantas menegakkan badan. Aku pandang wajah along. Aku suruh dia cakap apa yang patut.

“ Maaf. Tapi dia tengah tidur. Ada apa yang saya boleh bantu.”

Aku tersenyum lega. Mujur along ada.

“ Erk.. awak siapa?” Aku menggigit bibir. Erk? Patutkah aku cakap along boyfriend aku? Kalau macam tu lebih senang sebab selepas ni dia takkan ganggu aku. Cantik!

Aku bisik sesuatu dekat along. Tapi along sama sekali tak setuju. Aku tetap tak putus asa sampai along mengalah.

“ Saya teman lelaki dia. Ada apa ye?” Along lihatku macam nak makan orang. Aku hanya tersengih menerima jelingannya.

“ Ha? Oh! Tak apalah.”

“ Tut..Tut..” Aku menghembus nafas lega apabila dia letakkan panggilan. Kecewa lah tu. Haha. Cantik!

“ Angah…” Alamak! Along sudah memanggil aku dengan meleret-leret.

Akhirnya aku cerita dekat dia dari A sampai Z. Along aku ni hanya angguk je? Tak ada hati nak tolong adik kesayangan ke?

“ Along rasa dia ikhlas.” Aku termangu. Ikhlas? Ya Allah. Jangan cakap along terima budak tu.

“ Along rasa along nak kenal dia.”

Sekali lagi aku terpempan sebelum aku rebah di sisi dia. Along!!!

Keesokan harinya, aku tidak masuk ke kerja. Aku sakit hati dekat Irham dan along aku sendiri. Siapa suruh sakitkan hati aku lagi. Hari ni bukan saja aku demam terkejut. Malah aku turut demam kecewa. Tapi? Adaka? Argh! Ada aku kisah?

“ Angah! Keluar makan sarapan! Tak pergi kerja ke?”

Mak memanggilku dari luar bilik. Tapi aku tak menyahut sebab aku benar-benar tidak berdaya. Ini demam betul-betul. Sampai pucat lesi muka aku ni dibuatnya.

“ angah!” Itu suara ayah. Maaf ayah! Angah tak ada tenaga nak menjawab.

Tubuhku diselaputi selimut sampai ke leher. Tanganku pula menggeletar kesejukan. Haish! Parah!

“ Angah! Takkan merajuk dengan along kot. Along minta maaf! Keluarlah kita sarapan!”

Aku tersenyum hambar. Tak ada gunanya nak merajuk dengan along. Tak kuasa!

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku gagahkan diri untuk menjawab.

“ He..helo?” Jelas suara aku pun serak-serak dah.

“ Eh Syiqin? Awak okey ke ni?” Aku mengeluh kecil. Irham!

“ Nak apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience