1 | Irene, Welcome To Hell |

Romance Series 11557

   Irene Melissa mengikuti langkah ibu dan ayahnya, Pn. Sara Hamdan dan En. Yusuf Malique, memasuki rumah agam yang bakal menjadi kediaman mereka pada hari yang mendatang. Matanya rakus memandang tekun persekitaran rumah yang bagai istana itu.

   Wahhh... Ni rumah ke istana?

   Ternganga mulut Irene memandang kediaman yang serba mewah itu.

   "Ma... Ma!" Tangan Irene menarik lengan baju ibunya, bagi menarik perhantian wanita itu.

   Pn. Sara yang sedang berbincang sesuatu dengan En. Yusuf memalingkan mukanya memandang anak tunggalnya yang berumur 17 tahun itu. 

   "Yes, Irene Melissa Yusuf?" Tajam suaranya bertanya kepada gadis berambut coklat itu.

   Memang satu kepantangan baginya apabila perbualan diantara dia dan suaminya disampuk oleh anak tunggal mereka.

   Tak beradab sungguh! Anak sapalah ni...

   "Ini ke tempatnya? Seriously?" Matanya bulat dengan sinar harapan agar kedua ibu bapanya mengangguk setuju.

   Terjerit kecil Irene apabila bibir mereka mengulum senyuman kecil.

   Teruja, Irene pantas memeluk mereka. Tanpa berlengah, pantas kakinya berlari mengheret sama bagasi miliknya ke arah rumah yang bakal mereka bertiga diami.

   Beg yang berat terasa ringan apabila membayangkan bilik yang bakal menjadi miliknya.

   Tangan En. Yusuf memaut pinggang isterinya yang masih memandang anak mereka. Hatinya risau memikirkan keadaan yang bakal mereka bertiga tempuhi terutama anaknya, Irene. Namun, apakan daya. Dia hanya menuruti kehendak bos sahaja.

   Matanya cepat menangkap langsir yang disingkap oleh seseorang yang sedang memerhatikan mereka. Mengetahui itu adalah anak kepada En. Sinclair melalui bayangan ketinggian tubuh yang menembusi langsir itu, dia mengalihkan matanya kembali.

   Memikirkan kehadiran Danial, hatinya risau kembali. Risau perihal anak perempuannya yang bakal tinggal bersama lelaki itu walaupun berlainan bumbung. Nafasnya dihela perlahan sebelum dia mencium dahi isterinya lalu menolong suri hatinya mengangkat bagasi-bagasi yang tinggal.

•••••••••••••••

   Pn. Sara bekerja sebagai tukang masak yang telah berkhidmat untuk En. Sinclair selama hampir 3 tahun manakala En. Yusuf bekerja sebagai Ketua Keselamatan En. Sinclair. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, bodyguardnya.

   Disebabkan En. Sinclair, seorang businessman yang telah meluaskan pengaruhnya di Edinburgh, Scotland, jarang berada di rumah agamnya di Malaysia, mereka sekeluarga diterbangkan ke sana untuk menyambung khidmat bekerja di bawahnya.

   Mereka menjejakkan kaki di Edinburgh ketika Irene berumur 10 tahun. Ketika itu, rumah yang disediakan untuk mereka duduki hanyalah sebuah apartmen yang dilengkapi dengan sebuah bilik air dan sebuah bilik tidur. Rumah yang dihiasi dengan open-floor plan itu, mereka kongsi bertiga. En. Yusuf, Pn. Sara dan Irene. Walaupun kecil, itu sudah mencukupi bagi mereka.

   Sekarang, Irene berumur 17 tahun. En. Yusuf dan Pn. Sara telah diminta berpindah di atas arahan En. Sinclair sendiri bagi menduduki servant quarters di rumah agam barunya.

   Well, servant quarters or not, this place is awesome!

   Laju tangan Irene mengemaskan barangnya. Ingin dia takluki bilik itu secepat yang mungkin. Leka mengemas, hampir dua jam berlalu sebelum Irene mendengar namanya dipangil.

   Malas berjalan keluar, Irene hanya menyahut kembali. Tak sampai seminit, terjengul kepala ibunya di balik pintu biliknya.

   "Irene nak tengok rumah En. Sinclair? Jom teman mama," ajak Pn. Sara.

   Irene hanya mengangguk laju sebelum membontoti ibunya. Mereka melalui laluan yang disediakan bagi pekerja. Sampai di pintu belakang rumah utama, Pn. Sara menekan kekunci nombor yang berada bersebelahan pintu itu.

   "Password dia 120567. Keep it to yourself, jangan hebahkan kat sesiapa." Pn. Sara memberi amaran kepada anaknya. Irene hanya mengangguk faham.

   Pintu dibuka sebelum mereka memasuki rumah tersebut. Ternganga mulut Irene apabila melihat kemewahan yang memenuhi kediaman itu.

   Dari siling hingga ke lantai, tidak ada sebarang peralatan mahupun perkakas yang menjerit second-hand. "Berapa bilik rumah ni ada, Ma?" Irene membisik perlahan ke telinga ibunya. Matanya memerhatikan tangga yang dihias gah itu.

   "Setakat yang Ma tahu, tak salah Ma rumah ni ada 10 bilik tidur, 13 bilik air. Tennis court Irene tahukan dekat mana?" Irene menggangguk mengingati gelanggang tenis yang mereka lintasi sebelum memasuki rumah agam ini. "Pool ada dekat bahagian kanan rumah. Lantai ni," Pn. Sara menunjukkan lantai di bawah kaki mereka dengan telunjuk kakinya, "Elaine kata ironwood flooring."

   Bulat mata Pn. Sara menerangkan kondisi rumah itu kepada Irene. Berkerut seribu dahi Irene apabila otaknya mencerna informasi yang diberikan Pn. Sara.

   "Mende alah tu?" Irene bertanya sambil mindanya ligat memikirkan term yang tidak pernah dia dengari.

   Ironwood flooring? Lantai ni iron ke wood? Macam tamak je dua-dua nak.

   "Ironwood flooring tu, Elaine kata, lantai yang paling kuat di dalam dunia." Terjengket-jengket kening Pn. Sara memberitahu Irene perkara itu.

   Tergelak kecil Irene mendengar penjelasan ibunya. "Ma, kalau nak lantai paling kuat, baik dia bina guna titanium je. Mengada-ngada nak ironwood bagai," Irene menggelengkan kepalanya.

   Hei, orang kayalah katakan. Dah tak tahu nak habiskan duit kat mana, kat lantai pon, jadilah.

   Irene akui, rumah ni sangat...magnificient tapi, kenapa banyak sangat warna hitam? Berkabung ke apa? Perabot hitam, banister tangga hitam, lantai hitam, chandelier yang biasanya Irene tengok putih pon, dia buat hitam.

   Kata ada duit, takkan tak mampu nak letak warna-warni sikit dalam rumah ni?

   Beli rumah besar-besar, tapi cuma tinggal bertiga. En. Sinclair, anak dia dan bini baru yang entah apa namanya. Tak sunyi ke?

   Melihat keadaan rumah itu, satu je benda yang dapat Irene simpulkan. Whoever these people are, they are not happy people.

   Kalau memang suka gothic style, tak apa. Jangan black metal sudah.

   Habis sahaja Irene terfikirkan kesimpulan itu, satu dentuman bergema di dalam salah satu bilik yang berada di dalam rumah itu. Laju Irene memandang ibunya. Matanya bulat ketakutan.

   Janganlah pencuri. Irene baru nak merasa tidur atas katil malam ni.

   Pn. Sara yang melihat reaksi muka Irene, pantas berlakon melihat jam sebelum tangannya menolak Irene ke arah tangga. 

   "Pergi panggil Danial, bagitahu dinner akan siap dalam masa sejam lagi. Pastu, kalau boleh, Irene tanya boleh tak dapat gaji awal sikit bulan ni? Ubat Ma dah habislah. Kena beli baru. Irene tanya tau. I'll be in the kitchen," Laju tangannya menolak Irene ke arah tangga.

   Irene pantas menahan badannya menggunakan kaki.

   Ish, Ma ni. Suka-suki dia je buat keputusan.

   Pn. Sara yang melihat kelakuan kebudak-budakkan Irene, pantas memukul bahu gadis itu. 

   "Irene!"

   Cepat-cepat Irene memusingkan badannya menghadap Pn. Sara. "Kenapa Irene pulak yang kena tanya? Yang kerja sini kan ma? Bukan Irene." Irene merintih, menolak permintaannya untuk mencari si gerangan 'Danial' itu.

   Tak pernah-pernah dia datang sini, tetiba pulak kena cari malaun mana tah.

   "Habistu, takkan Ma yang tanya pulak. Seganlah Ma. Port Ma kat dapur, bukan rumah ni," Pn. Sara memujuk Irene perlahan.

   "Segan? At least Ma ada reason nak tanya dia. Irene tak kenal pon dia siapa." Irene mengelak.

   Tak mahu. Tak mahu. Tak mahu. Dapat dia rasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi.

   Bulat mata Pn. Sara memandang Irene yang menolak permintaannya. Lantas dia bercekak pinggang. "Irene, Irene nampak tak tangga tu?"

   Irene menjeling sekilas tangga yang tersergam indah itu sebelum menggangguk perlahan.

   "Irene nampak tak berapa tingkat tangga tu?"

   Lagi sekali, Irene menggangguk perlahan. Macam tahu je conversation ni pergi ke mana...

   "Habis tu, takkan Ma yang kena panjat pula. Irene muda lagi, Ma dah tua. Tak larat lutut ni. Baru tengok, belum naik, dah menggigil kaki Ma. Sudah, pergi. Ma banyak kerja ni." Pn. Sara memberi alasan.

   Ha! Kan dah agak!

   Belum sempat Irene menjawab, dia pantas berlari anak ke arah yang Irene anggarkan dapur. 

   "Ma!" Panggilannya dibiarkan tak bersahut.

   "Alasanlah Ma ni!" Irene menghentak kaki tanda protes sebelum memanjat tangga yang berjuta itu. "Dan dan sakit lutut. Umur takdelah tua sangat. Baru 43. Haritu shopping sampai 4 jam, takde pulak sakit lutut. Ni nak cari anak bos, tetiba sakit itulah, inilah" Irene merungut perlahan.

   Sampai di tingkat satu, Irene berjalan perlahan di koridor, mencari sumber bunyi yang membuktikan adanya kehidupan lain di rumah itu selain dia dan Pn. Sara. "Manalah pulak mamat ni?"

   Setelah puas hati tingkat itu kosong, Irene memanjat tangga ke tingkat dua pula. Telinganya ditekap ke pintu satu persatu.

   Irene menghembuskan nafas geram apabila mendapati bilik-bilik itu kosong. Sedang Irene menyeret kakinya ke bilik berdekatan, Irene terdengar sayup bunyi seperti suara orang bercakap. Senang hati tugasnya bakal berakhir, Irene melangkah laju ke pintu berkenaan.

   Tangan di dalam posisi genggam, Irene memberanikan diri untuk mengetuk pintu bilik itu. Belum sentuh tangannya ke muka pintu, Irene dikejutkan dengan bunyi kaca terhempas dan seretan perabot.

   Amboi, bergusti ke apa dia ni?

   "Come close to me again and I'll kill you." Bulat matanya mendengar apa yang diperkatakan lelaki di sebalik pintu itu.

   Ingin dia berlari pergi tapi kakinya terasa kaku. Irene menenangkan dirinya dengan menganggap suara itu datang daripada bunyi tv yang dipasang dengan kuat. Tak sampai sesaat, bayangan itu hancur apabila Irene mendengar bunyi seseorang dipukul dan barangan jatuh bersepah buat kali kedua.

   Janganlah bertumbuk sampai mati. Irene tak nak jadi saksi polis. Leceh tahu tak?

   Pintu dihadapannya tiba-tiba terbuka mengejutkan Irene. Tangan yang diangkat untuk mengetuk pintu Irene larikan ke belakang. Kakinya laju mengundurkan diri, memberi ruang antara Irene dan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya.

   Nafas Irene menjadi laju apabila dia ternampak seorang lelaki lewat 30-an terbaring berlumuran darah. Buku jatuh bersepah daripada rak mereka. Baru Irene sedar bahawa ruangan itu merupakan mini library.

   Lelaki yang terbaring itu bergerak dengan perlahan sebelum dia mengerang kesakitan. Berderau darah Irene menyaksikan semua itu.

   Matanya kembali ke lelaki yang sedang berdiri di ambang pintu. Kulitnya yang sawo matang dan badannya yang tinggi dan sasa menyerlahkan lagi ketampanan di wajahnya. Matanya tajam menikam anak mata Irene membuatkan gadis itu terleka seketika akan situasi yang sedang mereka alami.

   'Handsome,' detik hati Irene.

   'How old is he? Seventeen? Eighteen?' Irene menggelengkan kepalanya, cuba kembali ke dunia nyata. Berdegup kencang jantungnya apabila melihat mata lelaki itu runcing memandang dirinya.

   "What the f-" Belum sempat Danial menghabiskan ayatnya,gadis di hadapannya laju menyampuk. "I just came. Didn't hear anything, I swear." Kepalanya laju menggeleng, cuba untuk menyelamatkan dirinya dengan memberi satu penipuan.

   It would be believable if her eyes didn't start sweating. Note the sarcasm here.

   Dapat Irene rasakan matanya bergenang, badannya menggigil ketakutan membayangi hukuman atau pukulan yang bakal diberi. Cuba meraih simpati dan kepercayaan, Irene menerangkan situasi dirinya. "I was just looking for my mother, Sara. She's the help here."

   'Sara? The help? Nak menipu pun agak-agaklah. Apa dia ingat aku ni bodoh sangat ke? Dah sah-sah Sara tu chef, bukan pembantu rumah.' Desis hati Danial.

   Membara hatinya apabila mengetahui ada gerangan yang mendengar dan mungkin mengetahui apa yang terjadi sebentar tadi. Tangannya yang berdenyut selepas bertumbuk tidak diendahkan.

   Apa yang penting baginya sekarang adalah agar gadis dihadapannya ini tahu untuk mengunci mulut.

   Danial bergerak selangkah kehadapan. Buntang mata Irene sebelum dia laju mengundur setapak ke belakang.

   Dari raut muka Danial, dapat Irene rasakan bahawa dia amat marah. Lebih marah daripada ketika En. Yusuf mendapat tahu Irene fail Literature.

   Bibir merah Danial menipis kegeraman apabila dia mengetahui Irene terdengar apa yang telah dia katakan di dalam library kepada pak cik yang terbaring separuh nyawa itu.

   Dapat Irene rasakan tangannya berpeluh dan mukanya pucat memandang lelaki itu. Air matanya laju mengalir disebabkan ketakutan yang mendalam.

   'Ahh... Sudah... Matilah aku!' Jerit hati Irene.

   Danial memeluk tubuh menghadap Irene. Nak tergelak dia tengok muka gadis yang sudah cuak itu.

   'Beautiful.' Akui hati Danial. Mata Danial meliar ke muka Irene. Daripada keningnya yang cantik terbentuk, jatuh ke matanya hazel sebelum turun ke button-nosed Irene dan melekap ke bibir mungil yang mengghairahkan.

   Laju Danial melarikan matanya kembali ke mata Irene.

   Focus, Danial!

   "Sara? The one from Malaysia?"

   Irene teragak mengangguk.

   'Janganlah dia berhentikan ibu bapaku. Oh God, lembutkanlah hati makhluk dihadapanku ini.' Doa Irene.

   Dah susah baru ingat Tuhan... Ish ish ish... Smh...

   "So, you can speak Malay?" Suara Danial yang garau perlahan bertanya kepada Irene.

   Irene mengangguk teragak-agak.

   "Name?"

   "Irene."

   'More like MY Rene.' Fikir Danial. Matanya melurut ke badan Irene yang hanya dibaluti t-shirt dan short sahaja. Melihatkan Irene yang memakai t-shirt yang labuh itu membuatkan Danial terbayang akan bentuk badan gadis itu yang sebenar. Kaki gadis itu yang panjang dan mulus membuatkannya berimaginasi apabila kaki itu dililitkan ke pinggangnya.

   "Age?"

   Mamat ni interview Irene ke? Kalau pass, boleh jadi sidekick dia ke apa? Boleh Irene tahu apa hadiah utamanya?

   Disebabkan ingin menyelamatkan diri, Irene layankan aje persoalannya.

   "17." Sepatah Irene menjawab selari dengan sepatah permintaannya.

   "School?"

   "Broughton High . Just moved there." Habis sahaja Irene menjawab, Danial mengangkat keningnya, tidak sangka akan jawapan yang diberikan Irene.

   Irene menelan air liurnya. Sejurus sesaat, senyuman sinis terukir di bibir Danial.

   "Well, Irene," Sinis suara Danial menyebut nama Irene. "I would welcome you but if I do that, it will give an impression that I give a flying fuck about you, and I don't. But still, you're a new student and I have to."

   Danial melangkah setapak lagi kehadapan.

   Dapat Irene rasakan bahang badan lelaki di hadapannya itu menyebabkan Irene ingin berlari ke sisi, tetapi tangannya memerangkap Irene. Panas muka Irene apabila darahnya naik ke muka. Malu diperlakukan sebegitu.

   Melebar senyuman Danial melihat muka Irene yang kemerahan. Melonjak perasaan bangga apabila dia dapat membuatkan gadis itu bereaksi sebegitu.

   Ingin Irene menjerit memanggil ibu atau ayah tetapi lidahnya kelu. Irene pantas menutup mata dan memalingkan mukanya ke bawah, takut untuk memandang jejaka yang berada di hadapannya.

   Tergelak sinis Danial melihat perlakuan Irene. Perlahan, dia merapatkan mukanya ke telinga Irene. Tangannya mencekak leher jinjang Irene, memalingkan muka gadis itu agar memberi ruang untuknya membenamkan muka ke pangkal leher yang gebu itu.

   Berkocak nafsu Danial apabila dia menghidu bau haruman daripada rambut dan badan Irene. Dikawal kembali reaksi mukanya.

   Nafas Danial menghembus kulit Irene pada setiap perkataan yang dikatakan dan dapat Irene rasakan bibir lelaki itu mengguris telinganya pada setiap patah kata. "Irene, welcome to hell."

   Selesai bercakap, Danial menolak badannya jauh daripada Irene yang kelihatan seperti menahan nafasnya. Perlahan dia memusingkan badannya berjalan ke arah tangga. "The name is Danial. You might want to remember that, Serve."

   Irene dengar derapan kaki lelaki yang bergelar Danial itu melangkah jauh. Perlahan Irene membuka mata. Tangannya menekap dada, mencuba untuk menenangkan nafasnya yang mendesah.

   Lima minit Irene berada di situ, cuba untuk mencerna apa yang telah berlaku. Matanya tertancap pada lelaki yang terbaring pengsan di dalam library itu. Ingin dia menolong, namun ketakutan mengatasi segalanya. Pasti dengan keputusannya, dia bangun meninggalkan lelaki itu.

   Terjengket-jengket Irene apabila dia cuba keluar daripada rumah itu. Setelah dia pasti gerangan Danial tiada di ruang tamu, laju Irene berlari keluar dari rumah agam itu, menghala ke servant quarters yang terletak di bahagian belakang estet itu.

   Sesampai di biliknya, dia pantas mengunci pintu sebelum terduduk kepenatan di atas lantai. Fikirannya bermain memikirkan apa yang telah diucapkan lelaki tadi.

   New student? Welcome?

   Argh! Lari segala perancangannya. Lain yang dia nak buat, lain yang jadi.

   'Nak tak nak, Ma kena tunggu akhir bulan kalau nak duit gaji. Tak nak aku bersemuka dengan makhluk tu lagi.'

   Tak lama lepas Irene memikirkan apa yang berlaku, laju jarinya melekap ke leher. Tempat dimana bahang nafas Danial masih terasa.

•••••••••••••••

A/N: And here is the first chapter. Tell me what you think.

Ok atau tak?

Jangan lupa VOTE, COMMENT and SHARE okay?

Roger out!

Brooklyn Baesyah

Share this novel

putridisember
2020-03-04 21:34:29 

hai..author..ada acc tak


NovelPlus Premium

The best ads free experience