BAB 13

Romance Completed 5042

Telefon bimbitku berbunyi lagi.

‘ Sebab saya sentiasa perhatikan awak. Cuma awak je yang tak sedar.’

Aku pandang segenap bilik aku. Dia bubuh kamera tersembunyi ke? Kau jangan cari fasal dengan aku Irham. Aku saman kau nanti!

Tut..tut.. Sekali lagi?

‘ Jangan risau. Tiada kamera tersembunyi dalam bilik awak pun. Along awak ada untuk jadi spy saya.’

Kali ni, aku betul-betul pengsan!

Dah dua hari berlalu. Dan macam yang dia kata. Dia akan mengambil alih tugas mak dan ayah untuk menjaga aku. Tapi Cuma pagi je.

Walau apa pun aku hairan. Iskandar tak marah ke dia tak masuk kerja. Nanti tak ke naya kalau dia dipecat. Aku dipecat tak apa lagi sebab aku bukan orang penting pun dalam syarikat tu. Lainlah Irham. Dia sebahagian pemegang saham dalam syaritkat tu.

Tapi aku hanya berdiam diri. Aku tak mahu tanya lagi yang berkaitan dengan dia.. Lagipun tiada kena mengena dengan aku pun. Kan aku tak suka dia. Eh? Yeke!

“ Awak… Nah makan bubur.”

Dia muncul secara tiba-tiba dan menghulurkan aku semangkuk bubur. Aku tengok dalam bubur tu lalu aku menggeleng.

“ Kenapa?” Dia soal aku pelik. Aku menolak mangkuk itu jauh.

“ Saya tak suka bubur yang ada halia.” Eh? Banyak songeh pula aku ni. Haha! Lantaklah. Siapa suruh dia nak jaga aku kan?

“ Yeke.. kalau begitu saya pergi buat lagi satu. Tunggu tau.”

Serta-merta dia keluar semula daripada bilik aku. Aku yang tengok tergamam. kenapa dia sanggup bersusah payah menjaga aku? Sebab dia rasa bersalah? Atau dia benar-benar cintakan aku? Atau..

Berapa banyak atau daa… haish! Pening aku.

“ Sebab dia nak tebus balik kesalahan dia selama ini. Dia juga sedar yang dia buat kamu demam. Dia juga benar-benar cintakan kamu.”

Along memandangku tajam. Aku pula terdiam mendengar kata-kata along sebentar tadi.

“ berhentilah daripada sikap ego kamu tu angah. Kamu sayangkan dia tapi kamu still tak mengaku sebab kamu tak suka. Tak suka jika..”

“ Cukup.” Halangku daripada along terus berkata-kata.

“ InsyaAllah along. Kalau benar kami ada jodoh. Kami tetap akan bersama.” Ujarku perlahan lalu menghadiahkan senyuman buat along. Along hanya mengangguk lalu beredar apabila irham masuk semula ke dalam bilik aku.

“ Nah… Ini bubur tiada halia.”

Aku melihat mangkuk dan dia silih berganti. Kemudian aku tersenyum nakal.

“ Kenapa?” Jelas dia tertanya-tanya kenapa aku tersenyum nakal.

“ Suapkan saya.” Mintaku nakal. Amboi semenjak bila kau jadi macam ni Syiqin! Teruk!

“ Oh.. Dengan berbesar hati saya akan suapkan awak. nah…”

Terima kasih Irham!

Selepas selesai aku makan. Sebelum dia balik, dia menyerahkan aku sekeping kad. Lagi sekali? Tapi aku tidak bertanya banyak malah aku buka dan baca.

‘ Semoga cepat sembuh! Saya sentiasa akan tunggu awak. >_< ‘

Telefon bimbitku pula berbunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience