BAB 6

Thriller Completed 4769

“Bunian ini akan menjamu sesiapa yang ditawannya dengan makanan yang lazat-lazat,” nenek menceritakan kepada kami.

“Tetapi sebenarnya yan gdimakan oleh orang yang ditawannya itu ialah cacing gelang-gelang atau tahi cacing,” ujarnya.

Mulut kami terus melopong. Mujur selama masyarakat bunian ini mengganggu tak pernah pula menculik atau menawan anak-anak. Jika tidak pastinya mengerikan. Sekadar gangguan ketika tidur atau berinteraksi dengan kanak-kanak sahaja yang pernah berlaku.

Nenek memberitahu kami beberapa tempat yang dikatakan sebagai kawasan orang bunian.

Kononnya satu ketika dulu orang bunian ini berbaik-baik dengan orang-orang kampung. Sayangnya, orang-orang kampung tidak jujur terhadap orang-orang bunian.

Di kampung kami kawasan orang bunian ialah di darat kampung berhampiran dengan belukar rotan dan kini ada juga menempati kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kawasan rumah kami.

Satu ketika dulu orang-orang kampung boleh meminjam pinggan mangkuk dari orang-orang bunian untuk melakukan upacara nikah kahwin.

Apabila dibakar kemenyan sambil menyeru penghulu bunian, sebutlah jumlah pinggan mangkuk yang dikehendaki. Esoknya, orang yang ingin meminjam itu akan mendapati pinggan mangkuk seperti yang dikehendaki sudah ada di depan pintu.

Syarat meminjamnya hanya mesti mengembalikan semua pinggan mangkuk itu dengan cukup. Kalau terdapat yang pecah atau retak mesti juga di kembalikan. Satu masa dulu orang-orang kampung sangat mematuhi syarat tersebut, kerana orang-orang tua dulu sangat jujur dan tidak pernah mungkir janji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience