BAB 12

Thriller Completed 4769

Jadi, pada hari keempat Aidilfitri, Hafiz sekeluarga dan Kamal berhari raya di rumah gadis terbabit. Sebaik menjengah di pintu pagar sekolah menengah terbabit, seorang pengawal keselamatan bertanyakan kepada Hafiz.

Apabila diberi tahu, pengawal keselamatan itu agak terkejut kerana setahunya tiada penempatan di kawasan belakang sekolah berkenaan.

"Encik tengok sendiri, kawasan berkenaan belum diterokai. Di sana banyak durian hutan berbuah, kalau hendak pergi perlu berhati-hati. Tiga hari lalu, seorang penduduk terserempak dengan seekor harimau sedang makan buah durian," beritahu pengawal itu.

Tercengang Hafiz dan Kamal. Mereka tidak menyangka gadis itu akan memberi alamat palsu. Namun terbit juga rasa curiga, jika benar gadis-gadis itu manusia sebenar.

Tak mungkin memberikan alamat dia kebun durian yang berhutan.

Ketika hal ini diceritakan, aku sudah mengagak Hafiz dan Kamal bertemu masyarakat bunian. Aku minta dia melupakannya bibang jika dia mampu melihat semua makhluk halus itu seprti masa kecil pastinya membawa masalah.

Sejak aku menasihatinya, Hafiz dan Kamal tidak lagi bercakap tentangnya. Kedua-duanya masih bingung dengan kejadian itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience