BAB 7

Family Completed 308

Mahfidz yang dibalik pintu tanpa disedari mengalir air matanya. ‘Begitulah aku merayumu malam itu, abi’ Hatinya bercakap sayu. Dia tidak jadi qiyam waktu itu dan menuju semula ke katil. Pintu ditutup perlahan agar tidak berbunyi. Namun, abi masih boleh mendengar. Abi menatap kosong pintu dan matanya masih seperti sungai yang mengalir air.

‘Hatiku bukan pualam’ Jerit naluri gelap Mahfidz .

‘Besar sungguhkah dosa dia, Mahfidz ?’ Ada suara yang mencabar

‘Ya, dia tidak mendengar rayuanku”

‘Tapi, dia dilanda marah’.

‘Aku merayu dia dengan ketenangan seorang anak’

‘Rayuan tidak lut pada hati yang marah’

‘Apapun, abi dah bakar semuanya, termasuk sayangku dan maruahnya sebagai bapa yang aku sayang’.

‘Begitu sekali bencimu, Mahfidz ’

‘Ia sewajarnya lebih besar, kerana abi juga membakar hidupku selama 10 tahun dengan pondok itu. Mahfidz membakar kesukaanku, sajak-sajakku, dan lukisan-lukisanku.’ Naluri gelap terus membela tindakan Mahfidz dan suara yang membangkan terputus di situ, membiarkan Mahfidz melayan perasaan hingga pagi.

Mahfidz sedang di kebun di belakang rumah. Kertas kanvas yang diletak diatas papan melukis sedang diconteng Mahfidz dengan keseniaannya. Mahfidz sedang menatap pada pokok rambutan yang sedang merah dengan buahnya. Itulah yang Mahfidz sedang lukiskan. Kemerahan buah-buah itu menjadi tarikan idea Mahfidz , pagi tadi. Lalu cepat-cepat Mahfidz mengambil alatan melukis untuk melakar keindahan Allah itu sebagai kenangan diatas kanvas. Mahfidz sangat khusyuk waktu itu. Ketokohan sebagai pelukis jelas benar pada tindak tanduknya, sehingga susuk yang sedang menuju kearahnya tidak disedari walau bunyi ranting kering patah dipijak orang cukup jelas.

“ Mahfidz buat apa?” Sapaan itu mengejutkan Mahfidz , menyebabkan cat merah pada berus terpalit bukan pada tempatnya. Mahfidz memandang ingin marah tapi terhenti bila yang menyapa adalah abi. Abi yang melihat lukisan Mahfidz diburukkan kerana tindakannya diburu bersalah.

Mahfidz sebenarnya terkedu. Tetapi entah kenapa tangannya, ligat mengemaskan semua alatan. Abi yang pertanyaannya tadi belum dijawab bertanya lagi, “ Mahfidz dah habis melukis ke?”

“Belum. Tapi Mahfidz tak suka ada yang menganggu waktu Mahfidz sedang melukis” Mahfidz berlalu meninggalkan abi yang tiba-tiba diburu sedih yang amat. Bakul rotan buat mengisi buah rambutan yang dipegang abi tadi terlepas dari tangan.

“Begitukah kau pada abi yang menjaga kau, Mahfidz ?”. Abi berbicara sendirian penuh hiba. “Lupakah kau, Mahfidz . Aku menghentikan kerjaku dibendang semata-mata mengendongmu bermain layang-layang”. Suara abi terketar-ketar. Tangannya sedang meramas dada yang mula sakit. ” Tak ingatkah kau, Mahfidz . abi berlari dalam hujan, waktu kereta rosak, semata-mata membeli ubat untuk kau yang sakit perut dulu”. Abi masih bermonolog walau suara sudah benar-benar tidak mahu keluar dari kerongkong. Mata abi berpinar-pinar. Saat itu, abi terjelopok ke tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience