BAB 6

Family Completed 308

“Tak apa. Abang Maroff tak kisah kalau-kalau Mahfidz nak meluahkan rasa dengan abang. Cuma Mahfidz kena pandai kawal emosi Mahfidz . Mahfidz dah belajarkan macam mana jadinya bila emosi tak terkawal?”

Mahfidz mengangguk cuma. Mahfidz memandang jauh ke lereng bukit. Malam itu mengajarnya banyak tentang jiwa. Malah sajaknya yang dinukil berdasarkan malam itu tersiar sebagai sajak utama dalam majalah Dewan Murid.

“ Mahfidz benar sudah hilang sayang?” Tiba-tiba abang Maroff bersuara setelah keadaan tenang semula.

“Tak tahu”.

“Kenapa?”

“Abi ayah Mahfidz ”.

“Hanya sebab itu sayang Mahfidz ?”

“ Mahfidz masih tahu kenang budi”.

“Hanya sebab itu?”

“Apa abang Maroff cuba nak cakap?”

“Susah berkata dengan ahli sains yang berfikiran puitis ni”. Abang Maroff bersenda. Mahfidz tersenyum juga sedikit. Tidak susah mendamba cangkiran senyum dari Mahfidz yang sentiasa mengukirnya.

“Apa yang Mahfidz marahkan lagi pada abi?”

“Abi bakar karya Mahfidz ”.

” Mahfidz masih menulis dan banyak karya Mahfidz tersiar di majalah-majalah”.

“Abi tak suka Mahfidz menulis”.

“Kalau abi tak suka dah abi sekat Mahfidz menulis dari dulu”.

“Abi…”

“Abi apa, Mahfidz ? Pada abang, Mahfidz tak marah abi. Mahfidz diamuk perasaan aja”. Abang Maroff menyusun pendapat.

“Sudahlah, abang Maroff tak ada pada tempat Mahfidz , abang tak rasa apa yang Mahfidz rasa. Abang Maroff tak tahu bagaimana rasa Mahfidz , karya Mahfidz seumur hidup diratah api yang dinyalakan abi. Padahal dalam pondok tu, ada sajak-sajak tentang betapa sayang Mahfidz pada abi. Ada lukisan yang mencoret cinta Mahfidz pada abi. Abi bakar sayang Mahfidz pada dia! Abi bakar maruah Mahfidz ! Mahfidz sekali lagi melepaskan rasa. “Sudahlah, kalau abang Maroff datang nak cakap benda ni, Mahfidz balik dulu, nanti Mahfidz buat sendiri pondok Mahfidz ”.

Malam itu Mahfidz , abi, dan umi makan semeja. Janggal suasana bila abi dan Mahfidz tidak mesra. Umi yang ditengah-tengah yang merasakannya paling jelas. Mahfidz cepat-cepat makan dan menuju bilik tidurnya. umi dan abi berpandangan dan abi kemudian tunduk. Abi menangis dan umi berlalu meninggalkan abi ditemani perasaannya.

Mahfidz bangun dari perbaringannya jam 4.00 pagi, menuju tandas untuk berwuduk agar dapat qiyam menghadap Allah yang menjadikannya tabah selama ini. Allah yang membuatkan dia ikhlas belajar sains dan setiap semester masih boleh berada dikalanan pelajar cemerlang antara yang cemerlang. Ketika ingin keluar bilik, Mahfidz dihentikan esakan seseorang diruang tamu. Mahfidz mengintai dan mendapati abi sedang ditikar sejadah menadah tangan. Mahfidz senyap-senyap mendengar setiap bait kata-kata abi.

“Kalau aku boleh memutar masa , oh Allah, aku akan pergi sendiri menahan jiwa yang sedang amarah malam itu, ya Allah. Namun aku insan lemah yang mengharap belasmu. Sungguh aku akui dan aku tahu bahawa aku tidak sempurna, wahai Allah. Aku tidak kuat, wahai Allah. Andai aku sempurna, aku tidak terjerumus hasutan syaitan malam itu. Aku tidak melukakan hati anak yang aku sayang. Aku tidak akan,.. Dan kini aku tidak sanggup menatap wajahnya yang sarat dengan dendam yang menyesakkan. Aku tidak mampu melihat pada rupa yang mengejek keikhlasan aku seorang bapa, wahai tuhan. Lembutkan hatinya, Ya Rabb. Biar dia bicara dengan aku. Diam dia seperti pisau membelah hati, ya Allah. Bantu aku yang kesedihan dek laku anak sendiri wahai tuhan yang mendamaikan…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience