BAB 3

Family Completed 308

Mahfidz cepat-cepat bangun dari mamai kerana teringatkan garangnya suara abi yang luar biasa pada pendengaran Mahfidz waktu itu. Dengan segera Mahfidz menuju pintu pondoknya. Lau membukanya perlahan. Pintu terkuat untuk menampakkan keseriusan abi ke dalam mata Mahfidz .

Dilihatnya,beberapa nyalaan cahaya yang datang dari lampu-lampu yang dibawa penduduk kampung. Mahfidz diserang kaget. Mahfidz tidak menyangka tidurnya berpanjangan sehingga malam. Mahfidz tidak tahu yang tidurnya itu penyebab marah abi. Mahfidz tak tahu abi sehingga memanggil satu kampung bertandan ke pondok buruknya. Mahfidz kini terpinga-pinga dalam pergolakan perasaan.

“ Mahfidz , balik.” Abi mengarah garang. Namun masih ada sisa perasaan geram yang ditahan sabarnya.

Mendengar suara mengarah abi, Mahfidz tiba-tiba diamuk ego. ‘Apa hak abi menmaksa aku?’ Hati memeberontak Mahfidz menyeringai. “ Mahfidz tak mahu balik”. Mahfidz mempertahankan ego. Dia sendiri hairan dari mana diratip semangat begitu untuk melawan kata-kata abi yang cukup dihormati dan dipatuhi.

“Abi suruh balik, balik! Siapa ajar kurang ajar? Kenapa degil?” Abi juga sudah mula merah muka seperti Mahfidz . Sabarnya seperti sudah terlerai oleh kata-kata Mahfidz yang tidak patuh tadi.

Mahfidz diam membisu, sebisu tindakannya yang masih kaku didepan pondoknya. Mahfidz masih setia dengan kedegilannya. Dia juga hairan dengan kedegilannya yang semacam.

“Budak ni, memang cari nahas! Kalau kau tak nak balik cara baik, aku heret cara kasar. Kau nak main-main dengan abi ya, Mahfidz ?” Abi sudah meletakkan tangannya keatas pipi Mahfidz . Sebelum tuturnya habis, abi telah hilang sabar terlebih dahulu. Wajah Abi telah bertukar seperti dirasuk hantu. Sangat berkerut wajahnya seperti kerutan itu sedang melepaskan marah abi yang membuak-buak. Mahfidz terpelanting kebelakang, merempuh dinding pondoknya. Abi cepat masuk menangkap Mahfidz yang sedang terjelopok dan mengerang sakit. Abi seperti hilang akal membaling anaknya itu keluar. Mujur Mahfidz cepat ditangkap seorang kampung yang sedang menonton drama antara dia dengan abi.

“Ooo..Ini pondok kau,ya. Biar abi pecahkan. Kalau ada pondok ni, kau belajar lari rumah, ya. Budak tak sedar diuntung” Abi mencapai satu dahan pokok beringin yang sudah patah luruh ke tanah, dekat dengan tempat dia berdiri. Tanpa tunngu lama, abi hayunkan keatas pondok itu. Mahfidz yang tadi teresak-esak, terkedu seketika. Tidak lama begitu, Mahfidz menuju ke arah abi dan memeluk kaki abi, mohon pondoknya tidak dirobohkan.”Abi, jangan abi. Itu pondok Mahfidz . Dalam pondok ada lukisan Mahfidz . Ada kain kanvas Mahfidz . Ada Sajak Mahfidz , Ada karya Mahfidz . Abah, jangan, abah!” Mahfidz juga sudah seperti orang gila yang merayu orang hilang akal. Baju dan seluarnya diratah tanah merah kerana tersungkur tadi, juga kerana bergelut dengan abi yang tekad merobohkan pondoknya.

Abi benar-benar mengamuk tak sedarkan diri. Abi seperti tidak mendengar kata Mahfidz . Abi terus menghentam pondok Mahfidz . “Biar semua hasil sastera dengan lukisan-lukisan kau hangus, aku bakar!!. Kata-kata abi yang dipekik kuat bergempita, menusuk tajam kedalam jiwa Mahfidz yang sangat sayang hasil kerjanya. Mahfidz yang tidak bisa menahan abi, juga tidak dapat mengawal rasa. Dia menjauhi abi dan meracau seolah-olah dijampi wanita sihir. Orang-orang kampung seperti dipaku ke tanah. Keluarga yang terhormat dengan keilmuwan dari segi agama itu tidak seperti sewajarnya. Mahfidz itu tidak pernah meracau dan menangis. Tidak pernah dia bertindak tanpa menjaga adab sopan lelaki melayu islam. Abi pula walau tegas tapi masih ada budi bicara yang dianjurkan rasul tercinta. Tapi sifat terpuji kedua-duanya seolah-olah hilang malam itu. Memanglah, perasaan amarah itu membawa sial dalam jiwa mangsanya.

Mahfidz terkejut mendengar kata-kata abi yang ingin membakar pondoknya. Kalau abi setakat merobohkan pondok itu, Mahfidz masih boleh mencari karyanya yang masih elok. Kalau abi bakar, habislah semua hasil tangannya. Hancurlah semua nukilan yang punya cerita dan memori tersendiri yang tak mungkin Mahfidz bisa hasilkan sempurna lagi. Habislah. “Abi, jangan abi. Mahfidz minta ampun. Abi jangan buat macam tu, Abi. Abi jangan bakar pondok Mahfidz . Mahfidz janji Mahfidz ikut cakap abi. Tolonglah abi”. Siapa-siapa yang mendengar pujuk-rayu Mahfidz itu, pada waktu itu, pasti akan diamit hiba, kasihan melihat wajah naif Mahfidz yang bermandikan keringat bercampur air mata sakit dan pilu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience