BAB 4

Family Completed 308

Abi diam sekejap seperti mendengar kata-kata Mahfidz . Abi mengesat peluh. Pondok itu sudah ranap sepenunya dan kini seperti longokan kayu buangan cuma. Mahfidz lega.

“Maroff , beri aku lampu minyak tanah kau”. Abi tiba-tiba bersuara. Mahfidz tergamam. Mahfidz sangar terkejut. “Abi, jangan abi. Jangan. “ Mahfidz merintih dalam esaknya. Mahfidz benar-benar merintih, Kali ini dia seperti meminta dari seorang tuhan. Seperti merayu seorang yang memegang kuasa seluruh dunia. Mahfidz seperti meratip ketika qiyamulail mengharap redho Allah. Mahfidz sangat mengharap. Harapan yang lebih daripada harapan seorang anak kecil menagih mainan dari seorang bapa. RIntihan yang datang dari kalbu yang sudah hilang kekuatan sendiri yang hanya mengharap pada orang lain.

“Abang Maroff , jangan bagi Abang Maroff . Tolong Mahfidz , abang Maroff . Dalam pondok itu hidup mati Mahfidz , abang Maroff ”. Mahfidz yang tidak berjaya merayu abi, cuba pula mencari simpati dibalik wajah abang Maroff yang ragu-ragu memberi lampu ,imyak tanah kepada abi.

“Maroff , cepat! Nanti engkau pula yang aku kerjakan!”. Abang Maroff mengalah pada ancaman abi. Abi macam singa, dan dia seperti tikus. Abang Maroff terus meluru laju kearah abi dan abi cepat-cepat membaling lampu minyak tanah itu ke longgokan kayu yang didalamnya ada karya-karya Mahfidz yang dia sayang. Karya-karya Mahfidz yang dia begitu sayang.

Mahfidz diam. Matanya tidak berkelip daripada api yang sedang menjilat pondoknya. Dia seolah-olah kosong tak sedar diri. Mahfidz seperti dibakar oleh api itu, tetapi dia tidak meronta kepanasan. Orang kampung yang melihat keadaan Mahfidz diserang seram. Mahfidz sekarang seperti ibu yang meroyan mati anak. Tiba-tiba abi beristighfar. Dia terjelupuk jatuh dihadapan ungun api. Abang Maroff cepat-cepat kearah abi untuk mengangkatnya. “Aku dah buat apa Maroff ? Aku dah buat apa? Maroff ? Maroff ?!” Abi bertanya kepada Maroff sambil tangannya meramas makin kuat lengan baju melayu abang Maroff . Abang Maroff masih kelu lidahnya.

Abi diam sekejap untuk menenangkan diri. Kemudian dia berpaling kebelakang melihat kepada Mahfidz yang sedang menatap api. Abi tiba-tiba tersentap bila Mahfidz tiba-tiba memandang tajam kearahnya, sumpama kucing yang melihat mangsa. Abi sedia kalau Mahfidz datang menerpanya. Bahkan abi sedia kalau terbunuh ditangan Mahfidz sebab abi sedar betapa melampau lakunya tadi yang masih samar dari ingatannya. Tapi Mahfidz terus menatap abi tanpa kelip. Mahfidz benar-benar menyeramkan. Seperti mayat hidup lakunya. Lalu Mahfidz tersenyum kepada abi. Senyuman yang bukan berniat menenenangkan, senyuman yang bukan berbentuk sedekah. Senyuman misteri yang hanya Mahfidz tahu maksudnya yang sebenar. Tapi, hati abi terasa ngilu tatkala senyuman Mahfidz itu terukir. Senyuman yang mengejeknya. Senyuman yang memutuskan hubungan Mahfidz dan abi yang semesra adik-beradik. Senyuman yang menyumpah seranah abi bukan bapa yang baik. Senyuman yang masih tertaut seribu satu maksud lagi yang menyalahkan abi.

Mahfidz terus bangun selepas senyumnya dan berjalan longlai ke rumah tanpa memandang kebelakang. Mahfidz pulang kerumah seperti kehendak abi. Tak disangka, malam itu berlaku. Dan Allah menyembunyikan aib itu dalam gelap malam, malam itu. Tiada siapa yang bercerita demi menjaga hormat dua beranak terhormat di kampoug. Tapi hingga kini, parut itu seolah-olah masih berdarah dalam hati Mahfidz .

“Umi, kenapa ni? Kenapa umi menangis? Umi tak sihatkah?” Ingatan umi tersentak disitu bila Mahfidz menyapanya. Dikesat air mata yang mengalir di pipi agar perasaannya tidak lama ditafsir Mahfidz . Memang, setiap kali mengingat peristiwa yang umi tahu dari abang Maroff anak saudaranya itu, merobek hatinya. Satu-satu anak terunanya diperlakukan sebegitu rupa ayah sendiri. Ayah yang dicabar kesabaran oleh anak yang sentiasa patuh. ‘Mujur umi tidak ada sewaktu itu. Kalau umi ada…’rintih umi yang sedang menutup peristiwa hitam keluarganya itu dari benaknya.

“Umi rindu Mahfidz . Mahfidz kan setahun tak balik. Kenapa Mahfidz tak pernah balik bila cuti?” Umi bertanya sambil tangannya menghidangkan sarapan pagi untuk Mahfidz .

“Maaflah umi, Mahfidz banyak kerja sekolah. Mahfidz tak boleh balik”. Mahfidz memberi alasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience