BAB 8

Family Completed 308

Umi rupa-rupanya, ada juga disitu, melihat suasana semasa Mahfidz meninggalkan abi. Sehingga saat-saat abi terjatuh, rebah kebumi, bersama jatuhnya perasaan kerana dibelasah kata-kata Mahfidz yang menyinggungnya. Umi juga tak tertahan hiba, sehingga umi tak mampu berjalan. Melihat abi yang tenat, umi terjaga dari rasa sedih yang menghiris-hiris rasa dan meluru kearah abi. mengangkatnya ke rumah.

“Wah, cepat abang Maroff siapkan pondok Mahfidz . Sehari aja? Mesti tak tidur malam. Cantik pula, macam rumah lah pula Mahfidz tengok” Mahfidz terpesona dengan pondok baru yang sudah gagah berdiri. Indah walau masih tiada memori didalamnya. Mahfidz berazam menghabiskan sepenuh masa cuti di pondok ini. Melukis semahunya, berkarya berhabis-habisan.

“Abi tolong semalam”. abang Maroff bersuara. Mahfidz diam. Pandangan dilarikan ke pasangan bukit dihadapan gaung. Abang Maroff dan Mahfidz dua-dua pun diam.

“ Mahfidz tahu. selama setahun ini, abi selalu sakit”.

“Sakit? Sakit apa abang Maroff ? Umi tak bagi tahu pun”.

“Mungkin abi tak nak Mahfidz terganggu pelajaran. Dua kali abi masuk wad”.

Mahfidz terkejut. ‘Seteruk itukah sakit abi?’ Hati bertanya. “Abi sakit apa, abang Maroff ? Cerita pada Mahfidz ”.

“Abi tertekan. Itu kata doktor. Mungkin sebab abi rasa bersalah atas tindakannya malam itu dan ditambah dengan kerinduan kepada Mahfidz . Tekanan abi sangat teruk, sehingga darah tingginya akan menyerang dengan drastik bila abi terlalu sedih atau marah”. Abang Maroff menerangkan.

‘Abi tertekan sebab sedih? Abi tertekan sebab marah?’ Hati masih bertanya sedang ingatan ligat kepada tindakannya tadi.

“Ya Allah!!” Mahfidz menjerit dan cepat berlari pulang. Dia lupa basikalnya. Dia lupa abang Maroff yang sedang terpinga-pinga. ‘Abi, jangan jadi apa-apa pada abi. Jangan, abi. Mahfidz nak minta ampun, cium kaki abi sebab Mahfidz dah banyak salah dengan abi’ Hati terus-terusan merintih tatkala mata Mahfidz juga mengalir air mata. Mahfidz berlari untuk cepat sampai.

Terkejut menyapa jiwa. Van putih tertulis ambulans tersadai didepan rumah. Mahfidz mula kerisauan yang teramat sangat. “Abi..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience