BAB 10

Romance Completed 5042

Aku terus berlari keluar daripada pejabat. Aku tak berasa selesa akan renungan tajam Irham itu. Maybe dia kecewa sebab aku tolak perlawaan dia tadi. Tapi sekarang aku terima perlawaan Iskandar pula. Abang kandung dia.

Jelas sekali aku kekok apabila makan berdua dengan Iskandar ni. Merangkap bos sebenar aku. Haish! Asal aku setuju je. Asal aku tak tolak je ha? Nak buat Irham cemburu? Tak ada maknanya. Lainlah aku suka dekat dia. Erk?

“ Makanlah Syiqin. Nanti sejuk pula makanan tu.” Aku tersentak.

“ Erk… Ya..Ya..” Aku tiba-tiba jadi gemuruh. Gemuruh di atas sikap prihatin Iskandar ini.

“ Boleh saya tanya something dekat awak?”

Aku yang baru menyuap sesudu nasi ke dalam mulut hanya mengangguk. Selera pun dah hilang.

“ Apa hubungan awak dengan adik saya?”

Aku tersedak. Mujur sikit je. Apasal dia tanya soalan macam tu? Dah tak ada soalan lain ke nak tanya. Tanyalah soal kerja ke. Pengalaman bekerja ke? Ni tak.

“ Erk…” Tapi aku kelu lidah nak membalas kata-kata Iskandar tu. Tak tau kenapa. Yang pasti aku rasa berat nak mengaku yang aku tiada apa-apa hubungan dengan Irham. Asal ni? Jangan cakap aku suka dekat dia.

“ Saya tahu Irham ada menyimpan perasaan dekat awak. sebab itulah saya tanya.”

Aku terdiam. Ya! Aku pun dah tahu soal itu. Tapi tak sangka abang dia ni cepat sungguh sedar.

“ Rupa memang boleh bohong Syiqin. Tapi mata tak boleh bohong. Walaupun Irham cuba menafikan yang dia tak ada hubungan dengan Syiqin. Namun mata dia menjelaskan segala-galanya. Atau awak yang tak suka dekat Irham?”

Erk? Aku tergamam. Aku toleh kiri dan kanan. Tiba-tiba aku berharap sangat Irham datang menyelamatkan aku. Ya Allah.

“ Boleh saya tahu kenapa bos nak tahu sangat soal perasaan saya terhadap Irham? Sedangkan Irham kan adik bos.” Soalku berani.

Dia tersenyum kecil. Lantas dia dongak melihatku. Aku pula jadi segan.

“ Sebab saya rasa saya suka dekat awak.”

Bagai batu terhempap atas kepala aku ni selepas dengar pengakuan dia. Ya Allah. Apa patut aku buat ni. Mula-mula Irham. Sekarang Iskandar? Haish!

“ Maaf.. tapi..”

Kata-kataku terhenti saat melihat Irham melangkah ke arah kami. What? Apa yang dia buat dekat sini? Tapi alhamdulillah! Dia penyelamat aku. Ceh!

“ Irham!” Aku melaung namanya. Itu juga menyebabkan Iskandar terkejut.

“ Apa yang awak buat dekat sini?” Soalku skema. Berpura-pura baik konon. Ceh!

Dan aku sedari yang Irham tajam merenung abangnya. Sebenarnya mereka berdua saling berpandangan. Sebab? Entah!

“ Abang. Untuk pengetahuan abang. Asyiqin ni adalah bakal isteri saya. Jadi saya harap abang jangan ganggu dia lagi.”

Aku tercengang. Aku lihat pula wajah Iskandar. Sah! Dia nampak kecewa.

“ jom Syiqin.”

Tanpa sempat aku menahan, dia terus menarik tanganku untuk pergi. Aku hanya sempat tersenyum dekat Iskandar. Kenapa sikap mereka berdua ni berlainan sangat. Macam bermusuh pun ada.

“ Puas hati awak?”

Aku memandang wajahnya yang tegang itu. Kemudian aku mengeluh kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience