BAB 15

Romance Completed 5042

Okey! Aku tekad! Aku dah kemukakan idea bodohku kepada along. Kalau along tak terima dan Irham tak datang juga esok. Aku akan kahwin dengan Iqbal tu. Benar-benar akan berkahwin. Jangan menyesal sudah!

“ Angah!” Along tiba-tiba meninggikan suaranya. Sampai sakit telinga aku mendengar.

“ What?” Aku turut meninggikan suara.

“ Habis? Irham tu kau nak buang ke mana? Bukankah kau sayangkan dia?”

Aku tersengih tapi sekejap je bila aku kecewa dengan dia.

“ Angah buang je lah dia dalam parit dekat tepi rumah tu. Banyak ikan boleh berkawan dengan dia.” Balasku dengan muka selamba. Ada aku kisah? Haha!

“ Kalau macam tu…”

“ Kalau esok dia tak datang juga. Angah tekad. Angah akan kahwin dengan Iqbal. Fullstop!”

Pantas aku masuk ke dalam bilik dan menghempasnya kuat. Puas hati aku! Ini menunjukkan aku benar-benar marah akan dia. Janji yang tak boleh pakai! Arghhhh!

Seawal 7 pagi aku bangun dan menghadap tv. Kejap-kejap aku kerling jam di atas. Kejap-kejap aku toleh ke pintu utama. Kejap-kejap aku tengok tv. Dah serupa macam cacing kepanasan dah aku rasa.

Aku tunggu. Aku tunggu sampai pukul 8. Kalau dia tak datang juga…. Aku akan pergi jumpa Iqbal dan bersetuju untuk berkahwin dengan dia. Fullstop! Fuh! Berani betul kau ye Syiqin. Biarkan! Biar dia tahu betapa seksanya menunggu.

Atau dia sengaja berbuat demikian? Yalah sebab sebelum ni dia je asyik menunggu aku. Tak ada gunanya.

“ Dah serupa patung cendana along tengok kau ni.”

Aku menjelingnya tajam. Amboi! Sedapnya dia mengata adik sendiri.

“ Tanyalah orang yang along percaya sangat tu. Cakap tak serupa bikin! Huh!”

Aku memeluk diri. Lagi 15 minit nak pukul 8. Aku dah ready ni. Biar kau tahu siapa Asyiqin yang sebenarnya.

“ Berilah dia peluang. Angah rasa dia sibuk tu. Along peliklah. Sebelum ni bukan main lagi kamu benci dia dan tak mahu pun tengok muka dia. Tup..tup.. menunggu pula. Dah tu sampai marah dia sebab dia mungkir janji. Pelik…”

Along sengaja menggelengkan kepala sambil tersengih.

“ lantaklah! Along juga kata yang adik along ni dah sayang sangat kat dia. So? Inilah jadinya! Angah tekad ni. Jangan main-main ye..” Ugutan ku tak menakutkan along pun sebaliknya dia gelak adalah. Ceh!

Penat berbalah dengan along. Aku keluar daripada rumah. Pandanganku kini hanya terarah dekat rumah Iqbal di seberang jalan je. Biarlah apa orang nak kata sekalipun. Ada aku kisah?

“ Macam seorang isteri sedang berduka atas kecurangan suami je. Haha…”

Hish! Aku lempang juga mulut along ni kejap lagi. Tak boleh pakai punya along. Bukan nak tolong tenteramkan hati aku ni. Sakitkan lagi adalah. Hish!

Tik tok! Tik tok! Tik tok! Akhirnya! Jam sudah menunjukkan pukul 8 tepat. Tak kira! Sekarang aku akan pergi ke rumah Iqbal. Assalamualaikum…

“ Eh? Angah! Nak pergi mana tu?” Soal mak.

“ nak pergi cari calon menantu mak. Tu… depan tu je rumah dia. Doakan angah berjaya ye..”

Aku teruskan langkah. Malah makin laju. Apabila sampai sahaja di hadapan rumah Iqbal. Aku menarik nafas dalam lalu hembuskannya. Rileks.. rileks… Tanpa membuang masa, aku mengetuk pintu rumah Iqbal.

Tapi lain pula aku dapat. Aku tiba-tiba ditarik sehingga ke rumah. Balik? Eh? Siapa yang tarik aku ni?

“ Lepaslah!” Aku dongak dan aku tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience