Tetapi selepas orang-orang tua tidak ada lagi, orang-orang muda mula berlaku tidak jujur. Ada setengah kalangan yang menyembunyikan pinggan mangkuk yang dipinjam.
Ada juga setengah kalangan yang tidak mengembalikan pinggan mangkuk yang pecah atau retak, dengan alasan takut di marahi oleh orang-orang bunian.
Sejak itulah orang bunian tidak lagi memberi pinjam pinggan mangkuk. Ternyatalah manusia biasa ini tidak pernah jujur dalam berjanji. Akhirnya orang-orang bunian tidak lagi mempercayai mereka.
“Kalau difikir-fikirkan orang bunian ni tak jahat, kita manusia bertubuh kasar ni lebih jahat,” kata nenek.
“Tetapi selalunya kita menyalahkan orang lain bila orang-orang bunian ini bertindak balas. Salah diri sendiri tidak di sedarinya,” begitulah nenek merungut bila mengenangkan perangai manusia ini.
Share this novel