2 | I Won't Stop Bothering You |

Romance Series 11515

   Irene menarik nafas panjang melihat sekolah baharunya.

   Broughton High School.

   The school suited for those with money.

   Kakinya pantas melangkah masuk sambil mata meliar mencari papan tanda 'Office' untuk mendaftarkan dirinya dan mendapatkan jadual dan buku-buku yang berkenaan. Mata-mata yang memandang perlakuannya, dia buat tak endah.

   Irene mengisi beberapa borang yang diberikan receptionist sebelum melangkah ke lokar yang dipinjamkan kepadanya sepanjang pembelajarannya berlangsung di sini. Matanya melilau mencari lokar yang mempunyai nombor yang diberikan kepadanya sambil sebelah tangannya memangku kemas buku-buku yang diberikan oleh receptionist sebentar tadi.

   Senyuman terukir dibibirnya tatkala Irene mengenalpasti kedudukan lokarnya. Selangkah sebelum Irene sampai, bahunya dirempuh kuat menyebabkan buku-buku yang Irene pegang jatuh bertaburan di lantai.

   Gelak tawa pecah di hallway sekolah itu. Irene dapat merasakan mata-mata memandang Irene dengan geli hati melihatkan new girl yang terkapai-kapai mengemas dan mengutip bukunya.

   Langgar bahu sampai barang jatuh? So elementary standard and cliché.

   Baru Irene ingin mengambil buku Calculus yang terletak tidak jauh darinya, sepasang kaki memijak buku tersebut, membantutkan pergerakan Irene untuk mengambil bukunya.

   Perlahan Irene memandang tuan empunya kasut yang tidak menggerakkan kakinya daripada memijak buku itu. Irene melepaskan nafas geramnya dengan perlahan.

   Danial Sinclair.

   Senyuman sinis sudah terhias di muka lelaki itu. "Irene... What a pathetic position you're in." Dia mengejek Irene yang sedang melutut mengutip buku-buku yang jatuh bersepahan di koridor itu.

   Laju mulut Irene menjawab. "You smell like hidden motives, get away from me." Irene menjeling Danial tajam. 

   Jujur Irene katakan, dia berani melawan kerana memikirkan terdapat ramai pelajar yang berada di sekelilingnya. Dia tahu, Danial tidak akan berani menyentuhnya.

   Tergelak kecil dua jejaka yang berdiri di belakang Danial. "You know her?" Tanya lelaki yang berdiri di belakang bahu kanan Danial itu. Dengan mata birunya dan rambutnya yang berwarna coklat terang, Irene tahu dia merupakan anak kelahiran negara Scotland ini.

   Berbeza dengan lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya yang mempunyai rambut hitam seperti Danial. Hanya sepatah sahaja perkataan yang keluar daripada mulutnya. "Siapa?" Dia bertanya kepada Danial.

   Oh well, look at that. Another Malaysian in the house.

   Danial mengalihkan kakinya. Pantas Irene mengambil sebelum bangkit daripada posisinya itu. Tangannya laju memutarkan kunci lokar sebelum menyumbat masuk buku yang tidak akan dia gunakan pada hari tersebut. Danial hanya melihat perlakuan Irene sebelum memaut bahu rakan-rakannya.

   "Guys, may I introduce to you Serve. Serve, this is Brad and this is Adam."

   Muka Brad berkerut mendengar nama yang diberikan Danial. Irene yakin, bukan muka dia sahaja, muka Irene pun sama. Irene mengangkat kening meminta penjelasan daripada Danial.

   "Serve, singkatan untuk Servant," Danial menjelaskan kepada Adam yang raut mukanya tidak berubah dari tadi. 

   Robot ke dia ni? Muka tak berubah dari tadi.

   Brad yang mendengar, berdekah ketawa. "Servant? Why?"

   Irene memejamkan mata, membenci situasi yang Irene pasti bakal berlaku tidak lama lagi. Suara Danial yang perlahan, tiba-tiba meninggi apabila dia memberitahu sebabnya kepada Brad. Sengaja menarik perhatian mereka yang berada berdekatan.

   "Because she's the daughter of one. Studying here in this private school will be impossible if my dad didn't pay for it. Right, Serve?"

   Irene memandang sekeliling, cuba untuk memahami riak muka pelajar-pelajar yang sedang memerhatikan mereka berempat. Irene mengeluh perlahan.

   Irene berpaling daripada Danial. Mindanya yang berserabut, Irene kosongkan. Sempat Irene menjeling Danial sebelum dia mengemaskan pautan buku yang berada di tangannya. Irene menarik nafas panjang-panjang sebelum mencari kelas pertamanya.

   Tak akan Irene benarkan dirinya menangis kekalahan memberikan kemenangan kepada mereka yang membuli. Irene yakin, apa yang Danial bakal lakukan, pembulian yang bakal dia rancangkan, tidak akan membuatkan dia rapuh.

   I've survived this before. And I will, again.

   Danial yang mengharapkan reaksi yang lebih menarik daripada Irene, kecewa dengan apa yang berlaku. Gadis yang mula mencerobohi segenap mindanya hanya meninggalkannya pergi.

   Brad menjeling kawannya sebelum menolak perlahan bahu jejaka itu dengan bahunya. "Chill, man. The school's just started. There's plenty of time for you to work out whatever it is you're planning. You know that, right?"

   Adam yang berdiri mendengar, menumbuk perlahan bahu Brad. "Don't give him any ideas. We're not in junior high anymore. Just leave that girl alone, Neal."

   Danial tersenyum sinis mendengar nasihat Adam. "Why should I? Besides," Tangannya memaut kemas bahu dua rakannya itu, "it's our senior year. I think I have the right to have fun, don't you think?"

   Brad yang sememangnya paling liar di kalangan mereka bertiga pantas mengangguk kepalanya laju.

   Adam melepaskan keluhan perlahan.

   Whatever.

   Malas dia ambil tahu. Apa yang penting, gred pelajarannya meningkat tahun ini untuk memastikan dia dapat graduate bersama rakan sekolahnya yang lain.

   Danial masih tersengih, memikirkan pelbagai cara untuk menyakitkan gadis yang dia khuatiri mengetahui rahsianya.

   That will teach her what happens when you're in the wrong place at the wrong time.

   Senyuman sinis terhias di bibirnya.

   Can't wait till we next meet again, Serve.

•••••••••••••••

   Irene menghempaskan pintu bilik tidurnya. Geramnya hanya Tuhan je yang tahu. Kalau bukan sebab dia belajar atas ehsan Mr. Sinclair, dah lama dia tarik-tarik rambut perempuan yang berani mencari pasal dengannya.

   Melihat bajunya yang kotor dan berbau makanan lunch, Irene bangun menuju ke almari untuk menukar pakaian. Baju kotor Irene campakkan ke hamper yang terletak di sebelah almari bajunya.

   Selesai menukar pakaian, Irene duduk di meja belajar yang menghadap tingkap dan secara tak langsung memberikan Irene pandangan belakang rumah agam En. Sinclair dan gelanggang tenis yang berada di sisi rumah itu.

   Tangannya menarik pencil case dan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya pada hari ini. Seperti yang Irene jangkakan, murid-murid lain menjauhi dirinya apabila mereka mendapat tahu bahawa ayah Danial membayarkan yuran pengajiannya. Seperti biasa, mereka membuat kesimpulan bahawa Irene seorang yang miskin dan gadis yang mengambil kesempatan di atas kebaikan En. Sinclair.

   Well, whatevs. Macam Irene kisah diorang fikir apa.

   Irene tak perlu buktikan dirinya kepada sesiapa. Grednya yang sentiasa tinggi menunjukkan dia mengambil serius perihal pelajarannya, tidak seperti mereka yang bermain dan membuat endah kerana ibu bapa mereka yang membayar yuran pengajian mereka.

   Sejarah berulang kembali apabila Irene menghabiskan waktu rehatnya di dalam tandas, cuba untuk membersihkan baju yang dibaling dengan makanan oleh perempuan yang menyandang jawatan sebagai QueenBee.

   Ini merupakan sekolah ketiga Irene sepanjang menetap di Scotland dan satu hipotesis yang dapat Irene buat adalah sistem antara pelajar mereka sama.

   Yang kaya, cantik dan berupa akan mengawal dan yang pandai, miskin dan biasa akan dikawal. Irene menjelingkan mata ke atas apabila terkenangkan perangai mereka yang sangat kebudak-budakan dan tidak matang, tidak selari dengan umur mereka.

   "Argh! Serabut otak." Irene meramas kepalanya. Irene kembali memandang buku yang terbuka di hadapannya sebelum menyambung menyiapkan kerja sekolahnya pada hari itu.

   Dan begitulah jadual harian Irene yang berlangsung selama dua bulan. Dua bulan di mana Irene melarikan diri daripada Danial, Brad dan Adam yang digelar sebagai 'The Hot Trio' of Broughton High School.

   Dua bulan di mana Irene bersembunyi di sebalik dinding, kereta mahupun pintu, cuba mengelak daripada dikesan oleh the Devil's Son. Dua bulan di mana Irene berjaya mengelak daripada dibuli apabila dia tidak bersemuka dengan 'He-Who-Must-Not-Be-Named'.

   Ecehhh... Dah macam cerita Harry Potter. Drama queen sungguh.

   Dua bulan berlalu dengan aman dan tenang. Irene dengan kehidupan Irene. Danial dengan kehidupan dia. Seperti biasa, sesudah waktu persekolahan, Irene kembali pulang sebelum mengeluarkan assignment yang bertimbun. Hujan rintik di luar diperhatikan seketika sebelum dia kembali menelaah pelajaran.

   Tanpa pengetahuan Irene, dia diperhatikan oleh Danial yang sedang duduk di bucu meja, memandang gadis yang sedang sibuk menulis daripada tingkap biliknya. Danial tersenyum apabila memikirkan perancangan yang bakal berlangsung pada esok hari.

   Hatinya geram memikirkan anak chef yang selamba badak menganggap dirinya tidak wujud.

   'Well, Serve, tomorrow you'll know, if anybody will treat another as nobody, it'll be me. Not you.' detik hatinya.

   Namun, tanpa dia sedari, bibirnya menguntumkan senyuman manis apabila melihat Irene menggigit belakang penselnya. Habit yang Danial tahu dilakukan apabila gadis itu sedang berfikir. 

•••••••••••••••

   Tidak Irene sangka akan tiba hari di mana semua keharmonian yang telah Irene bersusah-payah untuk dapatkan hancur berkecai apabila Irene terpaksa kembali meletakkan dirinya di atas altar pengorbanan. Semua kerana buku Sejarah Irene hilang daripada lokarnya.

   Hilang.

   Poof.

   Gone without a trace.

   Yang tinggal hanyalah sampah sarap, cat lukisan yang mengalir dan kondom yang bersepah akibat prank yang diberikan oleh pelajar sekolah itu. Irene menarik nafas panjang sebelum mengemaskan lokarnya dan membuat aduan kepada janitor.

   Irene tahu ini merupakan satu daripada cara mereka untuk mengingatkan Irene bahawa Irene hanyalah anak orang miskin dan secara jujurnya, sehingga ke hari ini, Irene tak pernah malu dengan pekerjaan ibu dan bapanya.

   Irene tahu keluarganya bukan miskin, malahan mereka boleh dikatakan senang dan selesa dengan apa yang ada. Ibu Irene chef, dan bapanya Ketua Bodyguard. Miskin apanya.

   Malas memikirkan rakan sekolahnya yang terlalu cepat menghukum, Irene berjalan ke kelas yang seterusnya, History. Kertas dikeluarkan bagi menggantikan bukunya yang hilang. Nota disalin seperti biasa.

   Sebelum tamat waktu kelas, Mrs. Hawthorne membuat pengumuman. "Read your textbook and all your notes. Tomorrow, we will have a simple quiz and a page-long essay that you'll make within given time. Remember, your marks will be carried to help you in your final. I will not accept request for extra credit to help you graduate. Be prepared."

   Mendengar pengumuman tersebut, Irene hanya mampu menepuk dahi menenangkan nasibnya yang malang pada hari itu.

   Nak study macam mana? Buku pun tak de!

   Sesampai di rumahnya, Irene menyiapkan kerja sekolahnya dahulu, cuba untuk tidak memikirkan bagaimana dia akan berhadapan dengan Danial. Sesudah mengerjakan assignment pada hari itu, dia menarik nafas yang dalam sebelum melangkah perlahan memasuki rumah agam itu.

   Dengan menarik nafas keberanian dan keazaman untuk lulus dan ace ujian esok, Irene menaiki tangga menuju ke bilik Danial. Hatinya berdolak-dalih memikirkan keputusan yang sedang dibuatnya itu.

   Selepas tiga ketukan, Irene memanggil nama Satan itu. "Danial!"

   Panggilan Irene berlalu tidak berjawab. Irene tahu Danial berada di biliknya kerana motor H2 Ninja yang digunakannya tiap kali ke sekolah berada di hadapan rumah.

   Irene tekapkan telinganya ke pintu cuba untuk mendengar suara membuktikan adanya orang yang menghuni bilik itu. Dalam hati Irene tak habis-habis berharap agar kali ini Irene tidak mendengar ugutan bunuh atau yang sewaktu dengannya lagi.

   Dapat Irene dengar suara gelak tawa manja yang berada di balik pintu itu. Manja? Danial bawak balik perempuan ke? Panas hati Irene memikirkan kebarangkalian yang berlaku.

   Irene mengetuk kembali pintu Danial. Irene berbahasa untuk mengelakkan perempuan yang berada di dalam bilik Danial mengetahui apa yang Irene dan Danial bicarakan.

   "Danial! Saya nak pinjam buku Sejarah awak. Buku saya hilang. Saya janji, malam ni jugak saya pulangkan." Try to translate that, biatch.

   Entah mengapa, Irene gembira apabila perempuan yang Danial bawa sudah pasti tidak memahami apa yang diperkatakan olehnya.

   Argh! Lantaklah. Asalkan aku dapat buku aku.

   Seminit berlalu sebelum Irene mengetahui rayuannya tidak berjawab. Bahkan, gelak tawa di balik pintu makin menjadi-jadi. Menggelegak darahnya apabila permintaannya tidak diendahkan. Geram tahap gaban, Irene menguak buka pintu Danial.

   Matanya meruncing ke arah dua lembaga yang sedang ligat bermesra. Irene mengenal pasti perempuan itu sebagai perempuan yang telah mengotorkan bajunya di kafeteria ketika hari pertamanya di sekolah.

   Claire namanya jika tak silap Irene. Claire yang sedang duduk di atas riba Danial, hanya memandang Irene bosan sebelum kembali menempelkan mukanya ke leher Danial, meninggalkan ciuman kecil ke leher jejaka itu.

   Hati Irene panas kembali.

   Irene menjeling Danial tajam. Kalau bukan disebabkan ujian Sejarah, sampai mati Irene tak nak tengok muka herot dia ni. "Look, Danial. Bagi saya pinjam buku awak and I swear I'll be out of your hair."

   Danial merengus sebelum kembali memandang Irene. "Gimme one good reason, why must I help you." Kata Danial meletakkan Claire disisinya. Claire pantas memaut lengan sasa Danial. Danial yang ingin menaikkan darah Irene, hanya membiarkan perlakuan itu walhal dia sebenarnya rimas.

   Irene menahan diri daripada menjelingkan mata melihat PDA yang terang-terangan mencemarkan pemandangan dan menyakitkan hati. Tangannya mencekak pinggang menunjukkan kejengkelan yang dirasakan saat itu.

   "Awak kena tolong saya Danial sebab En. Sinclair, your dad, bayar yuran sekolah saya dan saya tak nak bazirkan duit dia. Tak semua orang mampu untuk fail exams dan masih ada kehidupan macam awak, Danial." Irene memerli Danial dalam memberitahu kebenaran.

   Danial menjeling apabila Irene mengungkit apa yang telah dia lakukan pada hari pertama persekolahan gadis itu. Dia tahu Irene membencinya, dan jujur dia katakan, dia lebih suka Irene membencinya berbanding apabila Irene mengelakkan diri daripadanya dan menganggap dia tidak wujud seperti dua bulan lepas ini.

   Danial diam tidak berjawab. Claire yang kegeraman kerana dirinya tidak diberi perhatian meletakkan telapak tangannya ke muka Danial sebelum memalingkan wajah tampan itu kepadanya, memastikan dia mendapat perhatian penuh daripada Danial. "Just give her whatever she wants and let's continue where we left off, Neal."

   Eh, eh minah ni. Lebih-lebih pulak.

   Danial menahan senyum apabila melihat Irene menjeling tangan Claire yang berada di mukanya itu. Jikalau matanya boleh mengeluarkan laser macam Cyclops dalam X-Men tu, dah lama terbakar gamaknya si tangan Claire ni.

   Danial menolak tangan Claire sebelum menjeling memandang Irene. "Atas meja tu ha." Dia menunjukkan beg yang terletak di atas meja belajarnya.

   Takut Danial mengubah fikiran, Irene berjalan laju menghampiri beg Danial. Pergerakannya terhenti apabila Irene mendapati tingkap bilik Danial dapat melihat terus ke dalam bilik miliknya walaupun tidak bertentangan dengan tingkap biliknya.

   Kembali ke misinya, tangan Irene membuka beg yang Irene tahu berharga lebih mahal daripada gaji sebulan ibu dan bapanya. Percariannya terhenti apabila matanya tertancap pada buku yang amat familiar baginya. Perlahan Irene tarik keluar buku itu.

   Gambar orang lidi yang memakai mantel seperti Superman terukir di penjuru halaman buku itu. Irene terus membuka buku itu. Lukisan yang sama tercoret di dalam. Lukisan yang Irene coret ketika dia mengantuk dan bosan ketika di dalam kelas.

   Laju Irene pusing menghadap Danial. "This is my textbook." Suara Irene bergetar perlahan menahan geram yang dirinya rasakan ketika itu.

   Danial memandang buku di tangan gadis itu dengan bosan sebelum dia bangun menolak Claire keluar. Claire merengek manja sebelum Danial menutup pintu dihadapan mukanya.

   Bunyi dentuman pintu menyedarkan Irene bahawa Irene terperangkap berdua dengan Danial di dalam bilik ini. Irene memandang Danial yang berdiri memeluk tubuh memandang dirinya. Irene menarik nafas panjang menahan matanya yang bergenang apabila mengingatkan keadaan lokar dan bukunya yang dipecah masuk oleh Danial.

   "Apa yang you nak sebenarnya? Why can't you leave me alone?" Suara Irene meninggi. Titisan air mata Irene yang jatuh, pantas diseka. Danial dirapati dan tangan Irene laju menolak tubuh Danial yang lebih sasa dan tinggi ke belakang. Senyuman sinis Danial yang sering dia berikan kepada Irene terhias di mukanya.

   Danial suka melihat reaksi Irene. Hatinya gembira apabila mengetahui dia dapat mengeluarkan reaksi sebegini daripada gadis ini dengan hanya perkara kecil.

   Namun, apabila melihat air mata yang mengalir di pipi mulus itu, hatinya pedih. Apabila mengenang kembali dua bulan di mana Irene menjauhkan diri daripadanya, dia kembali suka apabila mengetahui Irene hanya bereaksi dengannya sekiranya dia berlaku kejam.

   Dia lebih rela Irene menangis, marah dan meluat daripada menganggap dirinya tidak wujud.

   Geram dan kecewa bercampur-baur di dalam hati Irene. Kebencian menebal di dalam hatinya apabila Irene melihat Danial tertawa melihat air matanya. Irene berpaling darinya sebelum melangkah ke pintu.

   Panggilan nama Irene membuatkan langkahnya terhenti. "I welcomed you to hell, didn't I, Serve? And I won't stop bothering you,

   just because.

   I.

   Can.

   And because it's fun."

   Danial suka melukakan Irene. Suka mengetahui dirinya mempunyai kuasa untuk membuat Irene bereaksi sedemikian.

   And he succeeded again in hurting her.

   Nafas Irene naik turun laju menahan amarah yang semakin meninggi di dalam dirinya. Tanpa memberikan sebarang balasan, Irene berlari keluar daripada tempat yang Irene yakini, merupakan neraka di dunia ini baginya. Pintu bilik Danial, Irene hempas kuat menunjukkan amarah dirinya.

   Hanya satu perkara yang terlintas di fikirannya saat itu.

   Irene Melissa Yusuf.

   BENCI.

   Danial Julius Sinclair.

   Danial yang memerhatikan pemergian Irene, hanya mampu melepaskan nafas dengan perlahan sebelum duduk di bucu katilnya. Tangan pantas menggapai iPhone, menaip mesej kepada rakan karibnya.

Danial
Plan worked out.
She ran crying out of my room.

Brad
She did?
You must be happy then.

   Happy? Itukah perasaan Danial sekarang ini? Dia meraup mukanya sebelum menaip kembali.

Danial
No, not really.

•••••••••••••••

A/N: Chapter 2. Harap korang semua berpuas hati. Jgn lupa VOTE, COMMENT and SHARE, okay?

Roger out!

Brooklyn Baesyah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience