BAB 9

Family Completed 308

Mahfidz cepat ke belakang van. Umi sedang menaikinya. Umi melihat Mahfidz yang terpinga-pinga. Umi tiba-tiba menangis, “Umi, kenapa abi, umi.” Umi menjawab dengan tamparan yang hinggap ke pipi Mahfidz . Air mata makin mengalir deras ke pipi umi. Mahfidz juga. Mahfidz mahu masuk menemani abi. Mahfidz mahu masuk mencium kaki abi. Tapi umi masuk cepat dan menutup pintu van. Ambulans berlalu cepat-cepat dengan bunyi siren yang membingitkan. “Abi…Umi…” Mahfidz merintih. Dia mengejar van itu sambil memukul pintu agar dibuka. Tapi, van terus bergerak semakin laju. “Abi, buka pintu abi!! Umi, jangan buat Mahfidz macam ini!!!” Mahfidz menjerit merayu, tetapi masih bergerak laju, van itu terus meninggalkan Mahfidz .

“Abi!” Mahfidz menjerit kuat. Masih mengejar, tetapi abang Maroff yang baru tiba merangkul erat Mahfidz yang sudah tidak dapat mengawal diri. “ Mahfidz , jangan macam ni, dik. Ingat Allah, dik. Insyallah, abi tak apa-apa”. Abang Maroff memujuk dan Mahfidz sudah diam didalam rangkulan abang sepupunya. Kini, Cuma esakan tangis Mahfidz yang kedengaran. Dipeluknya abang Maroff erat. Seperti itulah ingin dirangkul abi tadi. “ Mahfidz derhaka, abang Maroff ”. Abang Maroff diam Cuma mendegar itu. Jiran-jiran yang melihat kelakuan Mahfidz , hanya mampu menahan hiba, menangis dan mendoakan Mahfidz , kemudian pergi, meninggalkan Mahfidz dipujuk abang Maroff . Langit tetap cerah walau hati Mahfidz sedang basah dengan kesedihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience