Juga tak terkecuali anak saudara aku yang satu lagi bernama Jamilah. Ketika itu dia tidur dibilik bawah.
Orang lain dah tidur, dia pula terdengar orang sedang menyangkul tanah, serta orang sedang menangis.
Sayup-sayup kedengaran bunyi itu semua di tepi tingkap bilik. Sampai ke subuh orang semua bangun dia menangis minta tolong teman pergi tandas...
Hari dah siang barulah dia ceritakan semuanya pada kami. Selepas kejadiaan tu dia dah tak nak ikut kami jika kami ke rumah Mak Hafiz sini… trauma katanya..
Pernah juga mak dan Mak Hafiz memanggil seorang ustaz untuk melihat permasalahan dalam rumah dia. Apabila ustaz tu datang, dari jauh ustaz tu dah rasa ada yang tak kena.
Apa yang dikatakan ustaz setelah melihat rumah itu membuatkan kami terkejut, ustaz tu beritahu Mak Hafiz, rumah ni ramai yang menumpang.
Benda ni dah lama menetap dekat sini dan ianya banyak! Dekat bawah rumah lain, dekat belakang rumah lain, dan di ladang sawit sekitar kawasan rumahnya itu pun lain.
Share this novel