BAB 8

Romance Completed 5042

“ Yang awak mekap macam opera cina ni kenapa? Awak dah gila ke?” Aku menyoalnya tapi dalam keadaan tersenyum. Sebab aku tak tahan tengok wajah dia. Lawak! Haha!

Sesaat kemudian aku sedar. Dia asyik memandangku dengan senyuman dia. Aku terus mematikan senyuman aku. Erk?

“ itulah orang yang bernama Asyiqin. Inilah Asyiqin yang saya kenal dalam tiga hari sebelum ni.”

Aku tergamam. Aku lihat dia dengan debaran di hati.

“ Awak… Awak masih tak dapat terima saya erk?”

Aku tersenyum kecil. Dia sengaja buat nada manja erk? Ha! Aku dah terjangkit!

“ Irham… Kenapa yang beria-ria sangat nak kahwin dengan saya ni? Sedangkan kita kenal pun belum sampai seminggu. Hari pertama saja pun awak dah buat hati saya meluat. Apatah lagi hari-hari yang seterusnya.” Jelasku kepadanya.

Aku nak dia faham yang aku still belum dapat terima dia. Sebab hati aku masih tertutup untuk menerima cinta lelaki. Kenapa? Alah! Banyak songeh pula nak tahu.

“ Sebab saya cintakan awak.”

Sekali lagi aku terkedu. Mudahnya dia mengungkapkan rasa cinta itu.

“ Tak apalah. Lupakan soal itu dulu. Yang penting awak kena sembuh. Esok pastikan awak masuk kerja erk?”

Aku terdiam. Kemudian aku menggeleng.

“ Kenapa?” Soalnya hairan.

“ Sebab saya nak dipecat.” Ujarku selamba.

“ Awak nak saya pecat?” Aku pantas mengangguk.

“ Tapi kenapa? Awak tak buat salah apa-apa pun.”

“ Sebab saya tak mahu demam terkejut lagi.”

Aku tersengih melihat wajah kelatnya. Maafkan saya! Tapi itu kenyataan. Gara-gara awak juga saya demam tau?

Tapi semuanya musnah apabila along memaksa aku untuk ke tempat kerja. Sampai dia menghantar aku ke tempat kerja. Aku pula yang terlopong. Nekad betul along aku ni.

“ Ingat! Jangan lari!” Siap amaran dia beri dekat aku. Ceh! Along ni kan?

“ yelah!” Jawabku malas. Nak protes tak berdaya sebab nanti along laporkan dekat mak dan ayah. Siapa yang susah nanti? Aku juga!

Dengan langkah yang malas, aku bergerak juga masuk ke pejabat itu. Dengan hati yang tak relanya, aku gagah berikan senyuman kepada pekerja yang menegurku.

Apabila sampai saja dimeja. Aku terus menyembamkan muka di atas meja. Tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.

Tiba-tiba interkom aku bunyi. Ish! Buat terkejut jelah!

“ Nurul Asyiqin! Masuk ke pejabat saya!”

Ha! Itu suara bos aku atau lebih tepat lagi Irham! Argh! Sabar Syiqin. Sabar! Fuh!

Aku melangkah juga ke pejabat Irham. Senyuman palsu diberi sebaik saja aku masuk ke dalam.

“ Ye bos.” Sahutku perlahan. Tapi lain pula yang aku tengok sekarang. Bukan Irham yang duduk di kerusi besar tu. Malah orang lain. Aik?

“ Ha! Meh sini!” dia memanggilku. Aku hanya menurut dengan muka blurr!

“ Ini adalah bos sebenar awak. lepas ni saya hanya pekerja biasa je dekat syarikat ni. Faham?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience