Sejak mengetahui kejadian yang berlaku, Mak Hafiz membawa Hafiz berubat dengan pengamal perubatan. Bermacam cara dilakukan agar Hafiz tidak lagi nampak makhluk halus ataupun bunian yang mehu berdamping dengannya.
Semakin menginjak dewasa, Hafiz semakin pulih. Semakin lama, dia tidak lagi diganggu dan tidak mampu melihat makhluk ini lagi.
Namun, setelah dewasa, satu kejadian hampir sama berlaku lagi.
Kali ini entah bagaimana dia mampu melihat bunian semula, namun dia sendiri tidak dapat memastikannya seperti dia masih kecil dulu. Kali ini dia sendir mencritakankepadaku apa yang dialaminya setelah sekian lama.
“Saya ditemani adik ipar, Kamal ke Bukit Belacan untuk mencari ikan. Apa yang saya alami ketika itu mencabar keimanan,” kata Hafiz.
Pada hari itu, katanya, dia ditemani adik ipar ke pusat rekreasi Bukit Belacan dengan niat untuk mandi sambil mencari ikan pelaga untuk dipelihara dalam akuarium di rumahnya. Mereka memilih waktu selepas solat Asar ke destinasi terbabit.
Kira-kira jam 5 petang Hafiz dan adik iparnya tiba di pusat perkelahan itu. Ketika mereka sampai, cuma dua tiga pengunjung sedang mandi.
Share this novel