BAB 2

Romance Completed 5042

“ Awak siapa?” Soalku selamba.

“ Awak dah lupa. Tak apalah.”

Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal selepas lelaki itu berlalu. Haish! Kenapa hari ini banyak sangat perkara pelik yang berlaku. Pening aku! Sudahlah! Balik tidur lagi bagus.

‘ Anda diterima bekerja di Syarikat Arsyad Holding. Anda diminta datang ke syarikat ini pada besok hari. Tepat pukul 10 pagi. Terima kasih.’

Aku baca ayat itu berulang kali. Sampai tak berkelip mata aku membacanya. Inilah ayat yang tentera pada surat yang aku dapat petang tadi.

“ Aku tak bermimpi kan?” Aku menyoal kepada diriku sendiri.

“ Mimpi apa pulak?”

Muncul alongku yang baru balik daripada kerja.

“ Angah dah dapat kerja.” Maklumku. Aku tak tahu sama ada aku patut rasa gembira atau sedih. Maybe sebab lelaki yang menyoal aku tadi kot.

“ Alhamdulilah. Baguslah kalau macam tu. Mak dan ayah dah tahu ke belum?”

Aku menggeleng. Hanya along saja yang tahu.

“ Kenapa tak beritahu mereka lagi?”

Along duduk disisiku.

“ Angah baru je buka surat ni.” Aku menyandar pada bahunya. Letih!

“ Jadi pergilah beritahu. Mereka ada di dapur kan?” aku mengangguk lemah. Mataku pejam erat. Macam tak percaya je.

“ Tapi kenapa angah macam tak happy je? Sepatutnya angah happy sebab baru dapat kerja.”

Aku menegakkan badan dan memandang along dengan sengihan.

“ Entah. Argh! Angah masuk bilik dulu.”

Aku yang baru nak bangun tak jadi apabila tanganku ditarik. Aku memandang along dengan kerutan di dahi.

“ Kenapa?” Soalku pelik.

“ Nak minta tolong. Tolong teman along petang esok.”

“ Ke mana?” Aku menjeling jam di dinding. Baru pukul 9 malam.

“ Jumpa bakal kakak ipar kamu.” Aku tersentak.

“ Along nak kahwin dah?” Soalku teruja.

“ Syhhhhh!” Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku.

“ Jangan cakap kuat-kuat. Mak dan ayah belum tahu. Kami baru nak berbincang. Boleh tak?”

Aku mengusap daguku perlahan. Sambil berfikir kononnya. Along macam berharap sangat agar aku dapat teman dia.

“ InsyaAllah.”

Tiba-tiba dadaku berdebar. Rasa macam nak berlaku sesuatu je esok. Tapi apa?

“ Terima kasih. Nanti along belanja.” Aku mencebik. Percaya sangatlah cakap along aku tu. Ceh!

“ Sama-sama. Dah angah nak masuk bilik.”

Fuh! Ramai! Toleh kiri perempuan. Toleh kanan lelaki. Tengok ke hadapan kosong. Aku macam bermimpi pula.

“ Cik Asyikin!” aku tersentak. Aku menoleh ke arah seorang perempuan yang setia tersenyum dan melayah kerenah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience