BAB 2

Thriller Completed 4769

Pernah terjadi pada satu hari, mak Hafiz terdengar Hafiz berbual-bual seorang diri di halaman rumah. Dia mengintai anaknya Hafiz yang sedang bercakap. Ternyata kiri dan kanan mahupun yang berdekatan tiada sesiapa.

”Awak jangan lah naik..badan awak dahlah berat.. Hafiz tak kuat nak kayuh basikal ni.” Hafiz meronta-ronta mahu sesuatu yang menunggang basikalnya itu supaya turun. Dia kelihatan seperti menolak sesuatu agar tidak mendekatinya. Hafiz cuba mengayuh basikal tapi ternyata tidak mampu kerana merasakan terlalu berat.

Tiba-tiba bulu roma maknya meremang bila mendengar perbualan Hafiz itu. Ketika itu, mak Hafiz sedang sibuk menyapu sampah di luar rumah. Kebetulan Hafiz juga ikut keluar kerana mahu mengayuh basikal di ihalaman.

Terus mak Hafiz bertanya dengan siapa dia bercakap? Pelik kerana tiada sesiapa di sekelilingnya.

“Nii haa… budak ni kawan Hafiz. Dia dah lah berat, nak tumpang basikal Hafiz pulak mak. Hafiz tak bagilah. Sebab berat sangat, hafiz tak boleh nak kayuh basikal ni.” Jawab Hafiz yang masih budak kecil yang belum tahu apa-apa.

Mak hafiz terus tak sedap hati.
“Tolonglah! Jangan ganggu anak aku! Kau pergilah jauh-jauh.”

Sepantas kilat mak Hafiz menarik Hafiz masuk ke rumah. Hafiz pula ketawa dan mengejek-ejek kawannya itu.

“Padan muka kena marah dengan mak aku.” Kata Hafiz sambil ketawa melihat kawannya itu agaknya.

Itulah yang maknya ceritakan kepada aku. Banyak lagi benda-benda pelik Hafiz boleh lihat tapi tak semua yang diceritakan kepada kami. Kadang-kadang Hafiz termenung sendiri melayan perasaannya. Entah apa yang difikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience