“Mak…mak! Kawan Hafiz nak pinjam telekung lah, kawan Hafiz kata dia nak solat.” Hafiz memanggil ibunya yang baru sahaja selesai solat.
Puan Ila yang baru membrikan salam terpinga-pinga dengan permintaan anaknya sebab setahunya Hafiz, anaknya itu tidak ada kawan di rumah ini. Apatah lagi permintaan itu diajukan ketika hari sudah malam. Tidak mungkin ada kawan yang datang berkunjung dan bermain dengan Hafiz.
“Mana kawan Hafiz tu mari tunjuk dekat mak,” jawab ibunya hendak menduga. Hafiz pula seolah-olah menarik tangan kawannya itu.
“Ala, dia malu lah mak. Dia tak nak jumpa mak.” Bersahaja jawapan yang diberikan oleh Hafiz lantas Hafiz kemudian berlalu pergi…
Itulah salah satu gangguan yang dialami oleh Hafiz, anak saudara aku. Hafiz boleh melihat benda-benda yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar. Kadang-kadang, Hafiz mengakui dia merasa seperti sentiasa diekori sesuatu. Ada yg ingin berdamping dengannya.
Kasihan Hafiz, emosinya sering kali terganggu dek kerana gangguan itu.
Share this novel