BAB 5

Family Completed 308

“Anak Pak Ngah Jaki balik aja bila cuti?”

Mahfidz hilang tuntas. “Umi dah tahukan kenapa Mahfidz tak balik? Tak payahlah ditanya lagi umi”.

“ Mahfidz tak boleh lupa lagi?”

“Kalau yang melunyaikan karya Mahfidz orang lain mungkin Mahfidz boleh tak ingat”.

“ Mahfidz benci abi?”

“Apa umi ni, Mana boleh Mahfidz benci abi. Berdosa.”

“Tapi hakikatnya, Mahfidz tak suka abi, betul?”

“Umi, dahlah cakap benda ni. baik kita makan, lagi sedap. Lepas ni Mahfidz nak naik bukit. Abang Maroff dah janji kat surau hari itu nak tolong Mahfidz buat pondok baru”.

“Ya lah”.

Umi dan Mahfidz selesai menjamu selera. Sedang umi mengemas meja makan, Mahfidz mengatur langkah keluar rumah.

“ Mahfidz ”. Umi menyapa menghentikan Mahfidz di muka pintu. “Ya, umi.”

“Pondok baru Mahfidz dah nak dibuat. Umi harap Mahfidz pun boleh buka lembaran baru dengan abi”

Mahfidz diam sekejap. Memikirkan kata-kata umi yang seolah-olah bersastera dengannya. “Umi, bekas kuih kalau terbakar boleh beli baru umi. Tapi kuih dalam bekas tu, bila dah dimakan, kalau ganti dengan kuih baru yang serupa bentuknya, tak sama dengan kuih asal, umi. Apa lagi kalau kuih khazanah yang sepertinya sebuah maruah”. Mahfidz terus berlalu.

‘Sekeras itukah hatimu, Mahfidz ?’. Ibu itu meneruskan kerjanya. Air mata yang menitis tidak menganggu kerjanya langsung. Mungkin sudah biasa begitu.

Mahfidz sedang menghadap gaung ketika abang Maroff sampai. Abang Maroff menerpa kehadapan Mahfidz dengan harapan menghiburkan Mahfidz dengan kejutan. Namun tidak terhasil. Malah dia yang terkejut melihat Mahfidz yang sedang menangis. “Kenapa, Mahfidz ?”

“Siapa yang akan sayang kalau dah diperlakukan macam ini!” Mahfidz menjerit sambil melangkah kedepan seperti ingin menerpa abang Maroff . “ Mahfidz , sabar”.

“Siapa yang boleh sabar bila pagi menatap umi hari-hari menangis mengenangkan Mahfidz dengan abi!” Selangkah lagi Mahfidz kedepan dan abang Maroff menjauhi kerana bimbang diapa-apakan Mahfidz .

“Kan senag kalau Mahfidz tak payah jumpa abi lagi, kan senang kalau umi tak menangis hari-hari, kan senang kalau Mahfidz tak balik aja!” Mahfidz menjerit lagi dan mara kedepan kali. Kali ini Abang Maroff juga berundur kebelakang, tapi kakinya sudah tidak menjejak tanah. Badan abang Maroff tidak seimbang lalu dia sekarang terjulai kebawah jurang. Nyawanya seperti dihujung tanduk kini, dengan hanya tangan yang masih bertaut pada akar pokok rambutan yang membonjol ditepi jurang. Mahfidz yang tetrkejut tidak hanya diam. DIa cepat mencapai tangan abang Maroff yang sedang licin dibasahi peluh. Digenggam erat tangan itu agar licin tidak menghalang bila Mahfidz menarik abang Maroff naik. Alhamdulillah, Mahfidz berjaya menyelamatkan abang Maroff dari maut yang disebabkan tindakan bodohnya. Mahfidz mengucap tahmid banyak-banyak. Begitu juga abang Maroff .

“ Mahfidz minta maaf”. Mahfidz kesal tidak mampu berfikir rasional tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience