BAB 2

Family Completed 308

“ Mahfidz pergi mana?” Sapa Ummi selepas Mahfidz memnculkan diri ke muka pintu dapur. Salam yang Mahfidz ucapkan tidak terbalas seperti selalu, jelas menunjukkan gusarnya ibu tua itu terhadap kehilangan Mahfidz yang lama sejak subuh sehingga waktu dhuha bertandan.

“ Mahfidz pergi bukit.”

“ Mahfidz buat apa? Mahfidz tahukan bukit tu curam. Lagi-lagi, pagi gelap disitu. bahaya.”

“Alam tak pernah bahaya kepada manusia, umi. Manusia yang merbahaya kepada alam”

“Eh, budak ni. Sejak dihantar ke asrama penuh ni, pandai pula menjawabnya. Sudahlah, masuk tukar baju tu, nanti turun. Kita sarapan berdua. Abi dah sarapan pagi tadi, dah ke kebun pun. Ummi belum, ummi tunggu Mahfidz ”

“Ya la, ummi. Mahfidz naik dulu”. Mahfidz menuju tangga dan mula mengatur langkah menaiki anak-anak tangga. Tetapi Mahfidz tiba-tiba terhenti. ” Bukan abi hantar Mahfidz ke sekolah asrama penuh, suruh belajar sains, suruh Mahfidz jadi pandai ke, umi? Kan belajar sastera dan seni tu tak pandai. Sekarang ni Mahfidz pandai la menjawab”. Mahfidz terus berlalu pergi meninggalkan uminya sendiri di dapur mentafsir petah Mahfidz yang punya maksud tersirat. Punya maksud mendalam. Punya maksud bersejarah buat hidup Mahfidz . Umi terus diam terkedu. Wajahnya tiba-tiba dilanda suram, mengingatkan peristiwa hari itu, setahun yang lalu.

“ Mahfidz tak mahu belajar sains. Mahfidz tak nak jadi doktor. Mahfidz nak jadi sasterawan. Mahfidz nak jadi pelukis”. Mahfidz membantah.

“Abi tak kira, Mahfidz mesti juga pergi Sekolah Sains Alam Shah, Ini keputusan abi yang muktamad. Mahfidz tak boleh nak cakap banyak lagi. Abi ketua keluarga.” Abi masih tenang menutur bicara tetapi ada nada mendesak yang menekan Mahfidz dalam tuturnya.

“Abi cakap senang. Mahfidz yang menanggung. Ini masa depan Mahfidz . Kenapa abi buat keputusan macam ini hidup abi pula? Abi tak suka, itu Mahfidz tak kira, Mahfidz tak nak pergi sekolah tu. Mahfidz tak nak!!” Mahfidz menjawab dengan nada yang agak tinggi. Protesnya sangat jelas bila Mahfidz menjerit “ Mahfidz tak nak!”.

Anak yang berusia 15 tahun waktu itu tidak tunggu lama lagi untuk mendengar kata-kata abi yang menekan minta diturut. Juga tidak tunggu lama untuk satu penampar dari abi kerana kurang ajarnya dia berbicara begitu. Mahfidz tahu dia salah menjerit. Mahfidz tahu dia malah dilarang berkata ‘uf’ pun kepada orang tuanya. Mahfidz tahu mendalam hal agama kerana Mahfidz belajar di Sekolah Menengah Agama Wataniah dan berjaya dengan cemerlang dalam PMRnya disitu. Tapi Mahfidz sudah buntu akal untuk menyatakan emosi dengan sebaiknya kerana abi terlalu tiada toleransi dalam hal ini.

Mahfidz mencapai basikalnya dan mengayuh cepat ke bukit. Disitu, dia menyandarkan basikal di perdu pokok beringin dan berlari kedalam kawasan yang agak belukar. Ada sebuah pondok disitu. Pondok kayu buatan kasar, hasil tangan anak muda yang masih mentah kemahiran menukangnya. Mahfidz membuka kunci mangga yang kemas mengawal pintu pondok itu walau sebenarnya kalau-kalau ada yang berniat jahat mencuri, pondok itu boleh dihancurkan terus. Mahfidz menghamparkan tikar mengkuang lama yang sedia ada dalam pondoknya dan menhempas kuat bantal keatas tikar yang terhampar. Menghempas bantal itu bersama geramnya, lalu dibiarkan kepalanya jatuh kebantal dan badannya beralas tikar mengkuang. Mahfidz tertidur bersama amarahnya yang masih marak membakar jiwa. Dan tidur itu tidak mengenal masa. Tidur itu satu titik ngeri yang menyapa kehidupan Mahfidz .

“ Mahfidz , buka pintu! Abi cakap buka pintu!” Mahfidz terjaga bila terdengar suara abi yang bergempita. Keadaan sudah sangat gelap dan mata yang baru buka itu dihambat kabur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience