3 | Kissing You |

Romance Series 11557

   Headphone yang berada di kepala, Irene rehatkan di lehernya. Dentuman muzik demi dentuman datang daripada rumah agam En. Sinclair. Suara gelak tawa dan riuh mereka yang datang untuk berparti memenuhi sunyi dan gelap malam. Irene hanya mampu mengeluh mendengar riuh bunyi yang mengganggu ketenangan malamnya.

   Irene bangun mengintai melalui belakang langsir. Dari biliknya, dapat Irene lihat lampu ruangan halaman rumah En. Sinclair menyala, menerangi kegelapan dan kesejukan malam. Susuk tubuh yang hanya berbikini membaluti private parts sahaja, berjalan keluar masuk rumah itu.

   Perutnya yang berbunyi membuatkan Irene berjalan keluar bilik ke dapur. Telinganya kembali ditekup headphone. Lagu Shawn Mendes 'Stitches', bermain membuatkan Irene menyanyi kecil sambil menyediakan sandwich, snack lewat malamnya.

   En. Yusuf dan Pn. Sara sudah pun beradu dua jam yang lepas. Tergelak kecil Irene apabila mengingati ibu dan bapanya yang boleh tidur lena walaupun muzik yang dipasang oleh Danial bagi parti hujung minggunya dapat didengari di kuarters mereka itu.

   Leka menyediakan makanan, Irene tidak sedar dengan kehadiran Danial yang telah menjemput dirinya sendiri ke dalam kuarters milik Irene dan keluarganya. Tidak ingin mengganggu Irene yang kelihatan sibuk, dia bersandar ke bingkai pintu, memerhatikan setiap gerak langkah gadis molek itu.

   Bentuk badan Irene yang kecil daripada orang lain membuktikan dia merupakan seorang Asian. Walaupun begitu, rambutnya yang keperangan menunjukkan dia sudah lama dibesarkan di tanah Scotland ini, hasil daripada kekurangan cahaya matahari. 

   Danial suka apabila berhadapan dengan Irene kerana dengan ketinggiannya yang rendah dan hanya mencecah paras dadanya, Irene membuatkan dirinya berasa maskulin sekaligus ingin melindungi gadis itu daripada segala keburukan di dunia. Keburukan selain daripada dirinya.

   Hanya dia sahaja yang dibenarkan menyakiti Irene. Nobody else can.

   Senyuman ditahan daripada menghiasi bibirnya tatkala telinganya mendengar nyanyian daripada bibir mungil itu. Jarinya menggenggam kuat buku yang berada di tangan.

   Selesai menangkup roti di atas isi sandwich, Irene meletakkannya di atas pinggan bersama tiga sandwich yang lain. Kemudian, Irene berpusing berjalan ke arah peti sejuk kecil bagi menyediakan minuman untuk melengkapkan makan lewat malamnya. 

   Melihatkan jus oren yang berada di dalam peti itu, Irene mengeluarkan botol tersebut daripada kedudukannya dan terus menuangkan air itu ke dalam cawan. Selesai, Irene menyimpan botol jus itu sebelum menutup kembali peti sejuk menggunakan punggungnya. Kedua-dua tangannya memangku cawan yang berisi itu sambil minum sebelum dia berpusing untuk mengambil sandwich yang baru sahaja dia sediakan sebentar tadi.

   Terjerit kecil Irene apabila melihat susuk tubuh Danial yang sedang bersandar di ambang pintu dapur tajam memerhatikan dirinya. Tekaknya terasa sakit apabila dia tercekik air yang sepatutnya melegakan kehausannya.

   Selepas batuknya surut, perlahan cawan Irene letakkan di atas meja sebelum kembali memandang Danial.

   Muzik Irene matikan. Headphone Irene sangkutkan kembali di leher. Tangannya diusap ke dada, bagi menenangkan jantungnya yang berdegup kencang. Mencerlung matanya memandang Danial.

   "You took ten years off my life, Danial! Tak reti greet ke apa?!" Dia membisik marah, tidak mahu menjerit kerana khuatir En. Yusuf dan Pn. Sara bakal terjaga.

   Danial yang bersandar, berdiri tegak sebelum berjalan ke arah dirinya. Kini, mereka hanya dipisahkan oleh meja island di dapur itu.

   Raut muka Danial yang marah membuatkan Irene berfikir.

   Sudah... Apa lagi dia tak puas hati ni?!

   Kali terakhir Irene berjumpa dengan si herot ni merupakan tiga bulan lepas, ketika Irene menangkap Danial mencuri buku Irene dan vandalised lokar miliknya. Sejak dari itu, Irene tidak pernah lagi bersua muka dengan dia lagi. Masih marah dan geram terhadapnya.

   Dah tu apahal tetiba datang tak berundang, buat muka constipated ni?

   Danial selamba menghempaskan sebuah buku Fizik di atas meja makan yang berada di hadapan mereka. Terlompat kecil Irene mendengarkan bunyi yang kuat itu. Tangannya kembali melekap ke dada.

   Mata Irene mengerling ke buku di atas meja. Berkerut dahinya membaca nama yang tertera di atas buku itu.

   Eh, apahal buku aku ada dengan mamat sewel ni?

   Belum sempat dia bertanya, Danial sudah menembak dirinya dengan berbagai soalan.

   "Kenapa buku kau ada dengan Adam? Is there something going on between the two of you?"

   Terbeliak mata Irene mendengar persoalannya sebelum Irene kembali beriak tenang.

   "Adam pinjam buku saya sebab dia tak sempat salin nota. Dia sama kelas Fizik dengan saya. Ada masalah ke? As for your second question, I think it's none of your business." 

   Irene merampas buku yang berada di atas meja sebelum berjalan laju ke bilik tidurnya. Niatnya hanya satu, untuk menyelamatkan diri.

   Panas hati Danial mendengar jawapan acuh tak acuh daripada Irene itu. Melihatkan Irene yang berjalan pergi, kakinya menurut langkah perempuan itu, ingin mendapatkan jawapan yang sebenar.

   Tetapi, sejauh manalah kaki Irene yang pendek itu boleh meninggalkan Danial yang lebih tinggi daripada dirinya dan merupakan seorang athlete sukan sekolah?

   Irene mengetap bibir menahan sakit apabila lengannya direntap kuat oleh Danial. Tangan Danial kuat mencengkam, menyebabkan Irene pasti akan kesan yang bakal ditinggalkan sesudah dia melepaskan genggamannya. 

   "Lepaskan, Danial. Sakitlah!" Irene merintih sambil menggeliatkan tangannya daripada pautan Danial.

   Danial yang memandangnya pantas melepaskan cengkamannya. Matanya memandang lengan yang Irene gosok, cuba untuk meredakan kesakitan yang dibuat olehnya. Hatinya diserbu rasa bersalah apabila melihat kesan merah ditempat yang telah dicengkamnya. Ditolaknya perasaan itu apabila mengingati tujuan dia berjumpa dengan perempuan di hadapannya pada malam ini.

   Danial kembali bertanya kepada Irene. Suaranya perlahan, seakan-akan menahan marah. "Kau dengan Adam?"

   "Awak cakap apa ni? Saya tak faham." Irene menjeling dia. Tangan masih menggosok perlahan lengannya yang merah. Perlahan Danial menepis tangan Irene yang menggosok lengannya sebelum digantikan dengan tangan kasar miliknya. Danial mengusap perlahan lengan Irene. Matanya cuba mencari kesan yang mungkin ditinggalkan.

   "Kau dengan Adam. Are you guys a couple?" 

   Irene menjelingkan matanya ke atas sebelum merengus geram. 

   "Don't roll your eyes at me, Serve." Danial memberi amaran kepada Irene.

   Irene tersenyum sinis, mencabar Danial untuk melihat apa yang dia bakal lakukan.

   Danial yang ingin mengetahui jawapan Irene, cuba untuk menenangkan dirinya. Danial menarik nafas dalam-dalam sebelum memandang kembali gadis yang berani ingkar arahannya. 

   Langkah diatur merapati Irene. Ketinggian Danial membuatkan Irene terpaksa mendongak memandangnya. "Jawab, Irene."

   Entah mengapa, nafas Irene terasa tersekat-sekat apabila Danial menyebut namanya. Nama timangan yang diberikan Danial, yang sangatlah menyakitkan hati, hilang entah ke mana.

   Danial merenung Irene lama, cuba untuk meneka jawapan yang bakal Irene berikan daripada reaksi mukanya. 

   Irene cuba mengundur menjauhi Danial, tapi Danial lebih pantas memaut pinggangnya. Danial menarik Irene rapat ke tubuhnya. Tangan Irene melekap ke dada Danial, cuba mengimbangi tubuhnya.

   Irene tidak mengalah. Dia takkan kalah dengan Danial. 

   "Danial, King of Broughton High School, apa yang Irene buat dan dengan siapa Irene jalinkan hubungan percintaan, bukan urusan awak, Oh Your Highness." Irene membisik kepada Danial.

   Danial terdiam melihat keberanian Irene. Bibirnya tersungging. Perlakuan Irene yang mencabarnya membuatkan dia nekad. Irene harus diajar!

   Tangan Danial yang melingkari pinggang ramping Irene perlahan menyusup masuk ke dalam baju gadis itu. Jari-jemarinya menari di kulit mulus Irene. Bulat mata Irene memandangnya.

   Melihat Irene yang terpaku memandang raut wajahnya, perlahan Danial menundukkan kepala. Bibirnya merapati bibir mungil yang seringkali menjadi fantasinya di malam hari.

   Entah jembalang apa yang merasuk badan Irene, Irene pun tak tahu. Yang dia tahu, badannya mula menggeliat merapati Danial. Tangannya yang berada di dada Danial, perlahan menjalar ke tengkuk lelaki itu. 

   Matanya semakin layu apabila bibir Danial semakin merapati bibirnya. Dapat dia rasakan bahang badan Danial yang membuatkan dirinya selesa apabila kesejukan yang biasa dirasai, hilang entah ke mana. Badan Danial yang besar daripada Irene seolah membaluti tubuh kecil itu.

   Tidak melihat sebarang penolakan daripada Irene, bibir Danial mengucup bibir Irene. 

   Daripada cara Irene, Danial tahu gadis itu tidak mempunyai pengalaman. Mengetahui perkara itu,  semakin berbolak-balik perasaan lelakinya. Laju Danial memutuskan ciuman antara mereka.

   Irene yang baru sedar akan perbuatannya, laju menolak Danial menjauhi dirinya. "What did you do, Danial?!" Jari Irene menyentuh bibirnya. 

   Shit! My first kiss!

   Danial menahan tawa yang ingin meletus sesudah Irene habis bercakap. Muka Irene yang naik merah diperhatikan.

   Cantik.

   Jantung Irene kembali berdegup laju apabila melihat bibir Danial yang sentiasa memberikan senyuman sinis kepadanya, kini mempunyai senyuman yang menyerlahkan sebaris gigi yang putih dan tersusun.

   "Kissing you. I like it." 

   Berdegup kencang hati Irene  memandang muka Danial yang Irene akui sangat tampan. Barangkali disebabkan oleh kahwin campur.

   Irene menjelingkan matanya membuatkan senyuman yang terhias di bibir merah Danial hilang kembali. Danial tidak suka apabila Irene membuat begitu. Dia rasakan bahawa Irene melayannya seperti dia seorang yang tidak penting.

   "You do that one more ti-"

   "Don't kiss me again! Ever!" Irene berpaling memasuki biliknya. Tidak ingin mengambil risiko bahawa Danial akan masuk ke kamarnya, laju tangan Irene mengunci pintu. Dari pantulan cahaya yang memasuki bilik Irene daripada ruangan di bawah pintu, dapat Irene lihat bayangan kaki Danial yang menandakan dia sedang berdiri di sebaliknya.

   "Serve." Perlahan suara Danial memanggil.

   "Danial." Irene memanggilnya kembali dengan bersahaja.

   "If you're indeed Adam's girlfriend... Aku nak kau putus dengan dia."

   Laaa... Tak habis-habis lagi ke topik ni?!

   Irene meraup muka mendengar permintaannya. Irene keliru. Kenapa Danial perlu ambil kisah jikalau dia bercinta dengan Adam pun? Kenapa sampai perlu pastikan Irene putus dengan Adam? Kenapa Danial sibuk sangat? Kenapa Danial benci sangat dengan Irene? Tika itu, satu perasaan yang aneh menyusup di hatinya. Takkanlah Danial...?

   "And if I don't?" Suara Irene pecah bertanya.

   Beberapa minit berlalu tanpa jawapan. Yang dapat Irene dengari hanyalah bunyi muzik rap daripada rumah agam En. Sinclair yang kedengaran seperti orang mabuk yang menyanyi. 

   Tawa kecil terlepas daripada mulut Danial sebelum dia menjawab. "Nak melawan aku, Serve? You know that's not a good idea. You don't do as I say, your dad will be out of job then. Dan bil perubatan untuk penyakit fibrosis kistik your mom yang ayah aku tanggung, will be gone. Poof! Just like magic. What will be your answer, Serve?"

   Ugutan yang diberikan Danial menyentap jantung Irene. Ya, bil perubatan Pn. Sara memang ditanggung En. Sinclair kerana dialah yang membawa kami ke sini. Namun, apabila Danial menggunakan penyakit yang menyerang Pn. Sara sebagai senjata bagi memastikan Irene menuruti permintaannya, perasaan benci Irene kepada Danial datang kembali.

   Memang Adam ada bercakap dengan Irene, tapi komunikasi di antara mereka berdua hanyalah sekadar daripada seorang kawan kepada kawannya yang lain. Adam seorang yang sangat sopan, berbeza dengan Danial yang sangat biadap. 

   Irene sering berwaspada terhadap Adam kerana Irene curiga dengan kebaikan yang ditunjukkan lelaki itu. Iyalah, Adam adalah salah seorang kawan karib Danial, mustahil untuk Irene tiba-tiba menerimanya sebagai salah seorang rakan, mahupun Irene memang memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu di kala ini. 

   Sekarang, Irene tahu, perlakuan Adam are his own dan Danial are not a part of it.

   'Walaupun jikalau suatu hari nanti Adam ingin persahabatan ini menjadi lebih, bukan Adam yang hati aku inginkan.'

   Terkejut dengan apa yang dia baru fikirkan, laju Irene menggelengkan kepalanya. 'Gila apa aku ni?! Ni mesti sebab kena cium tadi, terus otak tak cukup oxygen, IQ jatuh mendadak.' Irene memberikan alasan kepada dirinya sendiri.

   Ditariknya nafas dalam-dalam sebelum memberikan jawapannya kepada Danial. "Adam bukan sesiapa bagi Irene. Just a classmate, itu je."

   Mendengarkan suara Irene memberikan jawapan di balik pintu, Danial berasa lega. Kenapa? Entah, dia sendiri tidak tahu mengapa. 

   "You are the help's daughter. Adam is the son of a millionaire. Simply said, you are not good enough for anyone in Broughton. Kau tahu kan, Serve?" Sengaja Danial menyakitkan hati perempuan itu.

   I'm not good enough for anyone in Broughton? Really? Well, you know what? They're the one who is not good enough for me. Including you, you egotist jerk!

   Takkan Irene nak beritahu apa yang terlintas di fikirannya kepada Danial. Nak mati? Jalan penyelesaiannya,  dia menarik nafas panjang sebelum menjawab Danial kembali.

   "Tahu, Danial."

   Irene tak tahu apa yang penting sangat dengan status dan duit yang orang seperti Danial sering banggakan.

   Danial tahu apa yang dia katakan agak kasar, tapi dia perlu pastikan Irene tidak rapat dengan mana-mana lelaki. Dia lebih suka Irene bersendirian.  

   "And about our kiss just-"

   "What about it?" Irene memotong percakapan Danial. Tak suka Danial mengungkit.

   "Well, just to remind you, you did kiss me back."

   ARGH!!! Irene meraup mukanya. Malu! Nafasnya laju turun naik. Speechless. Itu yang Irene rasa saat ini.

   Danial tahu Irene pasti tengah marah saat ni. Mukanya pasti merah dan matanya pasti mencerlung.

   Too bad she closes the door. Wouldn't mind seeing any of her reactions.

   Apabila Danial merasakan misinya pada malam ini sudah tercapai, dia berlalu pergi. Melintasi ruangan dapur rumah itu, langkah Danial berhenti kembali. Kaki menghala ke meja makan, Danial perhatikan sandwich-sandwich hasil tangan Irene. Diambilnya satu sebelum dibawa ke mulut.

   Hmm, sedap. Tapi lagi sedap bibir Irene.

   Tersengih lebar dia apabila teringat kembali bibirnya yang menjamah bibir pink Irene.

   Tanpa rasa bersalah, dibawa keluar pinggan yang berisi sandwich itu. Langkahnya tenang dan teratur menghala ke rumah yang didiami selama hampir 15 tahun. 

   Riuh parti yang berlangsung masih tidak reda walaupun dia tiada untuk memantau.

   Dikerlingnya jam di tangan. 12.20 tengah malam. Polis ronda kebiasaannya datang pada 12.30. Masih ada waktu untuk dia menyuraikan rakan-rakan sekolahnya yang dia pasti, separuh daripada mereka sudah pun mabuk dan terlantar tidur.

   Well, it's Friday night. Can't blame them.

   Irene yang mengintai di balik langsir, segera melepaskan pegangannya daripada kain itu selepas melihat bayang Danial. Apabila melihat susuk badan lelaki itu beransur pergi daripada kawasan rumahnya, Irene pantas membuka pintu. Kakinya laju berlari ke arah makanan yang disediakan dengan sepenuh hati sebelum diganggu oleh kehadiran Danial tadi.

   Melihatkan meja yang kosong, darahnya kembali menggelegak. "Tak cukup kau curi first kiss aku, sandwich aku pun kau amik?!" Irene meramas rambutnya kasar.

   Dasar kaki buli!

   He took my sandwiches!

  •••••••••••••••    

A/N : Chapter 3! Woohoo! 

Tell me what you guys think of this chapter. ;)

Roger out!

Brooklyn Baesyah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience